Dato' Seri Phee Boon Poh (lahir 1 Disember 1951) merupakan ahli politik dari DAP. Beliau merupakan ADUN Sungai Puyu selama 3 penggal dan berkhidmat sebagai EXCO Pulau Pinang memegang portfolio Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow selama 3 penggal.

Dato' Seri

Phee Boon Poh

DGPN (Pulau Pinang)
EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang
Dalam jawatan
2008–2023
Ketua MenteriChow Kon Yeow (2018-2023)
Lim Guan Eng (2008-2018)
Digantikan olehLim Siew Khim (Kebajikan)
Sundarajoo Somu (Alam Sekitar)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Sungai Puyu
Dalam jawatan
2008–2003
Digantikan oleh Phee Syn Tze
Majoriti19,569 (2018)
16,207 (2013)
9,201 (2008)
Butiran peribadi
Lahir (1951-12-01) 1 Disember 1951 (umur 72)
Parti politik
PekerjaanAhli Politik

Anugerah sunting

Pasukan Peronda Sukarela sunting

Phee Boon Poh adalah pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Sempena perarakan Merdeka pada 31 Ogos 2014, seramai 150 orang ahli PPS telah ditangkap oleh polis kerana engkar arahan polis PDRM. Phee ditahan polis ketika memberi keterangan di ibu pejabat polis Timur Laut, Pulau Pinang. Beliau ditemani oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan seorang lagi ADUN RSN Rayer (Seri Delima). [1]

Rujukan sunting