Piala Emas Raja-Raja

Piala Emas Raja-Raja (singkatan: PERR) merupakan kejohanan bola sepak yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Ianya telah dilangsungkan sejak tahun 1922, dengan beberapa siri perubahan berkaitan dengan nama kejohanan. Berbeza dengan Piala Malaysia, pasukan yang menyertai kejohanan PERR biasanya terdiri daripada pasukan negeri yang dikendalikan oleh persatuan bola sepak Melayu di negeri masing-masing. Terdapat juga pasukan bola sepak bukan negeri yang menyertai kejohanan ini. Edisi 2022 merupakan edisi kali ke-100 kejohanan ini, dan dimenangi oleh pasukan bola sepak Melayu Selangor[1].

Piala Emas Raja-Raja
ڤيالا امس راج-راج
Badan penganjuranPersatuan Bola Sepak Melayu Malaysia
Ditubuhkan1922; 102 tahun yang lalu (1922)
KawasanMalaysia Malaysia
Singapura Singapura
Jumlah pasukan16 - 19
Juara semasaSelangor PBM Selangor (2022)
Piala Emas Raja-Raja 2022
Tahun kejohanan


Sejarah sunting

Piala Emas Raja-Raja sebelum ini dikenali sebagai Piala Emas Sultan-sultan[2]. Kejohanan ini mula dipertandingkan pada tahun 1922 hingga 1946 yang pada awalnya dikendalikan oleh Persatuan Agri-Hortikultural Malaya (MAHA), selepas itu ditaja oleh Puncak Niaga pada tahun 2009-2010, dan ditaja oleh syarikat Indonesia, Bank Mandiri, pada tahun 2011-2012. Piala Emas Raja-Raja ini telah dihadiahkan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Al-Marhum Sultan Alang Iskandar Shah Kudusullah, Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Atikullah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Abdullah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad.

Mulai tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Kini, nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung telah ditukar kepada nama baru iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.


Peraturan kejohanan sunting

Bermula saingan Piala Emas Raja-Raja 2017, pasukan yang bertanding hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya lima orang pemain di bawah usia 21 tahun, dengan dua daripadanya wajib bermain selama 90 minit[3]. Selain itu, pasukan tidak dibenarkan mendaftar pemain yang sedang bermain di Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia[3].

Bermula saingan Piala Emas Raja-Raja 2022 pula, hanya pemain di bawah umur 25 tahun dengan maksimum seramai lima orang pemain lebih dari usia 25 tahun sahaja dibenarkan didaftarkan oleh pasukan yang bertanding[4].


Rekod kejohanan sunting

Kedudukan akhir sunting

Tahun Kedudukan Akhir Venue akhir
Juara Skor Naib Juara
2000
Butiran
 
PBM Terengganu
3 - 0  
PBM Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
2001
Butiran
 
PBM Kelantan
3 - 0  
PBM Pulau Pinang
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
2002
Butiran
 
PBM Pulau Pinang
2 - 1  
PBM Kedah
Stadium Darulaman, Kedah
2003
Butiran
 
PBM Kelantan
2 - 1  
PBM Selangor
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
2004
Butiran
 
PBM Kelantan
2 - 0  
PBM Pahang
Stadium Darulmakmur, Pahang
2005
Butiran
 
PBM Kedah
1 - 0  
PBM Kelantan
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
2006
Butiran
 
PBM Kelantan
5 - 1  
Angkatan Tentera Malaysia
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
2007
Butiran
 
PBM Johor
2 - 1  
PBM Kelantan
Stadium Larkin, Johor
2008
Butiran
 
PBM Kelantan
4 - 0  
PBM Pulau Pinang
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
2009
Butiran
 
PBM Perlis
2 - 0  
PBM Kedah
Stadium Darul Aman, Kedah
2010
Butiran
 
PBM Kelantan
0 - 0
4 - 3p
 
PBM Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
2011
Butiran
 
PBM Pahang
3 - 1  
PBM Melaka
Stadium Mini Temerloh, Pahang
2012
Butiran
 
PBM Perak
2 - 0  
PBM Kedah
Stadium Perak, Perak
2013
Butiran
 
PBM Perlis
0 - 0
7 - 6p
 
PBM Kedah
Stadium Darul Aman, Kedah
2014
Butiran
 
PBM Perlis
2 - 1  
PBM Pahang
Stadium Mini Temerloh, Pahang
2015
Butiran
 
PBM Negeri Sembilan
2 - 1  
PBM Perlis
Stadium Tuanku Syed Putra, Perlis
2016
Butiran
 
PBM Pahang
6 - 2  
Polis Diraja Malaysia
Stadium Darul Makmur, Pahang
2017
Butiran
 
PBM Pulau Pinang
2 - 1  
PBM Kelantan
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
2018
Butiran
 
PBM Pahang
1 - 0  
PBM Terengganu
Stadium Mini Temerloh, Pahang
2019
Butiran
Fail:Majlis Sukan India Malaysia.png
Majlis Sukan India Malaysia
2 - 1  
PBM WP Kuala Lumpur
Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur
2020 Dibatalkan kerana pandemik COVID-19[1]
2021 Dibatalkan kerana pandemik COVID-19[1]
2022
Butiran
 
PBM Selangor
3 - 2  
Polis Diraja Malaysia
Stadium MBPJ, Selangor
2023  

PBM Pahang

4-1  

PBM Terengganu

Stadium Darul Makmur, Pahang

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Hashim, Firdaus (4 Disember 2021). "Piala Emas Raja-Raja kembali diadakan tahun depan". Harian Metro. Dicapai pada 5 Januari 2023.
  2. ^ "Lawatan Melayu Perak". Berita Harian. 2 Ogos 1957. m/s. 8. Dicapai pada 5 Januari 2023.
  3. ^ a b "Piala Agong: Pahang-N.Sembilan Janji Aksi Terbaik". MStar. 11 September 2017. Dicapai pada 6 Januari 2023.
  4. ^ Zainal, Zuraimee (1 Oktober 2022). "Piala Emas Raja-Raja edisi 100 singkap tirai". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Januari 2023.