Persekutuan Pengakap Malaysia

pertubuhan beruniform sukarela

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM[3] ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para beliawan dan beliawanis. Ia sebahagian daripada pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia (Inggeris: World Organization of the Scout Movement). Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.

Persekutuan Pengakap Malaysia
Persekutuan Pengakap Malaysia
Ibu pejabatRumah B-P, 4 Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Ditubuhkan1908
Keahlian48,394 (2010)[1]
>300,000 (2023)[2]
Penaung DirajaDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar[nota 1]
PresidenYAB Dato' Seri Haji Anwar Ibrahim[nota 2]
Ketua Pengakap NegaraYBhg. Mejar Jeneral (B) Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin Bidin
Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegaraYBrs. Haji Nasaruddin Haji Shamsuddin
Pertubuhan IndukWorld Organization of the Scout Movement
(Persekutuan Pengakap Sedunia)
E-mel rasmi
pengakap@scouts.my Laman rasmi
http://www.pengakapmalaysia.org
Portal Pengakap Sedunia

Sejarah kepengakapan di Malaysia sunting

Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telah pun muncul di tanah air seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.

Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri sunting

 
Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr. Shafie Hj. Mohd Salleh menerima Diploma pengesahan penubuhan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia, ketika Persidangan Pengakap Sedunia di Curitiba, Brazil pada 10 Januari 2011.
Negeri Tarikh
Pulau Pinang 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh Tuan HR Cheeseman
Kuala Lumpur dan Selangor 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
Pahang 1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal.
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
Sabah 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan
Sarawak 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching
Kedah 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid
Negeri Sembilan 1923 dimulakan oleh Residen British Edward Shaw Hose dan secara rasmi pada 1925 oleh Bird Smith dan Roger Smith bersaudara
Perak 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
Melaka 1926, dibawa oleh R Brunstone
Terengganu 1926, ditubuhkan oleh A J Gracle
Kelantan 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail
Johor 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
Perlis 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara

Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.

Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.

Pemimpin pengakap sunting

 
Ketua Pengakap Negara Malaysia terkini, Mohd Zin Bidin.

Persekutuan Pengakap Malaysia diketuai oleh Ketua Pengakap Negara (Inggeris: National Chief Scout), yang merupakan eksekutif tertinggi yang bertanggungjawab ke atas keputusan peringkat tinggi dan menetapkan visi persatuan, manakala beliau dibantu oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Inggeris: National Chief Scout Commissioner), yang menyelia operasi harian.

Ketua Pengakap Negara sunting

Senarai ketua pengakap negara sejak 1952 hingga hari ini.[4]

# Senarai Ketua Pengakap Negara Dalam pejabat Tahun dalam jawatan
1. Gerald Templer 1952–1954 2 tahun
2. Donald MacGillivray 1954–1957 3 tahun
3. Suleiman Abdul Rahman 1957–1961 4 tahun
4. Abdul Rahman Talib 1961–1963 2 tahun
5. Sardon Jubir 1963–1973 10 tahun
6. Mohamed Yaacob 1973–1978 5 tahun
7. Sulaiman Daud 1984–2005 21 tahun
8. Shafie Salleh 2005–2019 14 tahun
9. Mohd Zin Bidin 2023–kini 1 tahun

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara sunting

Senarai ketua pesuruhjaya pengakap negara sejak 1910 hingga hari ini.[5]

# Senarai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dalam pejabat Tahun dalam jawatan
1. Frank Cooper Sands 1910–1948 38 tahun
2. E. M. F. Payne 1948–1957 9 tahun
3. Mohamad Yusof Ahmad 1957–1960 3 tahun
4. Zainal Abidin Ali 1960–1963 3 tahun
5. Syed Esa Alwi 1963–1968 5 tahun
6. Syed Hashim Abdullah 1969–1987 18 tahun
7. Wan Puteh Wan Mohd Saman 1987–1989 2 tahun
8. Yang Rashdi Maasom 1989–2000 11 tahun
9. Hamidin Abdullah 2000–2003 3 tahun
10. Kamaruddin Kachar 2003–2008 5 tahun
11. Kaharudin Momin 2008–2011 3 tahun
12. Mohamad Shahrum Osman 2012–2016 4 tahun
13. Mohd Zin Bidin 2016–2024 8 tahun
14. Nasaruddin Shamsuddin 2024–kini 0 tahun

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia sunting

Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa hieraki. Yang tertinggi majlis di peringkat kebangsaan, kemudian di peringkat negeri dan seterusnya majlis pengakap daerah.

Di peringkat negeri, majlis pengakap diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri dan dibantu oleh Penolong-penolong Pesuruhjaya Negeri. Majlis pengakap daerah pula dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

Carta Organisasi Kebangsaan sunting

  • Ketua Pengakap Negara / Yang Dipertua MPN:
  • Timbalan Yang Dipertua MPN
    • Dato' Haji Ahmad Shazilly Ismail Bakti
  • Naib Yang Dipertua MPN:
    • Datuk Zamani Tambichek
    • Dato' Sri Ar. Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus
  • Setiausaha MPN:
    • Ts. Haji Lani Ibrahim
  • Bendahari MPN:
    • Tan Sri Dato' Haji Abdullah Haji Taib
  • Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara:
    • Haji Nasaruddin Haji Shamsuddin
  • Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara:
    • Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani
    • Haji Ahmad Sabri Saad
    • Ts. Mohd Hilmi Abu Bakar
  • Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara:
    • Norma Noordin (Pesuruhjaya Antarabangsa)
    • Dr. Ekbert Yong Yen Loong (Pesuruhjaya Latihan Negara)
    • Mej. (AW) Haji Mohd Khir Muda (Pesuruhjaya Program Negara)
    • Tiada[nota 5] (Komunikasi & Perhubungan Strategik)
    • Zairi Zaharin (Pengurusan & Tadbir Urus)
  • Ketua Pegawai Operasi:
    • Aiznin Sairi Sulaiman

Ketua-Ketua Pesuruhjaya Negeri sunting

Negeri Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Pulau Pinang Dato' Haji Zulkafli Kamaruddin
Perak Haji Ahmad Azam Shah Abdul Majid
Wilayah Persekutuan Labuan Hong Heng Chee
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Haji Zakran Abdul Manan
Selangor Haji Noor Hashim Ismail
Perlis Tiada[nota 6]
Sarawak Capt. Zainuddin Tan Sri Datuk Amar Haji Hamdan
Johor Haji Bardin Uteh
Kedah Zulkiflee Shariff
Negeri Sembilan Aziruddin Abdul Aziz
Pahang Amin Nollah Lateh
Kelanasiswa Malaysia (KSM) Prof. Madya Ts. Dr. Haji Mustaffa Ibrahim
Kelantan Mohd Zulkifli Sulaiman
Terengganu Shahrul Azwan Mohamad @ Endut
Melaka Haji Ibrahim Md Noor
Kumpulan Latihan Malaysia (KLM/IPGM/KPM) Kapt. M. Asrar Sidon
Sabah Jamaludin @ Jamal Jinal

Organisasi unit kecil pengakap sunting

Setiap kumpulan pengakap di sekolah lazimnya dipanggil trup. Trup ini mempunyai pengenalan khusus berupa lencana-lencana yang dipakai di bahu kanan terdiri daripada nama negeri, nama daerah dan nombor kumpulan. Setiap kumpulan atau trup mempunyai nombor unik mengikut giliran ia ditubuhkan. Contohnya, pasukan atau sekolah yang memakai lencana (KELANTAN), (KOTA BHARU) dan (80) ialah pasukan yang ke-80 ditubuhkan di daerah Kota Bharu di Kelantan.

Trup-trup kelana pula lazimnya dipanggil krew. Pasukan-pasukan krew ini tidak mempunyai nombor sebaliknya menggunakan abjad A,B,C dan sebagainya. KLM dan KLKM pula menggunakan lencana atau flash nama institusi pengajian mereka.

Setiap trup pula dibahagikan kepada patrol yang lazimnya mempunyai 6 pengakap. Setiap trup diketuai oleh ketua, manakala patrol dipimpin oleh ketua patrol dibantu oleh penolong ketua patrol. Di sekolah-sekolah, lazimnya guru-guru penasihat diangkat menjadi pemimpin dan penolong pemimpin, terutama guru-guru yang menyertai latihan manikayu. Di institut pendidikan guru, kolej-kolej dan universiti, ahli-ahli kanan yang telah menamatkan latihan manikayu menjadi pemimpin.

Epolet sunting

Contoh Epolet

(Biru Tua)

               
Warna Epolet Enam Lengkar Lima Lengkar Empat Lengkar Tiga Lengkar Dua Lengkar Satu Lengkar Bunga Padi Insignia
Kuning Penaung Utama

Penaung DiRaja Raja Permaisuri

Raja Muda

Tengku Mahkota

Kerabat DiRaja Bergelar Kerabat DiRaja
Hijau TYT Gabenor Timbalan YDP Negara,

Naib YDP Negara, Setiausaha (Negara), Bendahari (Negara), Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Pengarah KBS, Ketua Pengarah KPT

Ahli-ahli Majlis Negara,

Pengerusi Negeri, Pengarah Pelajaran Negeri, Rektor IPGM, Naib Canselor IPTA/IPTS,

Setiausaha Negeri,

Bendahari Negeri, Ahli-ahli Majlis Negeri, Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah-pengarah IPG, Timbalan Naib Canselor IPTA/IPTS,Guru Besar Sekolah

Pengerusi Daerah,Setiausaha Daerah,Guru PK,Pen.Pengawai Daerah,Bendehari DaerahPengerusi Daerah,

Setiausaha Daerah, Bendahari Daerah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Guru Penolong Kanan

Setiausaha Kumpulan

Bendahari Kumpulam Bendahari Kumpulan

AJK Kumpulan
Biru Tua Ketua Pengakap Negara Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara,

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Negeri

Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa Sabah & Sarawak,

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Bahagian (Sabah), Pesuruhjaya Kawasan (Sarawak), Pesuruhjaya Daerah

Penolong Pesuruhjaya Daerah Pemimpin Penolong Pemimpin
Ungu Pesuruhjaya Antarabangsa,

Pesuruhjaya Latihan Negara, Pesuruhjaya Program Negara

Setiausaha Latihan Negara,

Setiausaha Program Negara, Jurulatih Antarabangsa

Penolong Jurulatih Kebangsaan Pembimbing
Merun Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri

YDP Dewan Negara

YDP Dewan Rakyat Presiden TImbalan Presiden Naib Presiden Setiausaha Bendahari

Menteri/Timbalan Menteri Kabinet

Ahli Dewan Negara Ahli Dewan Rakyat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri(EXCO)

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Merah Pengerusi Sekretariat Kelana Negara Setiausaha,Bendahari,AJK Sekretariat Kelana Negara

Pengerusi Sekretariat Kelana Negeri

Setiausaha,Bendahari,AJK Sekretariat Kelana Negeri

Pengerusi Sekretariat Kelana Daerah

Setiausaha,Bendahari,AJK Sekretariat Kelana Daerah Ahli Kelana
Kelabu Ketua Pegawai Operasi

Ketua Setiausaha Eksekutif

Setiausaha Eksekutif Penolong Setiausaha Eksekutif Pembantu Tadbir
 
Epolet Kelana

Epolet pemimpin dan pesuruhjaya mengandungi susunan lengkar berserta warna latar bagi menunjukkan pangkat seseorang. Warna hijau dan kuning digunakan oleh penaung dan penaung diraja. Warna merah manggis pula untuk menteri-menteri dan ahli-ahli kerajaan. Biru tua adalah untuk susunan pegawai-pegawai pemimpin dan pesuruhjaya manakala ungu untuk susunan jurulatih. Bagi ahli kelana yang belum mendapat manik kayu, dikhususkan kepada mereka untuk memakai epolet seperti penolong pemimpin dengan latar belakang merah. Epolet ini mempunyai perkataan "KELANA" tertulis di atasnya.

Keahlian dan peringkat umur pengakap sunting

Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal ialah ia menerima ahli daripada pelbagai lapisan masyarakat. Asal sahaja seseorang itu menerima prinsip-prinsip yang terkandung dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap, beliau boleh menyertai pergerakan ini. Keahlian yang bersifat universal ini memupuk perpaduan antara ahli tanpa mengira bangsa, budaya dan fahaman agama. Keahlian pengakap juga tidak dihadkan oleh faktor usia. Malah, seseorang itu boleh menjadi pengakap hingga akhir usia dan daripada inilah timbul ungkapan "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap".[perlu rujukan] Anggota-anggota pergerakan pengakap pula dibahagikan mengikut beberapa peringkat umur seawal 10 tahun hinggalah dewasa.

  • Pengakap Kanak-kanak (Inggeris: Cub Scout), untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Moto Pengakap Kanak-kanak ialah "Buat Habis Baik".
  • Pengakap Muda ataupun (Inggeris: Junior Scout, untuk yang berusia 13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogan katanya ialah "Selalu Sedia".
  • Pengakap Remaja atau (Inggeris: Senior Scout untuk yang berusia 16 hingga 17 1/2 tahun iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5. Motonya ialah "Pandang Luas".
  • Pengakap Kelana (Inggeris: Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah berusia 17 1/2 hingga 26 tahun. Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di universiti, politeknik dan kolej universiti. Moto pergerakan kelana ialah "Berkhidmat".

Bintang, anugerah dan pingat sunting

Bintang Pahlawan sunting

Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli Pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya.

Bintang Semangat Padi Kelas Pertama – Emas sunting

Bintang Semangat Padi Kelas Pertama – Emas (BSP – I) ialah anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja. Anugerah yang amat terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.

Antara tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas

Pertama ini adalah daripada kalangan Ketua-Ketua Negara dan Negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara (KPN), kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara kesemua tokoh pemimpin ini merupakan Penaung kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Penaung Utama kepada pergerakan Pengakap di negara ini.

Selain daripada tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, Bintang tertinggi Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong, dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Kecil Penganugerahan, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau Pengakap daripada kalangan rakyat biasa seperti Y.A.B Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara (KPN). Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi atas status Kehormat.

Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, yang mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ia telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari segi aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan ialah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara (KPN).

Bintang Semangat Padi Kelas Kedua – Perak sunting

Bintang Semangat Padi Kelas Kedua – Perak (BSP – II) ialah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang. Penganugerahannya yang amat terhad menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah daripada kalangan pemimpin negeri, negara dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang telah banyak berjasa.

Antara tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini ialah Ketua-Ketua Negara, Negeri dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pemimpin-pemimpin Pengakap daripada kalangan rakyat biasa, seperti Y.A.B Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang terbukti gemilang kebaktian mereka atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak menyumbang kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi atas status Kehormat.

Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, yang mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ia telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari segi aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan ialah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara (KPN).

Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 5 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama – Emas sunting

Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama – Emas (BSR – I) ialah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakap.

Dengan Penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan sesuatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah daripada kalangan individu yang banyak memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan, tetapi atas status Kehormat.

Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu.

Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 10 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua – Perak sunting

Bintang Semanagat Rimba Kelas Kedua – Perak (BSR – II) ialah anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap.

Dengan penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah daripada kalangan individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi atas status Kehormat.

Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu.

Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 20 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

Pingat Perkhidmatan Gemilang sunting

Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang atas perkembangan kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia serta mempamerkan tata kelakuan yang terpuji.

Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG) ini boleh juga dianugerahkan kepada individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang sunting

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang atas perkembangan Kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan yang terpuji.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) ini boleh juga dianugerahkan kepada individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan Kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 45 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

Pingat Perkhidmatan Setia sunting

Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan juga individu yang telah memberikan khidmat bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang daripada 10 tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek atas pertimbangan Jawatankuasa Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pingat ini boleh juga dianugerahkan kepada isteri atau suami para pemimpin yang memegang jawatan-jawatan Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Negeri dan peringkat negara melebihi 15 tahun.

Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 65 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

Pingat Perkhidmatan Baik sunting

Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT), daerah, negeri dan negara yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang daripada 5 tahun.

Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 75 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

Pingat Perkhidmatan Lama sunting

Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik selama tidak kurang daripada 20 tahun di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang mulia.

Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia sunting

Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia dianugerahkan sempena sambutan 100 tahun Pengakap di Malaysia kepada tokoh-tokoh atau perseorangan yang telah memberi khidmat bakti kepada pergerakan pengakap.

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara sunting

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah memberikan khidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT) daerah, negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara.

Pingat Kecemerlangan Pendidikan sunting

Pingat ini diilhamkan oleh Ybhg. Dato' Seri Paduka Ketua Pengakap Negara dan dizahirkan pada tahun 2009. Ia merangkumi 6 kategori:

  • Ijazah Sarjana Muda
  • Diploma
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Pingat ini diletakkan sebagai satu Penghargaan dan memberi penghormatan yang tinggi, kepada ahli-ahli yang cemerlang (Inggeris: outstanding), bukan sahaja dalam kepengakapan, tetapi juga dari segi akademiknya. Kriteria pemilihan ini dibuat pencalonan oleh pemimpin dan diputuskan di peringkat negeri, sementara di peringkat Negara pula, Jawatankuasa Anugerah akan bersidang untuk memutuskan penerimanya dan upacaranya boleh dibuat di majlis-majlis sama bersendirian ataupun ditumpangkan dalam upacara-upacara atau mesyuarat-mesyuarat peringkat Negara atau Negeri.

Keistimewaan Pingat ini, membawa satu pengenalan khas yang mana riben pingat yang tertulis tahap pencapaiannya tertera dan dipakai seperti riben-riben anugerah yang lain, dan boleh dipakai sehingga menjadi pemimpin seterusnya tersusun selepas riben pingat 100 tahun.

Anugerah Pengakap Raja sunting

Ahli pengakap yang menerima Lencana dan Sijil Pengakap Raja ketika berada di peringkat usia mereka dikehendaki menjalani semua syarat-syarat dan proses-proses sebelum melayakkan calon untuk menerima anugerah ini.

Setelah calon lulus semua syarat dan proses, calon akan dilayakkan untuk menerima Anugerah Pengakap Raja. Calon akan memperoleh Lencana Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Pengakap Raja yang berprestij oleh Sultan/Yang di-Pertua Negeri di negeri itu. Ini merupakan anugerah yang paling tertinggi dan berprestij yang diberikan oleh PPM.

Jambori sunting

Malaysia mengadakan banyak jambori kebangsaan semenjak 1966. Setiap negeri mengambil giliran menjadi hos, dan hanya Perlis dan Selangor yang masih belum melakukannya. Senarai pelbagai jambori kebangsaan dan tahun ia diadakan adalah seperti berikut :

Pada tahun 2008, satu perhimpunan tela diadakan bagi meraikan 100 tahun pengakap di Malaysia telah diadakan pada Ogos 2008, menyaksikan penyertaan pengakap dari seluruh Malaysia termasuk negara Asia Pasifik.

Alamat surat-menyurat sunting

Persekutuan Pengakap Malaysia
Scouts Association of Malaysia
Rumah B-P
4 Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur
Telefon: +60 (3) 2078-0836 / 2070 6978
Faks: +60 (3) 2070-9057
E-mel: pengakap@scouts.my
URL: http://www.pengakapmalaysia.org

Nota sunting

  1. ^ Yang di-Pertuan Agong terkini.
  2. ^ Perdana Menteri Malaysia terkini.
  3. ^ Setiap Yang di-Pertuan Agong akan dilantik sebagai Penaung Diraja Persekutuan Pengakap Malaysia.
  4. ^ Setiap Perdana Menteri Malaysia akan dilantik sebagai Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia.
  5. ^ Akan diberitahu kelak.
  6. ^ Akan diberitahu kelak.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Triennal review: Census as at 1 December 2010" (PDF). World Organization of the Scout Movement. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-05-08. Dicapai pada 2011-01-13.
  2. ^ "Persekutuan Pengakap Malaysia sasar 500,000 anggota menjelang 2025". Astro Awani. Dicapai pada 27 Februari 2024.
  3. ^ "Sejarah dari Pramuka". Dizhaowa.
  4. ^ "Ilmu Pengakap - Ketua Pengakap Negara". Dicapai pada 2024-02-26.
  5. ^ "Ilmu Pengakap - Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara". Dicapai pada 2024-02-26.

Pautan luar sunting