Pertempuran Dathin

Pertempuran semasa perang Arab-Byzantine

Pertempuran Dathin (Arab: داثن)[1] ialah nama sebuah pertempuran semasa perang Arab-Byzantine. Pertempuran ini berlaku pada bulan Februari 634 M dan merupakan sebuah pertempuran kecil, akan tetapi menjadi masyhur dalam penulisan zaman itu.[2]

Pertempuran Dathin
Sebahagian daripada Perang Arab-Byzantine
Tarikh634
Lokasi
Dathin
Keputusan Kemenangan Muslim
Pihak yang terlibat
Khulafah al-Rasyidin Empayar Byzantine
Komandan dan pemimpin
Abu Umamah al-Bahili Dux Sergius  
Kekuatan
Tidak diketahui Tidak diketahui
Kerugian dan korban
Tidak diketahui 300

Pertempuran berlaku berikutan siri serangan Arab di sekitar Gaza. Panglima Byzantine (dux dan candidatus) Sergius, mengumpul satu pasukan kecil tentera (disebabkan ketiadaan anggota yang mencukupi) dan mengepelai angkatan berkuda ini dari pangkalannya di Caesarea menuju Gaza yang terletak 125 km di arah selatan. Dari sana beliau pergi bertemu dengan angkatan Muslim yang berkemungkinan besar lebih ramai[3] dan dipimpin oleh Abu Umamah al-Bahili.[4] Angkatan yang bertentangan ini bertembung di sebuah perkampungan bergelar Dathin, tidak jauh dari Gaza, pada 4 Februari 634 M.[5] Tentera Byzantine ditewaskan dan candidatus Sergius sendiri terbunuh, bersama-sama 300 orang tenteranya.[6]

mengikut catatan yang hampir sezaman dengan pertempuran ini, Doctrina Jacobi nuper baptizati, kemenangan Muslim diraikan oleh orang Yahudi tempatan,[2] yang telah ditindas Byzantine atau Rum.

Nota sunting

  1. ^ Le Strange, p. 574. Variant forms of the name include al-Dāthinah, al-Dabiyyah and al-Dābiyah; al-Tabari, p. 108 & n. 587
  2. ^ a b Kaegi, p. 94
  3. ^ Kaegi, p. 93, membuat tekaan yang tentera Muslim mungkin berjumlah "lebih daripada seribu orang, mungkin dua atau tiga kali jumlah itu."
  4. ^ Al-Tabari, p. 108
  5. ^ Kaegi, p. 93; "Cebisan," pp. 18-19
  6. ^ Kaegi, pp. 90-93. Al-Tabari, p. 108, dan al-Baladhuri, pp. 167-68, tidak memberi nama panglima Byzantine, dan merujuk kepada beliau hanay menyebut pangkat jeneralnya (Patrician, bahasa Arab, batriq). Theophanes, p. 37, memberi nama Sergius, tetapi tidak menetapkan tempat pertempuran dan menyatakan pertempuran itu berlaku pada 632-633 M.

Rujukan sunting

  • Al-Baladhuri, Ahmad ibn Jabir. The Origins of the Islamic State, Part I. Trans. Philip Khuri Hitti. New York: Columbia University, 1916.
  • "Extract From a Chronicle Composed About AD 640." The Seventh Century in the West-Syrian Chronicles. Trans. Andrew Palmer. Liverpool: Liverpool University Press, 1993. ISBN 0-85323-238-5
  • Kaegi, Walter E. Byzantium and the early Islamic conquests. Cambridge, UK: Cambridge University Press, 1992. ISBN 0-521-41172-6
  • Le Strange, Guy. Palestine Under the Moslem: A Description of Syria and the Holy Land, From A.D. 650 to 1500. London: A. P. Watt, 1890.
  • Al-Tabari, Abu Ja'far Muhammad ibn Jarir. The History of al-Tabari, Volume XI: The Challenge to the Empires. Trans. Khalid Yahya Blankinship. Ed. Ehsan Yar-Shater. Albany, NY: State University of New York Press, 1993. ISBN 0-7914-0851-5
  • Theophanes the Confessor. The Chronicle of Theophanes. Ed. and trans. Harry Turtledove. Philadelphia: University of Pennsylvania Press, 1982. ISBN 0-8122-1128-6