Permaisuri Sindeok

Permaisuri Sindeok (Hangul; 신덕왕후 강씨; Jawi: ‏ڤرمايسوري سيندوق‎‎; 12 Julai 1356 - 15 September 1396), dari suku Goksan Kang, ialah nama anumerta yang diberikan kepada isteri dan permaisuri Yi Dan, Raja Taejo; raja pertama Dinasti Joseon Korea. Baginda ialah Permaisuri Joseon dari 1392 hingga kemangkatannya pada tahun 1396 dan dihormati sebagai Permaisuri Hyeon (현비). Baginda ialah penasihat politik Raja Taejo dan mempunyai pengaruh besar terhadap pengasasan Joseon.

Permaisuri Sindeok
신덕왕후
ڤرمايسوري سيندوق
Permaisuri Joseon
Tenure1392 – 15 September 1396
Keputeraan12 July 1356
Kerajaan Goryeo
Kemangkatan15 September 1396(1396-09-15) (umur 40)
Kerajaan Joseon
PasanganYi Dan, Raja Taejo
AnakandaYi Bang-Beon, Putera Besar Muan
Yi Bang-Seok, Putera Besar Uian
Puteri Gyeongsun
Nama selepas mangkat
순원현경신덕왕후
KerabatGoksan Kang
AyahandaGang Yun-Seong
BondaPuan Besar suku Jinju Gang

Biografi sunting

Baginda dilahirkan di Wilayah Hwanghae pada tahun 1356. Ayahnya bernama Kang Yun-Seong. Semasa Dinasti Goryeo, seorang putera daripada isteri pertama raja telah dinamakan Putera Mahkota tetapi Permaisuri Sindeok dan Perdana Menteri Jeong Do-jeon meyakinkannya untuk mencalonkan anaknya, Putera Besar Uian sebagai Putera Mahkota.

Setelah Permaisuri Sindeok mangkat pada tahun 1396, suaminya membina makam kerajaan untuknya. Perdana Menteri, Jeong Do-jeon, merancang untuk membunuh anak-anak Permaisuri Shinui untuk melindungi kedudukannya di istana dan kedudukan Putera Mahkota. Yi Bang-won, mendengar tentang rancangan itu dan datang ke istana tempat lalu membunuh Jeong Do-jeon dan anak lelaki Permaisuri Sindeok. Peristiwa ini dikenali sebagai Perbalahan Putera yang Pertama.

Keluarga sunting

Ibu bapa

  • Ayahanda — Gang Yun-Seong (강윤성)
    • Nenekanda — Gang Seo (강서)
    • Nenenda — Wanita suku Jangsu Hwang (장수 황씨)
  • Ibunda — Wanita suku Jinju Gang (진주 강씨)

Pasangan

Anak-anak

  • Anak — Yi Bang-Beon, Putera Besar Muan (1381 - 6 Oktober 1398) (이방 번 무안 대군). Isteri: Puteri Damping Besar Samhanguk dari suku Kaesong Wang (삼 한국 대부인 왕씨 왕씨)
  • Anak — Yi Bang-Seok, Putera Besar Uian (1382 - 6 Oktober1398) (이방석 의안 대군). Isteri: Puteri Mahkota Hyeon-Bin dari suku Yu (현빈 유씨), Puteri Mahkota Hyeon-Bin dari suku Buyu Shim (? - 1448) (현빈 심씨)
  • Anak perempuan — Puteri Gyeongsun (? - 8 September 1407) (경순 공주). Suami: Lee Je (1365 - 1398) (이제)

Dalam budaya popular sunting

  • Dilakonkan oleh Ha Mi-hye dalam siri TV KBS 1983 Foundation of the Kingdom.
  • Dilakonkan oleh Kim Jeong-yeon dalam siri TV MBC 1983 The King of Chudong Palace.
  • Dilakonkan oleh Kim Young-ran dalam siri TV KBS 1996-1998 Tears of the Dragon.
  • Dilakonkan oleh Yoon Joo-hee dalam siri TV SBS 2012-2013 The Great Seer.
  • Dilakonkan oleh Lee Il-hwa dalam siri TV KBS1 2014 Jeong Do-Jeon.
  • Dilakonkan oleh Kim Hee-jung dalam siri TV SBS 2015-2016 Six Flying Dragons.
  • Dilakonkan oleh Park Ye-jin dalam siri TV JTBC My Country 2019.

Pautan luaran sunting

  • "Royal Tomb of Queen Sindeok". Exploring Korea. 2009-06-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-18. Dicapai pada 2016-11-23.
  • "Jeongneung: A Story of Queen Sindeok's Grave – an acorn in the dog's food". Samedi.livejournal.com. 2010-02-11. Dicapai pada 2016-11-23.
  • Faris, Mohd (2013-06-25). "Moe Girls' Korean Story: Famous Queen in Joseon Dynasty, Part IV: Queen Sindeok of Koksan Kang Clan". Moe-hankook.blogspot.ro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-23. Dicapai pada 2016-11-23.


Permaisuri Sindeok
Goksan Kang
Gelaran Diraja
Gelaran baharu
Permaisuri Joseon
1392 – 15 September 1396
Diikuti oleh:
Permaisuri Deok (Jeongan)
dari suku Gyeongju Kim