Dalam bidang kimia dan fizik atom, petala elektron atau juga dikenali sebagai tahap tenaga utama merujuk kepada orbit yang mempunyai elektron yang mengelilingi sesuatu nukleus atom. Petala yang terdekat dengan nukleus ialah "petala 1" (juga dikenali sebagai "petala K"), diikuti dengan "petala 2" (atau "petala L"), "petala 3" (atau "petala M") dan berikutnya. Petala elektron bersamaan dengan nombor kuantum utama (n = 1, 2, 3, 4 ...) atau dilabel mengikut huruf abjad dalam notasi sinaran X (K, L, M, …).

Jadual berkala dengan petala elektron

Setiap petala elektron hanya mampu mengandungi bilangan elektron yang tetap. Petala elektron yang pertama mampu menampung dua elektron, petala elektron kedua mampu menampung lapan elektron (2 + 6), manakala petala yang ketiga menampung sehingga 18 (2 + 6 + 10) elektron dan berikutnya. Formula umum ialah petala elektron yang ke-n menampung sehingga 2(n2) elektron.[1] Elektron sesuatu atom kebiasaannya menampung petala luar seandainya elektron petala dalam penuh kerana elektron mempunyai daya tarikan elektrostatik terhadap nukleus. Namun demikian, prinsip ini tidak tetap kerana terdapat atom yang mempunyai dua atau tiga petala yang tidak penuh (prinsip Aufbau).[2]


Rujukan sunting

  1. ^ Re: Why do electron shells have set limits ? madsci.org, 17 March 1999, Dan Berger, Faculty Chemistry/Science, Bluffton College
  2. ^ Electron Subshells. Corrosion Source. Retrieved on 1 December 2011.