Peshawar terletak di barat Sungai Indus, Pakistan. Ia menjadi ibu neggeri Khyber-Pakhtunkhwa. Peshawar berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'bandar manusia' . Ia sebahagian daripada Empayar Kushan. Roti nan Peshawar terkenal sedap hingga ke United Kingdom.

Peshawar
پِشور
Urdu: پشاور
Negara Pakistan
WilayahKhyber Pakhtunkhwa
Majlis Kesatuan25
Pentadbiran
 • Nazim (Datuk bandar)Mr Muhammad Umar Khan (ANP)
Keluasan
 • Jumlah2,257 km2 (871 batu persegi)
Aras
510 m (1,670 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah3,055,254
 • Kepadatan1,400/km2 (3,500/batu persegi)
Zon waktuUTC+5 (PST)
Poskod
25000
Kod kawasan091
Laman sesawangwww.peshawar.gov.pk

Peshawar menjadi laluan ke Kabul, Afghanistan dan terus menjadi bandar yang menghubungkan Pakistan dengan Afghanistan.

Sejarah Peshawar sunting

Peshawar pernah dikuasai oleh Indo-Iran dan Elamo-Dravidia. Ia ada kaitan dengan Tamadun Harappa di lembah Sungai Indus. Ramai penduduknya terdiri daripada suku Pakhtun dan kawasan ini kadangkala dikenali sebagai 'Pakhtunistan'. Perselisihan antara Afghanistan dan Pakhtunistan ini terhenti apabila berlaku pencerobohan Soviet Union di Afghanistan.Hampir 4 juta pelarian Afghanistan berada Pakistan.

Peshawar pernah dijajah oleh Baktria-Greek Raja Eucratides (c. 170 - c. 159 SM). Kemudian dikuasai kerajaan Gandhara di bawah raja Kaniska. Peshawar menjadi pusat belajar agama Buddha. Terdapat sebuah stupa / candi Buddha di Peshawar yang menyerupai stupa di Mandalay,Myanmar. Catatan pendeta Faxian dari China pada 400 menyatakan terdapat stupa setinggi 120 meter. Penyelidik Dr DB Spooner pada 1909 menyatakan stuoa itu dalam bentuk salib dengan diameter 87 meter.

Kedatangan Islam sunting

Tahun 988 Peshawar diambil oleh Muslim dari Turki. Raja Babur dari dinasti Moghul / Uzbekistan menawan Asia Selatan dan Peshawar. Beliau membina benteng kubu pertahanan di Begram pada 1530. Cucunya Akbar memanggil Peshawar sebagai 'Tanah sempadan' dalam bahasa Farsi.Ramai teknokrat muslim, birokrat, tentera, peniaga, saintis, arkitek, guru, teologi dan Sufi berkumpul di Peshawar.

Semasa pencerobohan Soviet sunting

Tahun 1979, Soviet menceroboh Afghanistan dan Peshawar menjadi pusat anti Soviet dan dikelilingi kem pelarian Afghanistan. Selepas Soviet dikalahkan pada 1989, pelarian masih kekal menetap di Peshawar. Tahun 2001, Amerika Syarikat pula menceroboh Afganistan dengan alasan memburu Osama bin Laden pasca 9/11.

Peshawar menggantikan Kabul dan Kandahar sebagai pusat pembangunan budaya Pakhtun. Ramai pelarian Afghanistan menunggu peluang kembali ke negara asal .

Rujukan sunting