Pertempuran Jitra adalah satu pertempuran yang berlaku pada 11 dan 12 Disember 1941 di kawasan Jitra, Kedah melibatkan pasukan British dari 11 Divisyen India di bawah pimpinan Mejar Jeneral David Murray-Lyon. Divisyen ke-11 India dipertanggungjawabkan dengan pertahanan bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu dengan askar-askar Jepun dari Ketumbukan ke-25 (25th Army) di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Pertempuran ini berkesudahan dengan kekalahan teruk Tentera British yang membolehkan mereka mara melalui Semenanjung Tanah Melayu tanpa diberikan tentangan berkesan sehinggalah membawa kepada kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1842.

Pertempuran Jitra
Sebahagian daripada the Pertempuran Malaya, Perang Dunia II
Tarikh11 Disember13 Disember 1941
Lokasi
Keputusan Kemenangan British Malaya, Kapal terbang Berikat berundur ke Singapura
Pihak yang terlibat
India Divisyen Infantri India ke-11 Jepun Divisyen Pengawal Imperial
Jepun Divisyen Infantri Ke-5
Komandan dan pemimpin
United Kingdom David Murray-Lyon Jepun Takuma Nishimura

Latar Belakang sunting

 
Peta menunjukkan kedudukan, kekuatan, dan urutan pertempuran antara Malaya Command (biru) dan Tentera Darat Ke-25 Jepun (merah) semasa Pertempuran Malaya tahun 1941–1942. Jitra terletak di utara Tanah Melayu berdekatan sempadan dengan Siam.

Divisyen ke-11 India ditubuhkan dalam bulan September 1940 dan diletakkan di bawah pemerintahan Markas Gerakan Tanah Melayu dengan tanggungjawab khusus untuk pertahanan bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Dalam bulan April 1941, Divisyen ke-11 India dipindahkan ke bawah pemerintahan Kor Ke-III India (Panglima, Leftenan Jeneral Sir Lewis Heath). Divisyen ini berpangkalan di Jitra dengan dua daripada tiga brigednya juga berpangkalan di Jitra. Pasukan Krohcol yang terdiri daripada dua batalion dengan bantuan satu kompeni angkut berpangkalan di Pulau Pinang. Hanya 28 Briged India yang bertindak sebagai simpanan Divisyen, berada agak jauh, dengan pangkalan di Ipoh.

Divisyen ke-11 India mempunyai kekuatan mencukupi dengan unit-unit terdiri daripada:

  • 6 Briged Infantri India di Jitra (Brigadier WO Lay) terdiri daripada
    Batalion 1/8, Rejimen Punjab
    Batalion Ke-2, Rejimen East Surrey
    Batalion 2/16, Rejimen Punjab
  • 15 Briged Infantri IndiaJitra (Brigadier KA Garrett) terdiri daripada
    Batalion Pertama, Rejimen Leicestershire - Lt. Kol. Esmond Morrison
    Batalion 1/14, Rejimen Punjab - Leftenan Kolonel James Fitzpatrick
    Batalion 2/9, Rejimen Jat
  • 28 Briged Infantri IndiaIpoh (Brigadier W St John Carpendale) terdiri daripada
    Batalion 2/1, King George V's Own Gurkha Rifles - Leftenan Kolonel Jack Fulton
    Batalion 2/2, King George V's Own Gurkha Rifles
    Batalion 2/9, King George V's Own Gurkha Rifles
  • Krohcol (Kroh, Pulau Pinang & Utara Malaya) (Leftenan Kolonel HD Moorhead) terdiri dari
    Batalion 3/16 Rejimen Punjab
    Batalion 5/14 Rejimen Punjab
    2/3 Kompeni Kenderaan Australia

Jitra ialah pertahanan hadapan Semenanjung Tanah Melayu. Jitra penting kerana mengawal laluan jalan raya dan jalan kereta api dari utara ke selatan. Satu daripada tugas Divisyen India Ke-11 ialah melindungi pangkalan udara utama di Alor Setar dan aerodrom Sungai Petani, dan aerodrom Butterworth di Pulau Pinang.

Persediaan sunting

Pertahanan Berikat di Jitra masih tidak lengkap sepenuhnya ketika Perperangan Pasifik meletus. Divisyen Ke-11 India ditugaskan pada awalnya untuk melaksanakan Operasi Matador di selatan Siam. Matador dibatalkan dan sebaliknya divisyen Mejar Jeneral Murray-Lyon terpaksa mengambil kedudukan pertahanan dengan tegesa-gesa. Garisan dawai kawat didirikan dan periuk api kereta kebal dipasang ketika hujan lebat membanjiri perparitan cetek dan lubang meriam. Banyak wayar telefon lapangan diletakkan merentasi tanah lembap gagal berfungsi, menyebabkan hubungan terputus semasa pertempuran.

Dua briged di bawah Murray-Lyon mempertahankan baris hadapan. Briged India ke-15, terdiri daripada Rejimen Leicestershire, Rejimen Punjab ke-1/14 dan Rejimen Jat ke-2/9 ditempatkan di sebelah kanan; di sebelah kiri pula ditempatkan Briged India ke-6, terdiri daripada Rejimen East Surrey, Rejimen Punjab ke-1/8 dan ke-2/16. Bateri artileri daripada Rejimen Medan ke-155, Rejimen Gunung ke-22 dan Rejimen Anti-Kereta kebal ke-80 memberikan sokongan artileri. Briged India ke-28 (kesemua Gurkha) diletakkan sebagai simpanan dan berada di Ipoh (lebih kurang 120 batu (200 km) dari Jitra).

Jarak medan hadapan sepanjang sehingga 14 batu (23 km), merentangi kedua jalan dan landasan kereta api, dan melepasi jauh ke kiri dan kanan, dari bukit yang diselitupi hutan di sebelah kanan, hingga melepasi sawah padi dan ladang getah sehingga paya bakau pasang surut di sebelah kiri. Garis pertahanan in digelar sebagai Garis Jitra.

Pertempuran sunting

Pada petang 11 Disember, sudah menjadi jelas bahawa kedudukan pertahanan akan diserang. Anggota briged-briged baris hadapan, yakni Briged Ke-6 dan Ke-15, telah menghabiskan masa beberapa hari sebelum itu untuk memasang kawat duri, mengenal pasti kawasan tembakan, memasang periuk api dan persiapan pertahanan lain. Persiapan ini mengambil masa kerana bekalan terpaksa dipunggahkan semula daripada kereta api (sebahagian bekalan disimpan dalam kereta api sebagai persiapan Operasi matador) — tiada persiapan dilakukan sebelum itu kerana pihak British khuatir akan kehadiran pengintip dan persiapan awal akan mendedahkan lokasi pertahanan.[1]

Pada akhir petang 11 Disember, sebuah pasukan kereta kebal Jepun muncul dan menyerbu pertahanan British di utara bandar Jitra. Ia merupakan kali pertama tentera India melihat kereta kebal. Serangan ini menumpaskan Rejimen Punjab 1/14 dan Rifle Gurkha 2/1. Jeneral Murray-Lyon meminta kebenaran berundur dari Jitra ke kedudukan yang telah dipilihnya sekitar 30 ke selatan, di Gurun. Ia merupakan pertahanan semula jadi, sungguhpun ia tidak diletakkan dalam kedudukan pertahanan aktif. Jeneral Percival dengan tegas menolaknya. Dia bimbang sebarang pengunduran seawal dan sejauh itu akan melemahkan moral pada tentera dan penduduk awam. Murray-Lyon diberitahu bahawa pertempuran mesti dilakukan di Jitra.

Menjelang petang 11 Disember, keadaan semakin buruk sehinggakan menjelang 7:30 petang, Murray-Lyon sekali lagi meminta kebenaran bagi berundur ke kedudukan di Gurun. Jeneral Percival akhirnya bersetuju bahawa dia diberikan pilihan untuk berundur dari Jitra. Tugan Jeneral Murray-Lyon kini adalah bagi cuba mempertahankan Utara Kedah dan menghalang kereta kebal musuh pada kedudukan halangan semulajadi yang baik, dan membahagi tenteranya agar dalam kedudukan dalam sepanjang dua jalan selari Utara Selatan yang merentasi kawasan menanam padi, dan dengan itu dapat kedudukan lebih baik bagi artilerinya. Pada 10 malam, Division India ke-11 diperintahkan berundur ke tebing Selatan Sungai Kedah di Alor Star, bermula tengah malam 12/13 Disember.

Pengunduran ini adalah sukar dalam keadaan yang paling baik. Dengan tentera letih, percampuran unit akibat pertempuran, putus hubungan dan gelap malam, ia nya tidak dapat dielakkan bahawa arahan lewat dan dalam sesetengah kes tidak sampai kepada penerimanya. Ini adalah apa yang berlaku. Sesetengah unit dan sub-ubit berundur tanpa masaaalah. Yang lain, mendapati diri mereka gagal menggunakan satu-satunya jalan, terpaksa mencari jalan sebaik mungkin merentasi desa. Disebelah kiri, tidak terdapat jalan, dengan itu sesetengah kumpulan sampai ke pantai dan, menaiki bot, berkumpul kembali jauh keselatan. Sesetengah yang lain, masih dalam kedudukan yang sama menjelang pagi berikutnya. Masalahnya adalah pengunduran, sungguhpun perlu dilakukan, terlalu pantas dan terlalu rumit bagi tentera yang tidak teratur dan penat, yang ketidak teratur dan kepenatannya hanya bertambah. - Lt Jen Arthur Percival [2]

Pada 12 Disember pasukan British melakukan serangan balas terhadap Jepun, namun usaha ini dapat dipatahkan. Sebaliknya pihak Jepun menyerbu jambatan tunggal merentasi Sungai Bata. Serangan ini berjaya dipatahkan Pasukan Rifle Gurkha ke-2/2 dengan bantuan unit-unit rejimen Inggeris (Leicester dan Surrey). pada jam 2.00 pagi, jambatan itu dimusnahkan dan batalion-batalion British berundur melalui pengawal belakang yang dibentuk oleh Rifle Gurkha ke-2/9, yang bertempur sengit sekali lagi bagi melengahkan kemaraan Jepun sebelum turut sama berundur. Menjelang tengah hari, kesemua hubungan dengan musuh terhenti.

Selepas 15 jam pertempuran sengit, Divisyen Ke-5 Jepun menawan Jitra dan bersamanya sejumlah besar bekalan pihak Berikat di kawasan tersebut. Sekitar masa yang sama, pesawat Perkhidmatan Udara Tentera Laut Imperial Jepun melakukan serangan udara besar-besaran terhadap Pulau Pinang, membunuh lebih dari 2,000 orang awam.

Selepas kemusnahan kebanyakan kapal terbang pihak Berikat di Alor Star, Jeneral Percival memerintahkan semua kapal terbang — sehingga ketibaan bantuan dari seberang laut — akan digunakan bagi mempertahankan Singapura dan bagi melindungi konvoi bekalan bergerak ke utara dari Singapura ke Malaya. Mejar Jeneral Murray-Lyon, dilucutkan pemerintahan pada 23 Disember 1941 oleh Jeneral Percival. [3] sementara ketiga-tiga komander (semua mendapat kecederaan) brigednya diganti.[4]

Nota sunting

  1. ^ Warren, Alan Singapore 1942 Britain's Greatest Defeat Talisman, 2002 ms 85 ISBN 9810453205
  2. ^ Laporan Leftenan Jeneral AE Percival dalam bukunya, The War in Malaya, Chapter IX: The Battle for Kedah. Capaian 25 Ogos 2012
  3. ^ Elphick, Peter Singapore The Pregnable Fortress, Hodder and Stoughton, 1995 ms 249 ISBN 0-340-61316-5
  4. ^ Smyth, Sir John Percival and the tragedy of Singapore Macdonald & Company, 1971 ms 150–151 SBN 356635948

Sumber sunting

  • Warren, Alan (2002). Singapore 1942. Britain's Greatest Defeat. Singapore: Talisman. ISBN 9810453205. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Allen, Louis (1976). "Singapore". Dalam Noble Frankland dan Christopher Dowling (penyunting). Decisive Battles of the Twentieth Century Land-Sea-Air. Sidgwick and Jackson. m/s. 155–169. ISBN 0283981644.
  • Tsuji, Masanobu (1988). Singapore 1941–1942 The Japanese Version of the Malayan Campaign of World War II. Singapore: Oxford University Press. ISBN 0-19-588891-X.
  • Smyth, Sir John (1971). Percival and the tragedy of Singapore. London: Macdonald and Company. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)