Pertempuran Fredericksburg

Pertempuran Fredericksburg berlangsung pada 11-15 Disember 1862, di Fredericksburg, Virginia dan kawasan sekitarnya, di antara Tentera Gabungan Amerika Virginia Utara yang diketuai oleh Jeneral Robert E. Lee dengan Tentera Potomac daripada Kesatuan Amerika yang diketuai oleh Mejar Jeneral Ambrose Burnside. Serangan secara berhadapan yang sia-sia dilakukan oleh tentera Kesatuan pada 13 Disember ke atas pertahanan Tentera Gabungan yang berkubu di belakang tanah tinggi bandar ini dikenang sebagai salah satu peperangan berat sebelah semasa Perang Saudara Amerika, dengan korban pihak Kesatuan yang lebih daripada dua kali ganda besar berbanding korban yang dialami oleh pihak Gabungan.

Pertempuran Fredericksburg
Sebahagian daripada Perang Saudara Amerika

Pertempuran Fredericksburg oleh Kurz dan Allison.
Tarikh11 - 15 Disember 1862[1]
Lokasi
Kaunti Spotsylvania dan Fredericksburg, Virginia
Keputusan Kemenangan negeri-negeri Gabungan Amerika[1]
Pihak yang terlibat
Amerika Syarikat Amerika Syarikat (Kesatuan Amerika) Negeri-negeri Gabungan Amerika CSA (Gabungan America)
Komandan dan pemimpin
Ambrose E. Burnside Robert E. Lee
Unit terlibat
Tentera Potomac Tentera Virginia Utara
Kekuatan
sekitar. 114,000 bertempur sekitar. 72,500 bertempur
Kerugian dan korban
12,653
(1,284 terbunuh
 9,600 cedera
 1,769 ditawan/hilang)[2]
5,377
(608 terbunuh
 4,116 cedera
 653 ditawan/hilang)[3]

Rancangan Burnside adalah untuk menyeberangi Sungai Rappahannock di Fredericksburg pada pertengahan November dan mara ke ibu negeri Konfederate Amerika, Richmond, Virginia sebelum tentera Lee boleh menghalangnya. Karenah birokrasi menghalang Burnside daripada menerima jambatan ponton yang diperlukan tepat pada masanya dan Lee memindahkan tenteranya untuk menghalang penyeberangan. Apabila tentera Kesatuan akhirnya dapat membina jambatan dan menyeberang semasa pertempuran, peperangan bandar berlangsung di bandar pada 11-12 Disember. Tentera Kesatuan bersedia untuk menyerangan kedudukan bertahan Konderate di selatan bandar dan di rabung yang dibina kubu di sebelah barat bandar yang dikenali sebagai Tanah Tinggi Marye.

Pada 13 Disember , "division agung" Maj. Jeneral William B. Franklin berjaya mebolosi barisan pertahanan pertama Konfederate Lt. Gen. (CSA) Stonewall Jackson di selatan, tetapi akhirnya diundurkan. Burnside memerintah division agung Maj. Gens. Edwin V. Sumner dan Joseph Hooker untuk membuat serangan hadapat berulang terhadap kedudukan Lt. Gen. James Longstreet di tanah tinggi Marye, kesemuanya dipatahkan dengan bilangan korban yang tinggi. Pada Disember, Burnside mengundurkan tenteranya, mengakhiri satu lagi kempen Union yang gagal di Teater Tmur.

Latar belakang dan rancangan Burnside sunting

Pada bulan November 1862, Presiden Abraham Lincoln perlu untuk menunjukkan kejayaan usaha perang Kesatuan sebelum orang ramai di Utara hilang keyakinan terhadap pentadbiran beliau. Tentera Konfederate telah bergerak lebih awal pada musim gugur, menyerang Kentucky dan Maryland, dan walaupun setiap serangan telah diundurkan, tentera tersebut kekal utuh dan mampu bertindak selanjutnya. Lincoln menggesa Mejar Jeneral Ulysses S. Grant untuk mara terhadap benteng Konfederate Vicksburg, Mississippi. Beliau menggantikan Mejar Jeneral Don Carlos Buell dengan Mejar Jeneral William S. Rosecrans, dengan harapan untuk tindakan yang lebih agresif terhadap musuh-musuh di Tennessee. Dan pada 5 November, melihat bahawa penggantian Buell tidak merangsang Mejar Jeneral George B. McClellan untuk bertindak, beliau mengeluarkan arahan untuk menggantikan McClellan sebagai Perintah Tentera Potomac di Virginia. McClellan telah menghentikan Robert E. Lee semasa Pertempuran Antietam di Maryland, tetapi tidak mampu untuk memusnahkan tentera Lee, Presiden Lincoln juga berpendapat bahawa McClellan juga tidak cukup agresif ketika mengejar Lee kembali ke Virginia.[4]

Pengganti McClellan adalah Maj. Jen. Ambrose E. Burnside, komander kor ke-IX. Burnside mempunyai reputasi sebagai komander bebas, dengan kejayaan beroperasi awal tahun tersebutdi persisiran Carolina Utara dan, tidak seperti McClellan, tidak kelihatan memiliki cita-cita politik. Bagaimanapun, dia merasa dirinya tidak layak bagi pemerintahan tahap-tentera dan membantah apabila ditawarkan jawatan tersebut. Dia menerima hanya apabila ia dijelaskan kepadanya bahawa McClellan akan digantikan walau bagaimanapun dan satu-satunya pilihan lain adalah Maj. Jen. Joseph Hooker, yang tidak disukai ataupun dipercayai Burnside. Burnside mengambil alih pemerintahan pada 7 November.[5]

Sebagai tindak balas kepada desakan dari Lincoln dan ketua-turus-tentera Maj. Jen. Henry W. Halleck, Burnside merancang serangan lewat musim gugur; dia memberitahu rancangannya kepada Halleck pada 9 November. Rancangan tersebut bergantung kepada pergerakan pantas dan penipuan. Dia akan menumpukan tenteranya secara terang-terangan berhampiran Warrenton, Virginia, membuat gerakan olok-olok di Bangunan Mahkamah Culpeper, Bangunan Mahkamah Orange, atau Gordonsville. Kemudian dia dengan pantas mengalih tenteranya ketenggara dan menyeberangi Sungai Rappahannock ke Fredericksburg, dengan harapan Robert E. Lee akan mengekalkan kedudukan, tidak jelas mengenai tujuan Burnside, sementara Tentera Union membuat pergerakan pantas terhadap Richmond, selatan sepanjang Richmond, Fredericksburg dan Landasan Potomac dari Fredericksburg. Burnside memilih rancangan ini kerana dia bimbang sekiranya dia bergerak secara langsung ke selatan dari Warrenton, dia terdedah pada serangan rusuk dari Lieutenant General (CSA) Thomas J. "Stonewall" Jackson, yang kor nya pada masa itu berada di selatan Lembah Shenandoah Winchester, Virginia. Dia juag percaya bahawa Landasan Orange dan Alexandria bukanlah garis bekalan yang mencukupi. (Burnside turut terpengaruh dengan rancangan yang baru dikembangkan oleh McClellan sebelum digantikan. Menyedari bahawa Lee telah menghalang O&A, McClellan menimbang laluan melalui Fredericksburg dan memerintah sekumpulan kecil tentera berkuda di bawah pemerintahan Kapt. Ulric Dahlgren bagi menyiasat keadaan RF&P.) Ketika Burnside mula mengumpulkan pangkalan bekalan di Falmouth, Virginia, berhampiran Fredericksburg, pentadbiran Lincoln bergolah dengan perbincangan panjang lebar mengenai kebijaksanaan rancangan tersebut, yang berbeza dengan kecenderungan presiden bagi pergerakan ke selatan melalui O&A dan konfrantasi secara langsung dengan tentera Lee berbanding pergerakan yang menumpu pada bandar Richmond. Lincoln dengan berat hati meluluskan rancangan itu pada 14 November tetapi memberi amaran kepada jeneralnya untuk bergerak dengan pantas, ragu-ragu bahawa Lee akan berkerjasama sebagaimana jangkaan Burnside.[6]

Nota sunting

  1. ^ a b NPS
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Eicher405 tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan confcas tidak disediakan
  4. ^ O'Reilly, pp. 4–6.
  5. ^ Esposito, text to map 71; Marvel, pp. 159–61; O'Reilly, pp. 1–2.
  6. ^ Eicher, p. 396; O'Reilly,– pp. 14–23; Welcher, p. 700; Marvel, pp. 164–65.

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting