Persilangan cereka

Persilangan dalam konteks cerita rekaan (bahasa Inggeris: crossover) merujuk kepada suatu pemenggabungan dua atau lebih jagat, watak atau latar diterapkan dalam suatu cerita yang sama. Pemenggabungan sebegini boleh timbul hasil persetujuan rasmi antara pemegang hak cipta relevan, usaha tidak sah oleh peminat mahupun pemilikan korporat yang sama.

Gambaran umum sunting

Persilangan antara latar atau watak sering dilakukan agar para pemegang hak harta intelektual dapat meraih ganjaran keuntungan yang menggabungkan dua atau lebih karya yang terkenal. Pendekatan ini kadangkalanya juga bisa digunakan untuk memperkenalkan konsep baru yang datang daripada buah cetusan karya yang lebih tua.

Kisah silang latar ini akan cuba menjelaskan alasan keberadaan watak-watak berlainan selatar dengan sendirinya sama ada mereka juga datang dari latar mahupun bersemuka melalui "rekahan dimensi" (dimensional rift) atau fenomena serupa (penjelasan umum untuk persilangan karya-karya cereka sains dengan pemilik berbeza). Namun, ada juga pertembungan yang tidak dijelaskan sama sekali - malah ada juga penggabungan yang tidak masuk akal berkemungkinan lalu harus dipisahkan daripada kesinambungan siri masing-masing.

Mengikut media sunting

Sastera sunting

Banyak penulis mempersatukan watak-watak daripada seberapa karya novel dikarang mereka sendiri untuk menggerakkan suatu cerita baharu, misalnya Stephen King, Edgar Rice Burroughs dan Ramlee Awang Murshid.

Komik sunting

Pertembungan banyak watak daripada karya dipunyai sesebuah syarikat atau sesebuah penerbit telah digunakan untuk menetapkan suatu kesinambungan yang mantap di mana watak-watak dapat bertemu dalam satu latar yang sana. Watak-watak ini juga akan berkerjasama untuk suatu jalan cerita pendek yang dikehendaki - ia sering dipanggil sebuah team-up. Satu persilangan ini hanya berlaku apabila cerita sesebuah buku komik merangkumi lebih daripada satu tajuk lalu membawa kepada peristiwa besar terkarang menunjukkan pengaruhnya terhadap kebanyakan atau semua cerita dalam sejagat bersama.

Animasi sunting

Pertembungan sebegini biasa ada dalam kalangan animasi dimiliki rangkaian televisyen yang sama, dan kebanyakannya - seperti komik atau rancangan TV langsung - sering akan menampilkan watak-watak yang dimiliki oleh syarikat atau rangkaian yang sama:

Pertembungan sebegini sering ada dilakukan Hanna-Barbera terhadap karya dan produksi dimiliki mereka pada tahun 1970-an dan 1980-an. The New Scooby-Doo Movies misalnya menampilkan watak-watak dari Harlem Globetrotters, Josie dan Pussycats, Jeannie, Speed Buggy, Batman dan Robin, dan The Addams Family. Laff-A-Lympics (1977-79) adalah siri yang menghimpunkan watak-watak dari semua produksi Hanna-Barbera untuk suatu premis biasa.

Penggabungan ini bisa juga melibatkan watak atau harta intelek di bawah pemilikan syarikat berbeza: Filem Who Framed Roger Rabbit (1988) merupakan contoh paling menonjol dengan penampilan watak-watak dari pelbagai syarikat, terutamanya Disney (termasuk Mickey Mouse dan Donald Duck), Warner Bros (termasuk Daffy Duck dan Bugs Bunny) malah juga dari MGM.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting