Peter Hayden Dinklage (/ˈdɪŋklɪ/; lahir 11 Jun 1969) ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Dinklage menerima pujian sejagat untuk melakonkan Tyrion Lannister dalam siri televisyen HBO Game of Thrones, yang mana beliau memenangi Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Pembantu Lelaki Cemerlang dalam Siri Drama dengan rekod sebanyak empat kali.[3] Beliau juga menerima Golden Globe untuk peranan itu pada tahun 2011 dan juga Anugerah Screen Actors Guild pada tahun 2020.

Peter Dinklage
Peter Dinklage di San Diego Comic-Con 2013
Peter Dinklage di San Diego Comic-Con 2013
Kelahiran
Peter Hayden Dinklage

(1969-06-11) 11 Jun 1969 (umur 54)
Pusat pendidikanKolej Bennington
PekerjaanPelakon, Penerbit filem
Tahun aktif1995 - kini
Ketinggian135 cm (4 ka 5 in)[1][2]
PasanganErica Schmidt (k. 2005)
Anak-anak2

Dilahirkan di Morristown, New Jersey,[4][5] dan dibesarkan di Brookside. Beliau belajar berlakon di Kolej Bennington, yang membintangi beberapa penerbitan pentas amatur. Debut filemnya berada di Living in Oblivion (1995) dan kejayaannya datang dengan drama komedi The Station Agent (2003). Beliau telah telah muncul dalam Elf (2003), Find Me Guilty (2006), Underdog (2007) Death at a Funeral (2007), Penelope (2008), The Chronicles of Narnia: Prince Caspian (2008), X-Men: Days of Future Past (2014), Pixels (2015), dan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri (2017), yang memperolehnya Anugerah Screen Actors Guild pertamanya. Pada tahun 2018, beliau muncul sebagai Eitri dalam filem Marvel Cinematic Universe Avengers: Infinity War dan Hervé Villechaize dalam filem Biopik My Dinner with Hervé.

Rujukan sunting

  1. ^ Edward Guthmann (October 12, 2003). "'Station' actor draws big attention / Peter Dinklage a Sundance hit in first-ever lead role for a dwarf". SF Gate. Diarkibkan daripada yang asal pada August 13, 2014. Dicapai pada April 26, 2018.
  2. ^ Tom Dawson (October 28, 2014). "BBC - Films - Peter Dinklage". BBC. Dicapai pada January 19, 2019.
  3. ^ Turchiano, Danielle (September 23, 2019). "Emmys: Peter Dinklage Sets Record With Supporting Actor Win for 'Game of Thrones'". Variety. Dicapai pada September 23, 2019.
  4. ^ "Peter Dinklage: 'The fight is all'". The Talks. September 30, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2016. Dicapai pada December 10, 2016.
  5. ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1263): 40. Jun 14, 2013.

Pautan luar sunting

General

Interviews

Talks