Philip Seymour Hoffman

Philip Seymour Hoffman (lahir di Fairport, New York, Amerika Syarikat, 23 Julai 1967 - meninggal di New York City, Amerika Syarikat, 2 Februari 2014 pada umur 46 tahun) adalah seorang pelakon filem asal Amerika Syarikat.

Philip Seymour Hoffman
Hoffman semasa tayangan perdana Perancis bagi filem The Ides of March pada Oktober 2011
Kelahiran
Philip Hoffman

(1967-07-23)23 Julai 1967
Fairport, New York, A.S.
Meninggal dunia2 Februari 2014(2014-02-02) (umur 46)
Manhattan, New York, A.S.
Sebab kematianIntoksikasi dadah berlebihan
Pusat pendidikanTisch School of the Arts
PekerjaanPelakon, penerbit, pngarah
Tahun aktif1991–2014
Rakan kongsi domestikMimi O'Donnell (1999–2013)
Anak-anak3
SaudaraGordy Hoffman (adik)

Ia memulakan debut pada tahun 1991 dengan filem Triple Bogey on a Par Five Hole. Peranan yang dimainkannya pada filem-filem berikutnya kebanyakan adalah peranan penyokong, di antaranya dalam keempat filem karya Paul Thomas Anderson.

Tahun 2006, ia meraih Anugerah Oscar dalam kategori Pelakon Terbaik untuk peranannya sebagai Truman Capote dalm filem Capote. Selain itu, ia meraih Anugerah Golden Globe serta sekurang-kurangnya 10 anugerah lain dari persatuan-persatuan pengkritik filem untuk peranannya tersebut.

Selain kerjaya filem, Hoffman juga berkarier di atas pentas sandiwara. Untuk peranannya dalam sandiwara berjudul True West (2000) dan Long Day 's Journey into Night (2003), ia dua kali dicalonkan sebagai Pelakon Terbaik dalam Anugerah Tony.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting