Pertempuran Covadonga

Templat:Campaignbox Kingdom of Asturias Pertempuran Covadonga merupakan kemenangan pertama pasukan tentera Kristian di Iberia selepas penaklukan Islam ke atas Hispania Visigoth pada tahun 711–718. Ia berlaku di Covadonga, berkemungkinan besar pada musim panas tahun 722. Kemenangan ini telah mewujudkan sebuah kerajaan kecil Kristian merdeka di pergunungan Asturias yang mana kemudian berkembang menjadi sebuah kerajaan beraja yang kuat di barat laut semenanjung Iberia dan menjadi kubu bagi menentang perkembangan pemerintahan Islam. Ia menjadi detik permulaan kembalinya pemerintahan Kristian di semenanjung Iberia. Bagi ramai sejarahwan, pertempuran di Covadonga menandakan permulaan Reconquista.[3]

Pertempuran Covadonga
Sebahagian daripada permulaan Reconquista

Pelagius, pemenang di Covadonga dan Raja Asturias pertama.
TarikhMusim panas tahun 718 atau 722
Lokasi
Picos de Europa berdekatan Covadonga, kini di Sepanyol
Keputusan Kemenangan muktamad Asturias
Pihak yang terlibat
Kerajaan beraja Asturias Khilafah Umayyah
Komandan dan pemimpin
Pelagius dari Asturias Munuza
Al Qama
Kekuatan
300[1] 800 - 1,400 (anggaran zaman moden)
Kerugian dan korban
289 mati[1] Tidak diketahui (anggaran zaman moden) [2]

Permulaan sunting

Berdasarkan kepada teks yang ditulis oleh Mozarabs di utara Iberia dalam kurun ke-9, pada tahun 718 puak Visigoths telah memilih seorang bangsawan yang bernama Pelagius (681-737) sebagai pemimpin mereka. Pelagius merupakan cucu kepada bekas Raja Hispania, Chindasuinth, dan anak lelaki kepada Favila, yang mana merupakan seorang bangsawan di istana Raja Visigoth Egica (687-700). Beliau telah membina ibu kota di Cangas de Onís, Asturias dan memulakan penentangan terhadap pemerintahan khilafah Islam Umayyah.

Sejak permulaan kempen penaklukan Islam ke atas Iberia, pelarian dan tentera daripada bahagian selatan semenanjung melarikan diri ke bahagian utara untuk mengelak dari pemerintahan Islam. Antara mereka bersembunyi di kawasan pergunungan terpencil Asturias yang terletak di barat laut semenanjung Iberia. Mereka ini kemudian direkrut dan diserap oleh Pelagius ke dalam pasukan tenteranya. Tindakan pertama beliau adalah enggan membayar Jizya (cukai ke atas bukan Islam) kepada pemerintah Islam dan mula menyerang perbatasan kecil yang diletakkan di kawasan ini. Akhirnya, beliau berjaya menghalau gabenor daerah yang bernama Munuza dari Asturias. Beliau berjaya memegang wilayah ini daripada beberapa percubaan yang dilakukan khilafah Islam untuk menawan semula, dan tidak berapa kemudian menubuhkan Kerajaan beraja Asturias, yang mana menjadi kubu kuat Kristian untuk menentang usaha perluasan wilayah oleh Muslim.

Bagi 50 tahun pertama, pemberontakkan ini tidak mendatangkan ancaman kepada khilafah Islam Umayyah di Hispania, yang mana berpusat di Cordoba. Pelagius tidak sepenuhnya berjaya menghalau keluar Muslim daripada Asturias atau mengalahkan mereka, sebaik sahaja pasukan tentera Islam meninggalkan wilayah ini, beliau berjaya mengambil alih kawalan semula. Pasukan tentera Islam mengfokuskan akan serangan ke atas Narbonne dan Gaul, dan menghadapi masalah kekurangan tenaga untuk mengawal wilayah pergunungan ini. Pelagius tidak pernah cuba menekan isu ini. Kekalahan Umayyah di tempat lain membuka peluang kemenangan dalam Petempuran Covadonga. Pada 9 Julai, 721, sebuah pasukan Muslim yang menyeberangi Pyrenees dan menyerang kerajaan beraja Franks telah dikalahkan dalam Pertempuran Toulouse, kini terletak di Perancis. Kejadian merupakan kekalahan serius pertama dalam kempen Muslim di barat daya Eropah. Enggan kembali ke Cordoba dengan berita buruk ini, wāli Umayyah, Anbasa ibn Suhaym Al-Kalbi, memutuskan untuk menghancurkan pemberontakkan di Asturias semasa dalam perjalanan pulang bagi mendapatkan kemenangan mudah dan menaikan moral tentera beliau.

Pertempuran sunting

Pada tahun 722, pasukan tentera yang diketuai oleh komander Umayyah, Al Qama dan Munuza, dan (mengikut lagenda) ditemani oleh Bishop Oppas[4] dari Seville, telah dihantar ke Asturias. Sebaik Al Qama menduduki wilayah ini, penglipur lara[5] menyatakan bahawa Oppas cuba menjadi pengantara bagi penyerahan sekutu Kristian beliau, akan tetapi menemui kegagalan. Pelagius dan tentera beliau berundur jauh ke kawasan pergunungan Asturias, hingga tiba ke sebuah lembah sempit yang diapit oleh gunung-gunung, yang mana senang dipertahankan di sebabkan kedudukannya yang mustahil untuk melakukan serangan luas dari arah hadapan. Pelagius mungkin memiliki beberapa ratus orang bersama beliau.

Al Qama akhirnya tiba di Covadonga, dan menghantar utusan untuk menpengaruhi Pelagius untuk menyerah diri. Beliau enggan, oleh itu Al Qama memerintahkan pasukan terbaik beliau untuk menyerbu lembah ini. Pasukan Asturian menyerang dari sisi gunung, dan kemudian semasa kemuncak pertempuran, Pelagius telah mengetuai tentera beliau masuk ke dalam lembah. Mereka bersembunyi di dalam sebuah gua yang tidak dapat dilihat oleh pasukan Muslim. Kisah dari pihak Kristian menyebut penyembelihan menakutkan ke atas tentera Muslim, sementara sejarah Umayyah menyebut ia hanya sebagai serangan kecil. Al Qama terbunuh di dalam pertempuran ini manakala tentera beliau pula telah melarikan diri daripada medan pertempuran.

Selepas kemenangan Pelagius, penduduk di Asturias mengambil senjata dan mula membunuh beratus-ratus orang tentera Al Qama yang melarikan diri. Munuza, yang mendapat tahu akan kekalahan ini, menyusun pasukan tentera baru dan mengumpul sisa-sisa yang terselamat dari Covadonga. Tidak lama kemudiann, beliau bertemu dengan Pelagius berdekatan dengan bandar Proaza (kini). Sekali lagi kemengan berpihak kepada Pelagius, dan Munuza terbunuh di dalam pertempuran. Meskipun Muslim memanggil Pelagius dan tentera beliau sebagai "30 orang kafir yang tinggal, apa yang mereka boleh buat", mereka tidak pernah lagi menentang secara serius kemerdekaan Kerajaan beraja Asturias.

Nota sunting

  1. ^ a b Neither army strengths nor casualties are known with certainty. Asturian accounts stated that only 10 men survived with Pelagius.
  2. ^ Andy Symington - Northern Spain Footprint Handbook - #Citation
  3. ^ Ring, Trudy, Robert M. Salkin and Sharon La Boda, International Dictionary of Historic Places: Southern Europe, (Fitzroy Dearborn Publishers, 1995), 170.
  4. ^ Archer, Thomas Andrew and Charles Lethbridge Kingsford, The Story of the Crusades, (G.P. Putnam's Sons, 1895), 25.
  5. ^ "Spain: The Northern Kingdoms and the Basques, by Roger Collins." The New Cambridge Medieval History. Ed. Rosamond McKitterick. Vol. II. Cambridge: Cambridge UP, 1995. Print.

Koordinat: 43°18′32″N 5°03′20″W / 43.30889°N 5.05556°W / 43.30889; -5.05556