Pervez Musharraf (Urdu: پرویز مشرف‎;10 Ogos 1943 - 5 Februari 2023) adalah seorang jeneral empat-bintang bersara dan ahli politik Pakistan. Beliau pernah menjadi Presiden Pakistan (2001 - 2008) dan Ketua Turus Tentera Darat Pakistan (1998 - 2007). Beliau mengambilalih tampuk pemerintahan pada 12 Oktober 1999 dengan menyisihkan Nawaz Sharif yang ketika itu menjadi Perdana Menteri. Kemudian kuasa Perdana Menteri dipindahkan kepada Presiden Pakistan.

Pervez Musharraf
پرويز مشرف
Presiden Pakistan ke-12
Dalam jawatan
20 Jun 2001 – 18 Ogos 2008
Perdana MenteriZafarullah Khan Jamali
Chaudhry Shujaat Hussain
Shaukat Aziz
Muhammad Mian Soomro
Yousaf Raza Gillani
Didahului olehMuhammad Rafiq Tarar
Digantikan olehMuhammad Mian Soomro (pemangku)
Ketua Eksekutif Pakistan
Dalam jawatan
12 Oktober 1999 – 21 November 2002
PresidenMuhammad Rafiq Tarar
Didahului olehNawaz Sharif (Perdana Menteri)
Digantikan olehZafarullah Khan Jamali (Perdana Menteri)
Ketua Turus Tentera Darat Pakistan ke-8
Dalam jawatan
6 Oktober 1998 – 28 November 2007
Didahului olehJehangir Karamat
Digantikan olehAshfaq Parvez Kayani
Butiran peribadi
Lahir(1943-08-10)10 Ogos 1943
Delhi, India British
Meninggal dunia5 Februari 2023(2023-02-05) (umur 79)
Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Parti politikLiga Muslim Pakistan (Q) (sebelum 2010)
Liga Muslim Seluruh Pakistan (2010–kini)
PasanganSehba Musharraf
Anak-anakAyla
Bilal
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Pakistan
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Pakistan Tentera Darat Pakistan
Tahun perkhidmatan1964–2007
Pangkat Jeneral

Pada 18 Ogos 2008, beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan setelah mengalami tekanan oleh kerajaan campuran. Musharraf kemudian memilih tinggal di London selama empat tahun, sebelum kembali ke Pakistan pada 24 Mac 2013, bagi menyertai pilihan raya yang mendatang. Semasa di luar negara, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada beliau dan Shaukat Aziz, kerana dikatakan terlibat dengan pembunuhan Benazir Bhutto dan Akbar Bugti. Beliau kemudian tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pilihan raya 2013 oleh Mahkamah Tinggi pada April 2013.[1]

Kehidupan awal sunting

Pervez Musharraf merupakan anak kedua dari tiga beradik, dilahirkan di Nahr wali Haveli Daryaganj di Delhi, British India pada 11 Ogos 1943. Selepas Pembahagian India 1947, Musharraf dan ibu bapanya berhijrah ke Karachi di Pakistan.

Bapanya Syed Musharrafuddin, bekerja pegawai kanan di Kedutaan Pakistan di Turki. Dari 1949 - 1956 banyak masanya dihabiskan di Turki. Musharraf berkahwin dengan Begum Sehba dari Okara dan mendapat anak lelaki bernama Bilal Musharraf. Bilal Musharraf merupakan mahasiswa di Universiti Stanford. Sementara anaknya Ayla Raza bekerja sebagai arkitek di Karachi dan mempunyai 4 cucu.

Pendidikan sunting

Musharraf belajar di Sekolah Tinggi Saint Patrick, Karachi dan lulus 1958. Kemudian b elajar di Kolej Kristian Forman di Lahore. Tujuh tahun keluarganya tinggal di Turki kerana bapanya bekerja sebagai pegawai kanan kedutaan di Ankara.

Kerjaya tentera sunting

Pada 1961, dia belajar di Akademi Tentera Pakistan di Kakul dan pada 1964 bertugas di Regimen Artilleri (16(SP)). Unit ini bertempat di Bahawalpur. Seterusnya menyetai Regimen Gerak Khas dan dihantar ke pos Regimen Medan Artileri. Beliau merupakan graduan Kolej Staf, Quetta, dan Maktab Pertahanan Negara, Rawalpindi. Musharraf juga pernah belajar di Kolej Diraja dalam Kajian Pertahanan di United Kingdom. Pada 1965, Musharraf menulis memoir yang mendedahkan beliau pernah dituduh mngambil cuti secara tak sah. Sebenarnya beliau cuba mengelak daripada berperang dengan India.

Sengketa India-Pakistan sunting

Musharraf terlibat dalam Perang India-Pakistan 1965 sebagai leftenan dalam Regimen Medan Artileri 16(SP).Beliau pernah bertempur di sektor Khemkaran menentang tentera India. Lokasi ini menjadi banyak kereta kebal Pakistan telah dimusnahkan. Pertempuran ini dikenali dengan nama Pertempuran Asal Uttar di mana Pakistan kehilangan banyak kepentingan. Regimen beliau kemudian dipindahkan ke barisan depan Lahore.

Selepas Perang India-Pakistan 1971, Musharraf bertugas sebagai Komander Company dalam Batalion Komando SSG. Kemudian beliau memimpin Regimen Artileri dan Briged Artileri dan pindah ke Division Infantri. September 1987 ketika berada di kem Khapalu, Kashmir, beliau bertindak menangkap Bilafond La di kawasan Glasier Siachen.

Beliau dinaikkan pangkat kepada Major Jeneral pada 15 Januari 1991 dengan tugasan di Divisyen Infantri.

Setelah perletakan jawatan General Jehangir Karamat, Musharraf dipromosi sebagai Panglima Angkatan Tentera Pakistan oleh Perdana Menteri Pakistan ketika itu, Nawaz Sharif.

Perang Kargil sunting

Pada Mei-Julai 1999 terjadi Pertempuran Kargil di wilayah Kargil, Kashmir antara tentera India dan tentera Pakistan.

Berkuasa sunting

Isytihar darurat sunting

Pada 3 November 2007 Presiden Pervez Musharraf terpaksa mengistiharkan darurat setelah politik di Pakistan semakin tidak terkawal dan kejadian letupan di sana-sini terutama pengeboman sambutan kepulangan bekas Perdana Menteri Pakistan, Brnazir Bhutto. Tetapi kepulangan bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif berlangsung dengan aman tanpa sebarang kematian dan rusuhan. Ini kerana dari awal lagi rakyat disekat dari mengadakan rusuhan dan perarakan . Sebanrang perhimpunan dan perarakan diharamkan di seluruh Pakistan. Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh parti pembangkang Pakistan akan bertukar menjadi ganas jika jumlah peserta mencecah puluhan ribu orang.

Pilihan raya presiden 2007 sunting

Ketua Hakim Pakistan telah dipecat kerana enggan mengesahkan kemenangan beliau dalam undian bagi melanjutkan beliau sebagai Presiden Pakistan. Barisan hakim baru diketuai Peguam Negara, Malik Muhammad Qayyum telah dilantik dan mereka memihak kepada beliau bagi meredakan kekalutan politik yang serba tidak kena. Mahkamah Agung telah mengesahkan pemilihan semula Perves sebagai Presiden.

Pada hari Khamis,6 Disember 2007 Pervez akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan unbtuk penggal kedua selama 5 tahun. Kali ini beliau tidak lagi memakai seragam tentera.

Kejatuhan sunting

Letak jawatan ketua turus Tentera Darat Pakistan sunting

Pervez Musharraf terpaksa akur kepada tekanan dunia terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel dan Amerika Syarikat untuk meletak jawatan srebagai ketua turus tentera Pakistan . Akhirnya pada 27 November 2007 beliau meletakkan jawatan di Kem Tentera Rawalpindi.

Pda 28 November 2007, Pervez telah melawat ibu pejabat tentera darat dan menyerahkan jawatan ketua turus tentera bersenjata nuklear kepada bekas ketua turus tentera yang baru, Jeneral Ashfaq Kiyani. Sebelum ini Ashfaq Kiyani ialah ketua perisik Pakistan.[2]

Letak jawatan presiden sunting

Pada 7 Ogos 2008, Parti Rakyat Pakistan dan Liga Muslim Pakistan (N) bersetuju memaksa Musharraf turun dan memulakan pendakwaannya. Asif Ali Zardari dan Nawaz Sharif mengumumkan menghantar permintaan rasmi beliau meletak jawatan, dan mendakwanya melalui proses parlimen sekiranya enggan. Walaupun pada mulanya enggan, Musharraf akhirnya meletak jawatan presiden pada 18 Ogos 2008.[3][4]

Tinggal di luar negara sunting

Sejak November 2008, Musharraf telah tinggal di London 'dalam buangan'.[5]

Di sana, Musharraf melancarkan parti politiknya sendiri, Liga Muslim Seluruh Pakistan (APML), pada Jun 2010.[6][7]

Kembali ke Pakistan sunting

Pada 24 Mac 2013, selepas membuang diri sendiri selama empat tahun, Musharraf kembali ke Pakistan walaupun terdapat ugutan bunuh.[8][9] Ratusan penyokongnya dan pekerja APML menyambutnya di lapangan terbang di Karachi.[10]

Pada 16 April 2013, satu tribunal pilihan raya di Chitral mengisytiharkan Musharraf tidak layak mencalonkan diri, secara berkesan mengakhiri cita-cita politiknya (beliau telahpun ditolak beberapa kawasan pilihan raya lain).[11] Seorang jurucakap parti Musharraf berkata keputusan itu berat sebelah dan mereka akan merayu.[1]

Sementara Musharraf secara teknikalnya diikat jamin sejak kepulangannya ke negara itu,[12] pada 18 April 2013 Mahkamah Tinggi Islamabad mengarahkan penahanan Musharraf bagi dakwaan berkaitan penahanan hakim pada 2007.[13][14] Musharraf memerikan penahanannya sebagai "bermotifkan politik"[15][16] dan pasukan peguamnya telah mengumumkan akan melawan ke Mahkamah Agung.[14] Selain itu, Senat juga meluluskan resolusi petisyen Musharraf didakwa dengan derhaka besar berhubung kejadian pada 2007.[14]

Meninggal dunia sunting

Pada 5 Februari 2023, Musharraf dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat penyakit amiloidosis. Dia telah dimasukkan ke hospital setahun sebelumnya kerana penyakit itu. Jenazahnya telah diterbangkan dari Dubai ke Karachi, Pakistan pada 6 Februari 2023. Jenazah beliau telah disembahyangkan di sebuah masjid di Gulmohar Polo Ground Karachi di Malir Cantonment pada 7 Februari 2023 dan beliau dikebumikan dengan penghormatan tentera di tanah perkuburan tentera di Karachi.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Musharraf disqualified from Pakistan election". 3 News NZ. 17 April 2013.
  2. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1128&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegara&pg=lu_01.htm&arc=hive
  3. ^ "Pakistan's Musharraf will resign". BBC News (18 Ogos 2008). Dicapai 9 Mei 2012.
  4. ^ Video of Resignation Speech. Paktribune.com (5 April 2011). Dicapai 9 Mei 2012.
  5. ^ Leading News Resource of Pakistan. Daily Times (24 November 2008). Dicapai 9 Mei 2012.
  6. ^ Musharraf’s political party launched, Dawn (9 Jun 2010).
  7. ^ Musharraf’s All Pakistan Muslim League formally launched in Sindh, Daily Times, 9 Jun 2010
  8. ^ "Musharraf arrives back in Pakistan despite threats". BBC News. Dicapai pada 24 Mac 2013.
  9. ^ "Talal Bugti announces bounty on Musharraf's head". Daily Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-16. Dicapai pada 10 Oktober 2010.
  10. ^ "Musharraf returns to Pakistan amid death threats". Yahoo News. Dicapai pada 24 Mac 2013.
  11. ^ "Pervez Musharraf out of Pakistan election race". The Times of India. Dicapai pada 16 April 2013.
  12. ^ "Pakistan police arrest ex-President Musharraf". Al Jazeera. 19 April 2013. Dicapai pada 19 April 2013.
  13. ^ "Pakistan's Pervez Musharraf: Court orders ex-ruler's arrest". BBC. 18 April 2013. Missing or empty |url= (bantuan)
  14. ^ a b c "Pakistani police arrest Pervez Musharraf in Islamabad". BBC. 19 April 2013. Dicapai pada 19 April 2013.
  15. ^ Former Pakistan president Pervez Musharraf arrested NDTV
  16. ^ Richard Leiby (19 April). "Musharraf arrest tempts clash of powers". Washington Post. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting


Rasmi