Petr Jiráček

Czech footballer

Petr Jiráček (lahir 2 Mac 1986) merupakan pemain bola sepak Czech yang kini bermain untuk Hamburger SV. Beliau bermain di posisi pemain tengah menyerang, bertahan ataupun secara pertahanan.

Petr Jiráček
Maklumat peribadi
Nama penuh Petr Jiráček
Tarikh lahir (1986-03-02) 2 Mac 1986 (umur 38)
Tempat lahir Tuchořice, Czechoslovakia
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Hamburger SV
Nombor 19
Kerjaya remaja
1991–1996 Sokol Tuchořice
1996–2006 Baník Sokolov
1998 → Buldoci Karlovy Vary (pinjaman)
2001Slavia Prague (pinjaman)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Baník Sokolov 40 (2)
2008–2011 Viktoria Plzeň 100 (11)
2012 VfL Wolfsburg 13 (2)
2012– Hamburger SV 41 (2)
Pasukan kebangsaan
2011– Republik Czech 28 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 September 2014

Kerjaya kelab sunting

Selepas bermain untuk Baník Sokolov selama sepuluh tahun dan menghabiskan dua musim profesional di sana, Jiráček berpindah ke kelab serasi Czech, Viktoria Plzeň. Di Viktoria, beliau membuat 100 kemunculan liga dan menjadi kunci kepada kejayaan musim 2010-11. Gelaran itu juga berjaya memberi peluang untuk bermain di Liga Juara-Juara, di mana mereka layak ke peringkat kumpulan dan menduduki tempat ketiga di belakang FC Barcelona dan AC Milan. Jiracek hanya tidak bermain satu perlawanan di perlawanan Eropah. Beliau juga memenangi Piala Czech dan Piala Super Czech.

Pada Disember 2011, Jiráček menandatangani kontrak empat tahun setengah bersama kelab VfL Wolfsburg. Beliau kemudian mengalami kecederaan pada penghujung dan terpaksa terlepas beberapa perlawanan dan menduduki di bangku simpanan sehingga penghujung musim.

Pada 26 Ogos 2012, ketua jurulatih VfL Wolfsburg, Felix Magath mengesahkan Jiracek menyertai Hamburger SV dengan bayaran tertutup selepas musim yang mengecewakan bagi Jiracek di Wolfsburg.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada September 2011, beliau membuat debut untuk Republik Czech pada perlawanan menentang Scotland dan menjadi pemain pilihan pertama oleh jurulatih Michal Bílek. Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika perlawanan kelayakan playoff Euro 2012 menentang Montenegro, menang 2-0.

Beliau berjaya membawa pasukannya ke suku akhir UEFA Euro 2012 hasil dua jaringannya di peringkat kumpulan iaitu menentang Greece dan Poland.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 15 November 2011 Podgorica, Montenegro   Montenegro 1–0 1–0 Play-off kelayakan Euro 2012
2. 12 Jun 2012 Wrocław, Poland   Yunani 1–0 2–1 UEFA Euro 2012
3. 16 Jun 2012 Wrocław, Poland   Poland 1–0 1–0 UEFA Euro 2012

Penghargaan sunting

Viktoria Plzen

Pautan luar sunting