Philo Taylor Farnsworth (19 Ogos 190611 Mac 1971) ialah seorang pencipta berbangsa Amerika Syarikat yang dikenang kerana mencipta sistem televisyen elektronik sepenuhnya yang pertama, termasuk peranti penerimaan imej elektronik pertama yang berfungsi (tiub kamera video), di samping menjadi tokoh pertama yang menunjuk cara televisyen elektronik sepenuhnya kepada orang awam.

Philo Farnsworth
Fail:Philo Farnsworth by James Avati.jpg
Kelahiran
Philo Taylor Farnsworth

(1906-08-19)19 Ogos 1906
Meninggal dunia11 Mac 1971(1971-03-11) (umur 64)
DikebumikanProvo City Cemetery,
Provo, Utah, A.S.
Warganegara Amerika Syarikat
Terkenal keranaPencipta televisyen elektronik pertama, lebih 300 paten A.S. dan luar negara
PasanganElma "Pem" Gardner
Laman web rasmiphilotfarnsworth.com

Pada akhir hayatnya, Farnsworth juga mencipta sejenis peranti pelakuran nuklear kecil yang dikenali sebagai fusor.

Ciptaan sunting

Televisyen elektronik sunting

Ketika berusia 14 tahun, Farnsworth merumuskan prinsip kamera televisyen pembelah imej, lalu berjaya menghasilkan produk televisyen sedemikian yang berfungsi ketika berusia 21 tahun. Anak ladang ini mengilhamkan baris-baris imbasan dalam tiub sinar katod (CRT) dari memerhati kerja membajak ladang secara ulang alik di kampung halaman. Ketika memfailkan tuntutan mahkamah berkenaan paten terhadap RCA pada tahun 1935, guru kimia sekolah tingginya, Justin Tolman, menghasilkan semula lakaran papan hitam yang dibuat oleh Farnsworth ketika berusia 14 tahun. Farnsworth berjaya menuntut royalti tetapi tidak pernah menjadi kaya-raya. Tiub kamera video yang dibangunkan hasil kerjasama Farnsworth dan Zworykin, digunakan dalam semua kamera televisyen sehingga akhir abad ke-20, ketika munculnya teknologi alternatif seperti peranti terganding cas.

Farnsworth membangunkan alat "image oscillite", iaitu penerima tiub sinar katod yang boleh memaparkan gambar yang dirakam oleh pembelah imej.

Fusor sunting

Ciptaan Farnsworth–Hirsch Fusor ialah perkakas rekaan Farnsworth yang bertujuan menghasilkan pelakuran nuklear. Lain dari kebanyakan sistem pelakuran terkawal yang memanaskan plasma terbendung magnet secara perlahan, alat fusor ini menyuntikkan ion bersuhu tinggi terus ke dalam kebuk tindak balas, dan dengan itu mengelakkan kerumitan yang besar.

Apabila alat Farnsworth–Hirsch Fusor diperkenalkan buat julung kalinya kepada dunia penyelidikan pelakuran pada akhir 1960-an, Fusor ini merupakan alat pertama yang boleh menunjukkan apa-apa bentuk tindak balas lakuran dengan jelas.

Lain-lain sunting

Saat menghembuskan nafas terakhir, Farnsworth memegang 300 paten dari dalam dan luar A.S. Ciptaan-ciptaannya menyumbang kepada pembangunan radar, cahaya malam inframerah, mikroskop elektron, alat pengeram bayi, gastroskop, dan teleskop astronomi.[1][2]

Paten sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Utah-bio tidak disediakan
  2. ^ "About the statue of Philo T. Farnsworth, given by Utah to the National Statuary Hall Collection". Dicapai pada 2008-04-08.