Pertandingan Lagu Eurovision 1993

Pertandingan Lagu Eurovision 1993 ialah edisi ke-38 Pertandingan Lagu Eurovision dan diadakan pada 15 Mei 1993 di Millstreet, County Cork, Republik Ireland. Acara ini dihoskan oleh Fionnuala Sweeney. Niamh Kavanagh yang mewakili Irelandia memenangi pertandingan ini dengan lagunya, "In Your Eyes". Ini merupakan kemenangan kelima untuk Ireland.

Pertandingan Lagu Eurovision 1993
Tarikh
Akhir15 Mei 1993
Hos
TempatGreen Glens Arena,
Millstreet, County Cork, Ireland
PenyampaiFionnuala Sweeney
KonduktorNoel Kelehan
PengarahAnita Notaro
Penyelia eksekutifChristian Clausen
Penerbit eksekutifLiam Miller
Penyiar hosRaidió Teilifís Éireann (RTÉ)
Peserta
Jumlah penyertaan25
Negara yang membuat
penampilan sulung
Bosnia dan Herzegovina Bosnia dan Herzegovina
Croatia Croatia
Slovenia Slovenia
Negara yang
muncul kembali
Tiada
Negara yang tidak kembaliYugoslavia Yugoslavia
Undian
Sistem undianSetiap negara memberikan 12, 10, 8–1 mata 10 lagu kegemaran mereka
MataTiada
Lagu yang dimenangiRepublik Ireland Ireland
"In Your Eyes"

Lokasi penganjuran pertandingan kali ini dianggap lebih baik. Millstreet, yang ketika itu berpenduduk lebih kurang hanya 1,500 orang, ialah bandar penganjuran Eurovision yang paling kecil, dan juga paling terpencil. Namun, dianggap sepadan sebagai lokasi pertandingan bagi RTÉ. Dengan sokongan dari pihak tempatan dan kebangsaan, ditambah dengan beberapa perniagaan di Millstreet, infrastruktur bandar ini sangat dipertingkatkan untuk memudahkan penganjuran pertandingan.

Pembaca berita BBC Nicholas Witchell mencetuskan kontroversi kerana sebelum pertandingan beliau mengatakan bahawa pertandingan ini akan diadakan "di sebuah kandang lembu di Ireland."[1] Beliau kemudian meminta maaf.

Peringkat dua teratas di pertandingan tahun ini sama dengan dua teratas pada tahun sebelumnya, iaitu Ireland sebagai pemenang dan United Kingdom sebagai pemenang tempat kedua.

Rujukan sunting

  1. ^ The Times (25 August 2005). "Witchell caught in off-air spat on VJ Day interview". London. Dicapai pada 2010-12-01.CS1 maint: date and year (link)

Pautan luar sunting