Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa

Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (Perancis: Fédération Équestre Internationale; FEI) merupakan lembaga sukan ekuestrian antarabangsa.

Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa
Kerangka
KependekanFEI Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahBadan induk sukan antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiPersatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.fei.org Sunting ini di Wikidata
Facebook: the.fei Twitter: FEI_Global Instagram: fei_global Youtube: UCb3uedNKWKG7gGDYQJ1VsWg Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1921 Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatLausanne Sunting ini di Wikidata
Koordinat46°31′N 6°38′E Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanBumi, seluruh dunia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ibu pejabat FEI terletak di Lausanne, Switzerland. FEI menyediakan tatatertib untuk membela kebajikan kuda serta mencegah penderaan atau penyalahgunaan dadah.

Jurus-jurus sunting

FEI mencakupi tujuh jurus ekuestrian dan para-ekuestrian dalam pengawalseliaan pertandingan antarabangsa:

Dua jurus yang berikut pula adalah di bawah penyeliaan serantau:

FEI tidak menyelia atau menggubal peraturan untuk lumba kuda atau polo, tetapi dalam hal polo, ia telah memeterai memorandum persefahaman dengan Persekutuan Polo Antarabangsa.

Acara sunting

Sukan Olimpik dan Paralimpik sunting

Sukan melompat, dressage dan eventing merupakan sebahagian acara Olimpik sejak 1912. Dressage para-ekuestrian pula menyertai Sukan Paralimpik sejak 1996.

Sukan Ekuestrian Sedunia FEI sunting

FEI menganjurkan Sukan Ekuestrian Sedunia FEI setiap empat tahun sejak 1990. Gagasan Sukan Ekuestrian Sedunia timbul pada pertengahan 1980-an dan menerima sokongan padu daripada Presiden FEI ketika itu, iaitu Putera Philip, Duke Edinburgh.

Sukan Ekuestrian Sedunia merangkumi Kejohanan Dunia dalam kesemua jurus global FEI.[1]

Piala Dunia sunting

Piala Dunia FEI merupakan siri ekuesterian dalam bangunan yang diadakan di seluruh dunia dengan liga-liga kelayakan yang menjurus kepada pusingan akhir di setiap jurus. Piala Dunia FEI bermula dengan show jumping pada tahun 1978 dan semenjak itu dilanjutkan kepada jurus-jurus dressage, sukan kereta kuda dan sukan pelana.

Kejohanan sedunia, sebenua dan serantau sunting

Kejohanan Dunia, Sebenua dan Serantau FEI dianjurkan dalam kesemua jurus dan kategori umur FEI. Antaranya:

  • World Eventing Championships for Young Horses (Kejohanan Eventing Kuda Muda Sedunia)
  • FEI World Driving Championships for Four-in-Hand (Kejohanan Kereta Kuda Berempat Sedunia)
  • FEI World Driving Championships for Singles (Kejohanan Kereta Kuda Tunggal Sedunia)
  • FEI World Endurance Championships for Seniors (Kejohanan Lumba Lasak Kuda Senior Sedunia)
  • FEI World Vaulting Championships for Seniors (Kejohanan Sukan Pelana Kuda Senior Sedunia)
  • FEI World Para-Equestrian Driving Championships (Kejohanan Kereta Kuda Para-Ekuestrian Sedunia)

Sejarah sunting

FEI ditubuhkan pada 1921 dengan persatuan pertubuhan-pertubuhan kebangsaan dari Belgium (BEL), Denmark (DEN), Perancis (FRA), Itali (ITA), Jepun (JPN), Norway (NOR), Sweden (SWE) dan Amerika Syarikat (USA). Kini, terdapat 132 buah persatuan ekuestrian kebangsaan yang bersekutu dengan FEI.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "FEI Championships". FEI. Dicapai pada 6 October 2013.
  2. ^ "FEI Members". fei.org. Dicapai pada 2013-10-20.

Pautan luar sunting