Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu

bekas parti politik Malaysia

Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu atau United Pasok Momogun Organisation (UPKO) adalah merupakan sebuah parti yang ditubuhkan pada Mei 1964 hasil gabungan daripada Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (PASOK MOMOGUN); dua buah parti politik yang masing-masing memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa KDM.

Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu
DitubuhkanMei 1964
DibubarkanDisember 1967
GabunganPertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu & Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu
Ibu pejabatSabah

Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, kedua-dua parti politik KDM itu terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis-majlis Daerah 1964 yang merupakan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1964.

Pembubaran UPKO 1967 sunting

Setelah melihat kesan buruk dalam keputusan pilihan raya majlis daerah itu, akibat perpecahan yang disebabkan oleh kewujudan dua buah parti politik tersebut, para pemimpin UNKO dan PASOK MOMOGUN berusaha untuk bergabung pada akhir tahun 1964. UPKO ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri Sabah yang pertama pada April 1967. Walau bagaimanapun, UPKO ditewaskan dalam pilihan raya tersebut, dan di atas nama perpaduan bumiputera yang lebih luas, UPKO dibubarkan pada Disember dalam tahun yang sama, 1967.

Penubuhan Semula UPKO 1999 sunting

Pada 28 Julai 1999, Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Demokratik Sabah (PDS); sebuah parti Kadazandusun Murut [[sabah yang ditubuhkan pada 1994 telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mengorbankan PDS untuk dibubarkan bagi menghidupkan semula Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu (1964-1967) dengan perubahan sedikit pada nama sebagai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu tetapi mengekalkan singkatan yang sama iaitu UPKO. Dalam Kongres PDS yang ke-5 pada 8 Ogos 1999, para perwakilan juga bersetuju dengan keputusan itu. Bendera PDS kemudian diturunkan dan pada masa yang sama, bendera UPKO dinaikkan.

Majlis pelancaran pada 30 Oktober 1999 telah diadakan di Ranau kerana menurut legenda, Nunuk Ragang yang terletak di daerah Ranau merupakan asal-usul masyarakat KDM. Lagipun lambang UPKO, iaitu Gunung Kinabalu, juga terletak di Ranau. Surat-surat penghargaan juga dikirimkan oleh Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, kepada melebihi 50 pemimpin veteran UPKO, sama ada mereka masih hidup atau tidak, dan tanpa mengira ideologi politik mereka. Antara kesan pelancaran itu ialah kembalinya beberapa pemimpin veteran UPKO, termasuk Tan Sri Sufian Koroh, Toh Puan Rahimah Stephens, Kimon Anad, Paul Gurandi dan Datuk Seri Panglima Fred Jinu. Sebilangan mereka kemudiannya dilantik menjadi anggota Majlis Penasihat Adat UPKO.

Dengan pelancaran UPKO, bermula jugalah kesinambungan perjuangan parti PDS untuk menyatukan bangsa KDM dalam satu gagasan perjuangan politik melalui Kerajaan Barisan Nasional dengan tema "Misompuru Tokou Wagu ("Mari Kita Bersatu Kembali").

Lihat juga sunting

Rujukan sunting