Pertempuran Tsushima

Pertempuran Tsushima
Sebahagian daripada Perang Rusia-Jepun
Admiral Tōgō on the bridge of Mikasa
Laksamana Tōgō di anjungan Mikasa, pada awal Pertempuran Tsushima tahun 1905. Bendera isyarat yang sedang dikibarkan ialah berhuruf Z, yang merupakan arahan khas kepada Armada.
Tarikh27–28 Mei 1905
Lokasi34°33.98′N 130°9.06′E / 34.56633°N 130.15100°E / 34.56633; 130.15100Koordinat: 34°33.98′N 130°9.06′E / 34.56633°N 130.15100°E / 34.56633; 130.15100
Keputusan Kemenangan muktamad Jepun[1]
Pihak yang terlibat
 Empayar Jepun  Empayar Rusia
Komandan dan pemimpin
Jepun Tōgō Heihachirō
Jepun Kamimura Hikonojō
Jepun Dewa Shigetō
Rusia Zinovy Rozhestvensky
Rusia Nikolai Nebogatov
Rusia Oskar Enkvist
Kekuatan
5 kapal tempur
27 kruiser
21 kapal pembinasa
37 bot torpedo tambah bot meriam, dan kapal bantuan
Jumlah: 89 kapal
8 kapal tempur
3 kapal tempur pesisir
6 kruiser
9 kapal pembinasa
12 kapal lain
Jumlah: 38 kapal
Kerugian dan korban
117 maut
583 cedera
3 bot torpedo karam
(450 tan tenggelam)
4,380 maut
5,917 ditawan
6 kapal tempur karam
1 kapal tempur pesisir karam
14 kapal lain karam
7 kapal ditawan
6 kapal dilucut senjata
(126,792 tan tenggelam)

Pertempuran Tsushima (Rusia: Цусимское сражение, Tsusimskoye srazheniye), juga dikenali sebagai Pertempuran Selat Tsushima dan Pertempuran Laut Jepun (Bahasa Jepun: 日本海海戦, Nihonkai-Kaisen) di Jepun, adalah satu pertempuran laut terbesar antara Rusia dan Jepun semasa Perang Rusia-Jepun. Ia merupakan satu-satunya pertempuran laut muktamad dalam sejarah tentera yang dilakukan oleh armada kapal tempur besi moden,[2][3] dan pertempuran laut pertama yang mana telegrafi wayarles (radio) memainkan satu peranan penting. Ia telah disifatkan sebagai "lambang kematian era lama – buat kali terakhir dalam sejarah peperangan laut, kapal perang layar dalam armada yang tewas menyerahkalah di laut lepas".Templat:Attribution needed[4]

Ia telah berlangsung pada 27–28 Mei 1905 (14–15 Mei dalam kalendar Julian yang digunakan di Rusia) di Selat Tsushima antara Korea dan selatan Japan. Dalam pertempuran ini armada Jepun dibawah Laksamana Tōgō Heihachirō memusnahkan dua pertiga armada Rusia, dibawah Laksamana Zinovy Rozhestvensky, yang telah mengelilingi lebih 18,000 batu nautika (33,000 km) untuk tiba ke Timur Jauh. Di London pada tahun 1906, Sir George Sydenham Clarke menulis, "Pertempuran Tsu-shima adalah peristiwa laut terbesar dan paling penting sejak Trafalgar";[5] sedekad kemudian, ahli sejarah Edmund Morris bersetuju dengan pendapat ini.[6] Kemusnahan tentera laut Rusia menyebabkan reaksi pahit dari rakyat Rusia, yang membuat perjanjian damai pada September 1905 tanpa sebarang pertempuran lagi.

Sebelum Perang Rusia-Jepun, banyak negara membina kapal tempur mereka dengan pelbagai meriam yang berukuran 152 mm (6-inci), 203 mm (8-inci), 254 mm (10-inci) dan 305 mm (12-inci), dengan niat menggunakan kapal tempur ini dalam pertarungan jarak dekat, iaitu aksi muktamad armada. Pertempuran Tsushima secara konklusif menunjukkan bahawa kelajuan dan meriam besar kapal tempur[7] berserta jarak yang lebih jauh adalah lebih berguna dalam pertempuran laut berbanding pelbagai meriam yang berbeza saiz.[8]

Pertempuran ini juga merupakan kali pertama telegrafi wayarles digunakan dalam peperangan laut.[9] Telegraf wayarles telah dicipta pada akhir tahun 1890an, dan menjelang abad seterusnya hampir kesemua tentera laut utama mengguna pakai teknologi komunikasi yang lebih baik ini. Bagaimanapun Tsushima akan menjadi "pertempuran laut besar pertama yang menggunakan wayarles untuk apa jua peranan".[10]

Lihat juga sunting

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ 100 Battles, Decisive Battles that Shaped the World, Dougherty, Martin, J., Parragon, pp. 144–145
  2. ^ Sterling, Christopher H. (2008). Military communications: from ancient times to the 21st century. ABC-CLIO. m/s. 459. ISBN 1-85109-732-5. The naval battle of Tsushima, the ultimate contest of the 1904–1905 Russo-Japanese War, was one of the most decisive sea battles in history.
  3. ^ Naval War College Press (U.S.), penyunting (2009). Joint Operational Warfare Theory and Practice and V. 2, Historical Companion. Government Printing Office. m/s. V-76. ISBN 1-884733-62-X. In retrospect, the battle of Tsushima in May 1905 was the last "decisive" naval battle in history.
  4. ^ Brown p. 10
  5. ^ Semenoff (1907) p. ix
  6. ^ Morris, Edmund (2001). Theodore Rex. ISBN 0-394-55509-0.
  7. ^ Massie pp. 470–480
  8. ^ Semenoff (1907) pp. 124, 135
  9. ^ Evans & Peattie 1997, m/s. 84.
  10. ^ Busch pp. 137–138

Bibliografi sunting

  • Brown, David (1990). Warship Losses of World War Two. Arms and Armor Press, Great Britain. ISBN 0-85368-802-8.
  • Forczyk, Robert (2009). Russian Battleship vs Japanese Battleship, Yellow Sea 1904–1905. Osprey. ISBN 978-1-84603-330-8.
  • Evans, David C; Peattie, Mark R (1997). Kaigun: strategy, tactics, and technology in the Imperial Japanese Navy, 1887–1941. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-192-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Koenig, William (1977). Epic Sea Battles (ed. 2004 revised). London: Octopus Publishing Group Ltd. ISBN 0-7537-1062-5.
  • Willmott, H. P. (2009). The Last Century of Sea Power: From Port Arthur to Chanak, 1894–1922, Volume 1. Indiana University Press. ISBN 0-41521-477-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mahan, Alfred Thayer (1906). Reflections, Historic and Other, Suggested by the Battle of the Japan Sea. (Article) US Naval Proceedings magazine, June 1906, Volume XXXVI, No. 2; US Naval Institute, Heritage Collection.
  • Massie, Robert K. (1991). Dreadnought: Britain, Germany, and the Coming of the Great War. Random House, NY. ISBN 0-394-52833-6.
  • Pleshakov, Constantine (2002). The Tsar's Last Armada; The Epic Voyage to the Battle of Tsushima. ISBN 0-465-05792-6.
  • Regan, Geoffrey (1992) 'The Battle of Tsushima 1905' in The Guinness Book of Decisive Battles, Guinness Publishing.
  • Semenoff, Vladimir Captain (1907). The Battle of Tsushima. Translated by Captain A. B. Lindsay; Preface by Sir George Sydenham Clarke, G.C.M.G., F.R.S., John Murray, London, second edition 1907.
  • Sondhaus, Lawrence (2001). Naval Warfare, 1815–1914. New York: Routledge. ISBN 0-41521-477-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stille, Mark (2016). The Imperial Japanese Navy of the Russo-Japanese War. Bloomsbury Publishing. ISBN 1-47281-121-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Willmott, H. P. (2009). The Last Century of Sea Power: From Port Arthur to Chanak, 1894–1922, Volume 1. Indiana University Press. ISBN 0-25300-356-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Watts, Anthony J. The Imperial Russian Navy. Arms and Armour Press, Villiers House, 41–47 Strand, London, 1990. ISBN 0-85368-912-1.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

  • History.com— This Day In History: The Battle of Tsushima Strait
  • Battlefleet 1900—Free naval wargame rules covering the pre-dreadnought era, including the Russo-Japanese War.
  • Russojapanesewar.com—Contains a complete order of battle of both fleets. It also contains Admiral Tōgō's post-battle report and the account of Russian ensign Sememov.