Pesawat serangan darat

Pesawat serangan darat adalah pesawat tentera yang di reka untuk beroperasi dekat dengan permukaan bumi, membantu infantri dan kereta kebal secara terus di dalam peperangan. Mereka digunakan sebagai pelantar mesingan bergerak dan senjata anti-kereta kebal terhadap satu musuh dalam satu masa, berlainan dengan pesawat pengebom yang biasanya menyerang sasaran yang lebih "strategik". Pesawat jenis ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti pesawat penyerang, pesawat pejuang/pengebom, pesawat pejuang taktikal, pemusnah kereta kebal dan pengebom junam. Tentera Jerman semasa Perang Dunia II merujuk pesawat serang darat Tentera Bersekutu sebagai Jabos, pendek kepada Jagdbomber. Dalam Tentera A.S pesawat serang darat biasanya dapat dikenali dengan A- dan diikuti dengan nombor.

Pesawat A-10A Thunderbolt II Tentera Udara A.S semasa operasi Desert Storm di Iraq.
Pesawat Sukhoi Su-25 Frogfoot.

Pengenalan sunting

Hanya beberapa pesawat sahaja diberikan tugas sebagai pesawat serang darat; kebanyakan pesawat yang digunakan untuk tugas ini ialah sebenarnya adalah pesawat pejuang dan pesawat pengebom ringan. Walaupun"pesawat pejuang parit" seperti Sopwith Camel TF.1 dan Boeing GA-1 telah dikaji sejak awal Perang Dunia I dan awal tahun 1920-an, kebanyakan rekaan khas datang dari awal Perang Dunia II. Pada masa ini, enjin-enjin mempunyai kuasa cukup untuk menampung berat tambahan daripada perisai dan senjata yang diperlukan untuk pesawat serang darat. Perkembangan awal pesawat serang darat adalah berkait rapat dengan perkembangan awal pengebom junam disebabkan tujuan mereka yang sama iaitu menyerang sasaran darat di medan perang. pesawat serang darat yang paling berjaya adalah pesawat Jerman iaitu Junkers Ju-87 'Stuka' and pesawat Rusia iaitu Ilyushin Il-2 Sturmovik yang mana di sanjung oleh Josef Stalin kerana berjaya memenangi peperangan tersebut. Luftwaffe juga menghasilkan pengganti untuk Stuka di dalam tugas serangan darat (walaupun bukan sebuah pengebom junam) iaitu Henschel Hs 129, tetapi hanya beberapa sahaja dibina dan meraka tidak begitu berkesan di dalam perang tersebut.

Pada akhir Perang Dunia II, pesawat pejuang siang biasa mempunyai kemampuan untuk melakukan tugas serang darat dan antara rekaan yang paling berjaya adalah Focke-Wulf Fw 190 yang telah diubah sedikit dan Hawker Typhoon.

Di era selepas Perang Dunia II, tentera udara semakin enggan untuk menghasilkan pesawat tentera khas untuk menyerang darat. Walaupun bantuan udara dekat dan menyekat kemaraan musuh masih penting di dalam perang moden, pesawat penyerang kurang digunakan berbanding dengan pesawat pejuang dan kedua-dua juruterbang dan perancang tentera tidak berminat terhadap pesawat serang darat. Contohnya Blackburn Buccaneer, A-6 Intruder, A-7 Corsair II, Panavia Tornado IDS, Sukhoi Su-7, and Sukhoi Su-17. Pesawat serang kemudian dijadikan sebagai pesawat pelatih seperti BAC Strikemaster, BAE Hawk, and Cessna A-37.

Pada akhir tahun 1960-an, Tentera Udara Amerika Syarikat telah meminta pesawat bantuan khas iaitu Republic A-10 Thunderbolt II. Pesawat ini akhirnya menjadi pesawat anti-perisai dengan kebolehan terhad untuk dalam menyekat kemaraan musuh dan dalam tugas sebagai pengebom taktikal. Doktrin US sekarang semakin menekanan penggunaan helikopter Tentera Darat Amerika Syarikat untuk bantuan udara dekat dan misi anti-kereta kebal. Pesawat Soviet Su-25 Frogfoot adalah lebih berjaya sebagai artileri terbang, walaupun dalam versi kemudian pesawat ini juga ditukarkan kepada tugas anti-perisai dan kebanyakan daripada pesawat ini telah diganti dengan pesawat yang lebih laju iaitu MiG-29 dan Su-27 versi pejuang/pengebom.

Walaupun begitu, tugas ini masih jelas dan masih dipakai, menghasilkan pengenalan seperti F/A-18 Hornet. Dan sekarang, istilah pesawat penyerang diterima pakai sebagai cara untuk merujuk kepada pesawat dua-tugas seperti ini. Tetapi, British telah menggunakan istilah "strike" beberapa tahun sebagai panggilan kepada tugas serangan nuklear dan "attack" sebagai tugas biasa(tidak melibatkan nuklear).

Senarai pesawat serangan darat sunting

Semasa Perang Dunia II sunting

Selepas Perang Dunia II sunting