Pertempuran Ivry berlaku pada 14 Mac 1590, semasa Perang Agama Perancis. Pertempuran memberi kemenangan muktamad kepada Henry dari Navarre, kemudian dikenali sebagai Henry IV dari Perancis, memimpin pasukan Huguenot menentang pasukan Liga Katolik yang dipimpin oleh Duc de Mayenne. Pasukan Henry menang dan beliau meneruskan kemaraan untuk mengepung Paris.

Pertempuran Ivry
Sebahagian daripada Perang Agama Perancis
Henry IV di Pertempuran Ivry, oleh Peter Paul Rubens.
Tarikh14 Mac, 1590
Lokasi
Keputusan Kemenangan Henry IV
Pihak yang terlibat
Tentera Diraja Perancis Liga Katolik
Komandan dan pemimpin
Henry de Navarre Duc de Mayenne,
Duke Aumale
Kekuatan
8,000 infantri,
3,000 kavalri
12,000 infantri,
4,000 kavalri
Kerugian dan korban
? 11,000 infantri,
2,500 kavalri

Pertempuran berlaku pada dataran Épieds berhampiran Ivry (kemudian ditukar menjadi Ivry-la-Bataille), Normandy. Ivry-la-Bataille terletak di Sungai Eure dan sekitar tiga puluh batu ke sebelah barat Paris, di sempadan antara daerah Île-de-France dan Beauce.

Rujukan sunting

  • Arlette Jouanna and Jacqueline Boucher, Dominique Biloghi, Guy Thiec. Histoire et dictionnaire des Guerres de religion. Collection: Bouquins. Paris: Laffont, 1998. ISBN 2-221-07425-4

1 http://www.poetry-archive.com/m/ivry.html