Persatuan Institusi Penyelidikan Tinggi Asia Tenggara

Persatuan Institusi Penyelidikan Tinggi Asia Tenggara (PIPTAT, ڤى رساتوان اينستيتوسي ڤى ثى ليديکان تيعݢي اسيا تى نعݢارا) (Bahasa Inggeris: The Association of Southeast Asian Institution of Higher Learning/ASAIHL) ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1956 di Bangkok.

Matlamat daripada persekutuan ini ialah bagi membantu ahli daripada persatuan bagi menguatkan diri melalui bantuan diri untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan, dan perkhidmatan awam, dengan itu menyumbang kepada negara masing-masing dan seterusnya.[1]

Setakat 2016 Setiausaha Agung ASAIHL ialah Dr. Ninnat Olanvoravuth dari Universiti Chulalongkorn.[2]

Ahli sunting

Pada 2016[3], sebanyak 198 ahli institusi dari 23 negara telah menyertai PIPTAT. Skop penyertaan persatuan ini merangkumi negara Eropah seperti Sweden sehingga serantau Oceania, New Zealand. Semua negara-negara ASEAN telah menyertai persatuan ini dan Laos ialah negara serantau terakhir yang memutuskan bagi mengikutinya. Setakat 2020, PIPTAT telah mempunyai 246 ahli institusi yang berada di 25 negara.[4]

Negara Jumlah Institusi/Universiti yang Menyertai Persatuan
Brunei 1
Kemboja 5
Perancis 3
Hong Kong 9
India 1
Indonesia 41
Iran 24
Malaysia 22
Myanmar 1
Filipina 48
Poland 1
Singapura 2
Sri Lanka 3
Thailand 40
Vietnam 2
East Timor 1
Australia 18
Belgium 1
Kanada 2
Jepun 5
New Zealand 5
Taiwan 1
UK 1
AS 7

[5]

Pengasas sunting

  1. Sir Nicholas Attygalle, Universiti Ceylon
  2. Marsyal Udara Muni M. Vejyant Rangshrisht, Universiti Chulalongkorn
  3. Dr Lindsay Ride, Universiti Hong Kong
  4. Prof Bahder Djohan, Universiti Indonesia
  5. Sir Sydney Caine, Universiti Malaya
  6. Dr Vidal A. Tan, Universiti Filipina Diliman
  7. Dr Htin Aung , Universiti Rangoon
  8. Prof. Nguyễn Quang Trình, Universiti Kebangsaan Vietnam.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL)". Union of International Associations (UIA). Dicapai pada 1 October 2016.
  2. ^ "Contact US". Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-19. Dicapai pada 1 October 2016.
  3. ^ "Members". Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-01. Dicapai pada 1 October 2016.
  4. ^ "ASAIHL Members". ASAIHL. Dicapai pada 18 June 2020.
  5. ^ "Members". Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-01. Dicapai pada 1 October 2016.
  6. ^ "Founding Fathers". Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning (ASAIHL). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-02. Dicapai pada 1 October 2016.

Pautan luar sunting