Pertempuran Valea Albă

Pertempuran Valea Albă atau dikenali sebagai Pertempuran Războieni dan Pertempuran Akdere merupakan peristiwa penting dalam sejarah Moldavia. Pertempuran ini berlaku di Războieni yang dikenali sebagai Valea Albă pada 26 Julai 1476 antara tentera Moldavia di bawah pimpinan Ştefan cel Mare dan tentera Uthmaniyyah yang dikendalikan sendiri oleh Sultan Muhammad al-Fatih.

Pertempuran Valea Albă
Sebahagian daripada Perang Moldavia-Uthmaniyyah

Peta pertempuran.
Tarikh26 Julai 1476
Lokasi
Keputusan Kejayaan Pyrrhic Uthmaniyyah[2]
Pihak yang terlibat

Empayar Uthmaniyyah

Moldavia
Komandan dan pemimpin

Muhammad al-Fatih

Stephen III dari Moldavia
Kekuatan
Bilangan tentera Uthmaniyyah tidak diketahui
12,000 tentera Wallachia[1]
30,000[3]
Kerugian dan korban
tinggi[4] tinggi[2]

Latar belakang sunting

Setelah meraih kejayaan dalam Pertempuran Vaslui, Stephen tahu bahawa beliau bakal berhadapan dengan ancaman Uthmaniyyah lagi. Sultan Muhammad al-Fatih pula sedar bahawa beliau perlu memimpin sendiri dalam kempen kali ini. Pasukan beliau telah mara ke Moldavia bersama lebih 100,000 tentera pada musim panas 1476. Sekutu Uthmaniyah dari Kekhanan Krimea telah melancarkan serangan dari arah timur dan menakluk Bessarabia. Sultan Muhammad menguasai kubu penting Akkerman di Laut Hitam sekali gus beliau telah mencapai salah satu objektif utama kempen.

Stephen sudah sedia maklum sekiranya beliau berhadapan dengan tentera Uthmaniyah dalam medan terbuka akan mengundang bencana. Beliau memilih untuk menggunakan taktik lamanya iaitu serang dan cabut serta bumi hangus. Sultan Muhammad kini tidak mengulangi kesilapan Suleiman dengan meneruskan kemaraan secara perlahan-lahan bagi memastikan jalur bekalannya selamat.

Pertempuran sunting

Putera Stephen bersama dengan 30,000 tenteranya berhadapan dengan angkatan tentera Sultan Muhammad al-Fatih di Valea Alba pada 26 Julai 1476. Tentera Moldavia telah membakar api dan menggunakan bahang musim panas untuk menghalang kemaraan Uthmaniyyah. Pihak Moldavia menjangkakan musuh mereka dibakar di dalam hutan dan mengalami angka korban yang tinggi. Meriam dan penembak Moldavia juga melancarkan serangan yang menyebabkan musuh menanggung kerugian besar. Walau bagaimanapun, jumlah tentera Uthmaniyah telah melebihi tentera Moldavia sekali gus memberikan sedikit kelebihan kepada pihak Uthmaniyah. Penghalang sementara yang dibina oleh tentera Moldavia telah diserbu tentera musuh.

Pada saat ini, Stephen merasakan bahawa ia merupakan saat terbaik untuk beliau melepaskan 4,000 kavalri terbaiknya untuk menentang tentera sultan. Malangnya, unit ini telah diasak sehingga mereka terpaksa berundur sementara Sultan Muhammad mengarahkan tentera berkudanya untuk melancarkan serangan hendap dengan jayanya. Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak bertahan lama. Oleh kerana Stephen memiliki 1,000 tentera berkuda yang berlindung di dalam hutan, mereka kemudiannya telah bertindak menyerang kavalri Uthmaniyah. Sultan Muhammad sedar bahawa kemenangan akan dicapai melalui penglibatannya dalam pertempuran. Beliau telah mengerahkan pengawalnya untuk mengumpulkan tentera-tenteranya sebelum mereka menghancurkan pertahanan Moldavia. Tentera elit janissari terus memburu tentera Moldavia di dalam hutan yang tebal manakala bala bantuan yang disalurkan kepada pasukan sayap telah menghalang tentera Moldavia daripada berundur.

Pada lewat hari, hutan tersebut dipenuhi dengan mayat-mayat korban dan peristiwa ini telah menjadi halaman gelap dalam sejarah Romania dan Moldavia. Kerugian angka korban yang ditanggung oleh kedua-dua belah pihak ini hampir mencecah 30,000 berdasarkan sumber-sumber moden.

Kesan sunting

Kejayaan Empayar Uthmaniyyah dalam pertempuran ini tidak mengesahkan penaklukan ke atas Moldavia sepenuhnya. Putera Stephen berundur ke sempadan Poland dan merekrut tentera baru manakala Uthmaniyah pula gagal untuk mengambil alih kubu Suceava dan Neamț. Pihak Uthmaniyah kemudiannya dilanda kebuluran, ancaman wabak dan juga ditentang oleh pejuang tempatan. Apabila Voivode Transylvania iaitu Stephen V mula membentuk satu angkatan baru di kawasan itu sambil dibantu oleh Vlad III, Sultan Muhammad al-Fatih berhasrat untuk berundur dari Moldavia pada Ogos 1476.

Pada masa itu, kedua-dua pihak baik Uthmaniyah dan Moldavia menerima tempiasnya masing-masing. Walaupun Sultan Muhammad dan Stefan berbalah demi kawasan Wallachia buat beberapa tempoh, akhirnya putera Moldavia itu bersetuju untuk berdamai dan membayar ufti setiap tahun kepada Uthmaniyah semula. Peristiwa ini tidak membawa kepada pengakhiran kerajaan berdaulat Moldavia dan kempen Uthmaniyah di kawasan ini.

Catatan sunting

  1. ^ a b Kármán & Kunčevic 2013, m/s. 266.
  2. ^ a b Tony Jaques, Dictionary of Battles and Sieges: P-Z, Vol. 3, (Greenwood Press, 2007), 1058.
  3. ^ Jurnalul Național, Calendar 26 iulie 2005.Moment istoric[pautan mati kekal]
  4. ^ The Oxford Encyclopedia of Medieval Warfare and Military Technology, Volume 1, ed. Clifford J. Rogers, (Oxford University Press, 2010), 8.

Bibliografi sunting

  • Kármán, Gábor; Kunčevic, Lovro, penyunting (2013). The European Tributary States of the Ottoman Empire in the Sixteenth and Seventeenth Centuries. Leiden: Brill. ISBN 9789004246065.CS1 maint: ref=harv (link)