Pertempuran Crécy

Pertempuran Crécy tercetus pada 26 Ogos 1346 di kawasan timur laut Perancis antara tentera Perancis yang dipimpin oleh Raja Philip VI dan tentera England yang diketuai oleh Raja Edward III. Tentera Perancis menyerang tentera England semasa mereka sedang melewati utara Perancis dalam kempen Perang Seratus Tahun. Pertempuran ini berakhir dengan kejayaan tentera England dan kekalahan teruk ditanggung oleh Perancis.

Pertempuran Crécy
Sebahagian daripada Perang Seratus Tahun

Pertempuran Crécy dari manuskrip Babad Froissart bertarikh abad ke-15.
Tarikh26 Ogos 1346
Lokasi50°15′25″N 1°54′14″E / 50.257°N 1.904°E / 50.257; 1.904Koordinat: 50°15′25″N 1°54′14″E / 50.257°N 1.904°E / 50.257; 1.904
Keputusan Kemenangan England
Pihak yang terlibat
Kerajaan England Kerajaan Perancis
Kerajaan Bohemia
Komandan dan pemimpin
Raja Edward III
Edward, Si Putera Hitam
Earl Northampton
Raja Philip VI (WIA)
Count Alençon 
John dari Bohemia 
Duke Lorraine 
Count Blois 
Kekuatan
7,000–15,000 20,000–30,000
 • 10,000–12,000 tentera
 • 2,000–6,000 pemanah
 • Infantri tidak diketahui
Kerugian dan korban
100–300 terkorban 1,542–4,000 bangsawan terkorban
Bilangan infantri terkorban tidak diketahui tetapi jumlahnya besar

Tentera England yang jauh lebih kecil telah menewaskan tentera Perancis yang jauh lebih ramai dan besar. Taktik dan senjata baru telah menandakan pertempuran ini sangat penting dalam sejarah peperangan kerana tentera England telah menggunakan senjata busur panjang untuk menentang kesateria-kesateria Perancis. Busur panjang merupakan senjata yang pantas berbanding busur silang yang digunakan oleh perajurit Perancis dan Genoa. Malahan, senjata itu juga dapat melepaskan tembakan anak panah dengan jarak yang jauh. Sebelum pertempuran ini tercetus iaitu semasa Zaman Pertengahan, golongan kesateria memainkan peranan penting dalam sesebuah angkatan tentera. Namun disebabkan peristiwa pertempuran ini, sejarawan menganggap pertempuran ini sebagai tanda pengakhiran kepada pasukan kesateria.

Latar belakang sunting

Penaklukan ke atas England oleh William Sang Penakluk telah menghasilkan sebuah kenyataan di Eropah Barat apabila beliau dan susur galurnya masih bernaung dengan Raja Perancis. Namun, mereka juga merupakan penguasa yang memimpin kerajaan yang kuat. Cucu kepada William iaitu Matilda telah berkahwin dengan Geoffrey Plantagenet. Melalui perkahwinan itu, wilayah Anjou, Touraine dan Maine telah ditambah ke dalam lingkungan kekuasaan Raja England di Perancis. Anak kepada pasangan tersebut, Henry II berkahwin dengan salah seorang perempuan yang berpengaruh pada Zaman Pertengahan, Eleanor dari Aquitaine. Henry telah memperoleh wilayah isterinya yang luas sebagai hantaran kahwin untuknya.

Pada pertengahan abad ke-12, Dinasti Plantagenet telah menguasai hampir sebahagian besar Perancis. Sementara itu, wilayah pegangan Raja Perancis sangat kecil dan bidang kuasa mereka menjadi terbatas. Segalanya telah berubah pada zaman pemerintahan Raja Philip II. Setelah kemangkatan Raja Henry II, Richard I yang dikenali sebagai "Lionheart" telah menaiki takhta England. Pada tahun 1189, Raja Philip, Richard bersama dengan Maharaja Rom Suci, Frederick Barbarossa memulakan Perang Salib Ketiga selepas kota Jerusalem jatuh ke tangan Salahuddin al-Ayyubi. Walau bagaimanapun, Raja Perancis itu pulang ke tanah airnya pada tahun 1191 dan memperoleh banyak wilayah baru di Perancis semasa ketiadaan Richard yang menyahut seruan Perang Salib dan juga dipenjarakan. Richard akhirnya pulang pada tahun 1194 dan beliau berjaya melenyapkan muslihat Philip.

Richard mangkat pada tahun 1199 dan abangnya, John yang kemudiannya dikenali sebagai "Lackland" menjadi Raja England. John merupakan seorang raja yang lemah walaupun beliau mendapat bantuan daripada Maharaja Rom Suci. Perkara ini dapat dilihat dalam Pertempuran Bouvines apabila pasukan gabungan ini telah ditewaskan oleh Philip pada tahun 1214. Raja John kini berada dalam tekanan dan desakan oleh golongan bangsawan. Pada tahun 1215, beliau telah dipaksa untuk menandatangani Magna Carta yang terkenal. Philip telah memanfaatkan peluang ini dan pada penghujung pemerintahannya, Raja England hanya dapat menguasai separuh Duci Aquitaine. Namun, pihak England terpaksa untuk memeterai Perjanjian Paris pada tahun 1259 untuk merumuskan kempen penaklukan Raja Philip II. Petikan ini menyumbang kepada salah satu faktor yang menyebabkan Perang Seratus Tahun tidak dapat dielakkan lagi.

Pergolakan takhta Perancis sunting

Perancis mempunyai kelebihan sendiri sehinggalah menjelang lewat pemerintahan Raja Philip IV. Tindakan beliau yang menganiaya dan menindas Kesateria Templar telah menimbulkan satu dakwaan karut bahawa ia akan menjatuhkan dinasti Raja Philip. Apa-apapun setelah beliau menghukum bunuh para Kesateria Templar, Raja Philip mangkat tidak lama selepas itu dan beliau telah meninggalkan tiga orang anak lelaki. Anaknya masing-masing telah memerintah selama 14 tahun jika dicampurkan dan setiap daripada mereka tidak mempunyai waris lelaki sebagai calon untuk menaiki takhta. Kekalutan ini menandakan pengakhiran pemerintahan Dinasti Capetia dan membawa kepada pergolakan dinasti.

Perkara ini tidak menghalang puteri-puteri daripada tiga raja yang terakhir ini berpeluang menjadi pemimpin kerajaan. Namun, himpunan aristokrat telah menyelitkan Undang-Undang Salik yang lama tidak mengizinkan mana-mana kalangan perempuan untuk memiliki sebarang tanah. Pendirian tersebut tidak bertahan ekoran aristokrat wanita di Perancis telah mengidamkan takhta buat berkurun-kurun lamanya. Terdapat beberapa calon lain diutarakan tetapi hanya dua daripada mereka berkelayakan untuk dilantik menjadi raja. Calon yang pertama merupakan cucu kepada Raja Philip melalui anaknya, Isabella iaitu Edward III dari England. Calon kedua pula ialah anak saudara Philip iaitu Count Valois. Golongan aristokrat Perancis tidak merasakan Edward merupakan pilihan yang bagus. Mereka takut kerajaan England dan Perancis akan bersatu dan perkara itu menyukarkan golongan aristokrat Perancis ini memelihara dan mengekalkan hak istimewanya. Jadi pada tahun 1328, Count Valois diangkat menjadi Raja Perancis yang dikenali sebagai Philip VI.

Edward dilihat bersetuju beliau tidak sepatutnya menjadi Raja Perancis dan beliau masih mempunyai masalah untuk diselesaikan di Scotland. Beliau juga telah menyerahkan penghormatan kepada Philip melalui negeri naungannya, Duci Aquitaine pada tahun 1329. Namun, hakikat bahawa England masih menaungi Duci Aquitaine ini merupakan satu masalah. Pada tahun 1337, Philip merampas Aquitaine dengan memetik bahawa Edward sedang memberikan jaminan perlindungan kepada musuh Philip, Robert d'Artois. Perang Seratus Tahun dikira telah memulakan kehangatannya pada tahun 1337. Pada 24 Jun 1340, Pertempuran Sluys merupakan pertempuran pertama dalam peperangan ini yang terjadi di lautan. Raja Edward bersama armadanya berjaya menenggelamkan dan menawan hampir 200 buah kapal Perancis manakala seramai 20,000 tentera Perancis telah terkorban. Tentera Laut Perancis lebih besar tetapi kapal-kapal Inggeris telah menggunakan kemampuan pergerakannya dan senjata busur panjang untuk mengawal pertempuran sebelum mereka meraih kemenangan mudah. Armada Perancis telah lumpuh dan England yang tidak tertanding lagi dapat menguasai Selat Inggeris sepanjang peperangan berlangsung.

Edward kini telah menggerakkan bala tenteranya. Beliau ingin menuju ke tanah besar Eropah dan tidak ada yang menghalangnya untuk ke Flanders. Walau bagaimanapun, masalah kewangan tidak mengizinkan Edward untuk melancarkan serangan dengan segera. Fasa permulaan Perang Seratus Tahun merupakan sebuah perang proksi apabila Raja England dan Perancis menyokong pilihan masing-masing untuk menuntut takhta Perancis dalam Perang Warisan Breton. Edward mula menceroboh Perancis pada Julai 1346 apabila tenteranya mendarat di Normandy. Tentera Philip mula berarak ke utara untuk memerangkap tentera Edward yang jauh lebih besar. Tentera Inggeris cuba untuk berundur ke Flanders bagi mendapatkan bantuan dari sekutunya di kawasan itu tetapi oleh sebab Philip telah mengejar mereka lalu membuatkan Edward tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk bertempur.

Pertempuran sunting

 
Peta Pertempuran Crécy.

Pertempuran ini terjadi pada 26 Ogos 1346 berhampiran Crécy di utara Perancis. Tentera Inggeris dipimpin oleh Raja Edward sendiri dan mereka mempunyai sekitar 15,000 tentera yang terdiri daripada 2,500 kesateria dan kavalri berperisai, 5,000 pemanah yang menggunakan busur panjang, 3,000 pemanah berkuda, 4,000 tentera bertombak dan lima buah ribauldequin. Selain itu, tentera-tentera dari Flanders, Aquitaine dan Brittany berjuang untuk pihak Inggeris. Sementara itu, tentera Perancis diketuai oleh Philip VI dan Raja Kerajaan Bohemia yang buta, John. Angkatan tentera ini terdiri daripada 12,000 kavalri berat, 12,000 infantri dan 6,000 pemanah sekali gus menghasilkan jumlah keseluruhan seramai lebih daripada 30,000 tentera.

Tentera Inggeris telah merebut posisi di atas bukit yang terletak di antara Crécy dan Wadicourt. Pasukan tentera Inggeris telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada pemanah berkuda di bahagian pusat, tentera bertombak di barisan belakang manakala tentera pemanah berada di pasukan sayap. Barisan hadapan tentera Inggeris dilindungi oleh pasak dan parit bagi memperlahankan pergerakan kavalri musuh.

Tentera Philip yang menempuh perjalanan yang panjang telah keletihan. Walau bagaimanapun apapun jangkaan mereka, tentera Perancis mengambil keputusan untuk terus menyerang sebaik mereka melihat kelibat kedudukan tentera Edward. Pemanah Genoa dan Perancis mula membentuk satu barisan dan mereka lantas menyerang pemanah Inggeris. Pertempuran bermula pada jam 5 petang. Malangnya bagi pemanah Perancis kerana perisai-perisai mereka tertinggal di dalam kereta bagasi. Sebaik sahaja mereka mula mara, hujan lebat mula mencurah jatuh ke bumi. Apabila pemanah Inggeris dapat melepaskan tembakan anak panah lebih pantas, pemanah Perancis pula mendapati senjata mereka telah rosak dan serangan mereka ke arah pemanah Inggeris telah gagal. Berikutan itu, serangan balas yang dilakukan oleh pemanah Inggeris telah membuatkan pemanah Perancis terus berundur di bawah serangan anak panah dan artileri Inggeris.

Pasukan kesateria Perancis tidak merasakan apa-apa tetapi penghinaan dituju kepada infantri apabila mereka membunuh ramai tentera pemanah Perancis yang sedang berundur dari medan pertempuran. Pertelingkahan di dalam tentera Perancis telah menghasilkan kekacauan dan pemanah Inggeris memanfaatkan ia untuk mencederakan musuh dengan serangan bertali arus. Buat masa ini, kesateria Perancis yang telah menyelesaikan 'urusan' dalaman telah menjalankan serangan. Pasukan kavalri Perancis di bahagian sayap kanan juga mara menuju ke pasukan sayap kiri Inggeris. Namun, halangan dan serangan anak panah yang hebat telah mengurangkan keberkesanan serangan Perancis. Banyak kuda telah mati dan kesateria pula sama ada memilih untuk berundur ataupun terkorban dengan tidak membunuh seorang musuh pun.

 
Tugu peringatan yang ditujukan kepada John dari Bohemia di Estrées-lès-Crécy, Perancis.

Pasukan kavalri Perancis kedua melancarkan serangan di bahagian kiri dan pasukan tersebut dipimpin oleh Raja John dari Bohemia. Walaupun buta, beliau meminta supaya dirinya diikat di atas kuda sebelum beliau melakukan serangan menuju ke arah musuh. Serangan ini lebih berjaya apabila ia mencapai unit Inggeris yang dipimpin oleh Putera Edward atau dikenali sebagai "Putera Hitam". Pemanah Inggeris terpaksa berundur mencari perlindungan di belakang tentera pejalan kaki yang bersenjata. Kelihatan Perancis memperoleh kelebihan apabila panji putera Inggeris telah tumbang dan beliau sendiri tercedera. Walau bagaimanapun, pasukan sayap kiri Inggeris yang bebas daripada sebarang ancaman serangan bergerak melakukan serangan balas terhadap pasukan John. Raja Bohemia tersebut terkorban di tempat kejadian manakala tentera-tenteranya berundur melepaskan diri.

Tentera Perancis seterusnya cuba untuk melakukan serangan sebanyak 13 kali tetapi ia telah ditangkis. Barisan pusat tentera Inggeris pimpinan Raja Edward langsung tidak bertempur sehinggalah saat itu. Apabila tentera Perancis menjadi penat, Edward memerintahkan tenteranya mara ke hadapan dan serangan ini ternyata berkesan lalu menamatkan pertempuran. Raja Perancis yang berjuang seperti seorang pahlawan telah mengalami kecederaan pada rahangnya dan dua ekor kudanya telah terbunuh tetapi beliau akhirnya berjaya meninggalkan medan pertempuran. Tentera Inggeris menghabiskan sisa-sisa infantri Perancis yang terdapat di bahagian kiri padang.

Kesan sunting

Tentera Perancis telah mengalami kerugian nyawa seramai 10,000 orang dan sebahagian besarnya terdiri daripada pasukan kesateria. Raja Philip meminta bantuan daripada Raja Scotland, David dan tindakannya ialah menceroboh utara England. Walau bagaimanapun, David telah ditewaskan dalam Pertempuran Neville's Cross dan beliau sendiri telah menjadi tahanan. Sementara itu, Edward sendiri telah mara dan mengepung kota strategik Calais sebelum beliau menawannya pada tahun 1347. Penawanan kota Calais menunjukkan bahawa England telah mengukuhkan kedudukannya di kawasan tersebut sehingga dua kurun berikutnya.

Bacaan lanjutan sunting

Sumber moden sunting

  • Barber, Richard (2013). [[[:Templat:Googlebooks]] Edward III and the Triumph of England: The Battle of Crécy and the Company of the Garter] Check |url= value (bantuan). London: Allen Lane. ISBN 978-0713998382.
  • Hewitt, H.J. (1966). The Organization of War under Edward III. Manchester: Manchester University Press. OCLC 398232
  • Keen, Maurice (editor) (1999). Medieval Warfare: A History. Oxford, UK: Oxford University Press. ISBN 0198206399 OCLC 41581804
  • Livingston, Michael; DeVries, Kelly, penyunting (2016). The Battle of Crécy: A Casebook. Liverpool University Press. ISBN 978-1-78138-264-6. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
  • Matthews, Rupert (2007). The Battle of Crecy: A Campaign in Context. Stroud, Gloucestershire: Spellmount. ISBN 978-1862273696.
  • Reid, Peter (2007). A Brief History of Medieval Warfare: The Rise and Fall of English Supremacy at Arms, 1314–1485. Philadelphia: Running Press.
  • Rogers, Clifford J. (2010). Essay on Medieval Military History: Strategy, Military Revolution, and the Hundred Years War. Surrey, UK: Ashgate Variorum ISBN 978-0754659969 OCLC 461272357

Sumber primer sunting

  • Avesbury, Robert of. De gestis mirabilibus regis Edwardi Tertii. Edited by Edward Maunde Thompson. London: Rolls Series, 1889.
  • French Chronicle of London. Edited by G.J. Aungier. Camden Series XXVIII, 1844.
  • Rotuli Parliamentorum. Edited by J. Strachey et al., 6 vols. London: 1767–83.