Pierre Webó

Cameroonian footballer

Pierre Achille Webó Kouamo (lahir 20 Januari 1982), ataupun dikenali sebagai Webó merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk Fenerbahçe SK. Beliau bermain di posisi penyerang.

Pierre Webó
Maklumat peribadi
Nama penuh Pierre Achille Webó Kouamo[1]
Tarikh lahir (1982-01-20) 20 Januari 1982 (umur 42)
Tempat lahir Bafoussam, Cameroon
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 516 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Fenerbahçe
Nombor 9
Kerjaya remaja
Kouogat
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2000 Real Banjul
2000–2002 Nacional 21 (15)
2003–2007 Osasuna 114 (20)
2003Leganés (pinjaman) 7 (0)
2007–2011 Mallorca 113 (27)
2011–2013 İstanbul BB 54 (24)
2013– Fenerbahçe 49 (20)
Pasukan kebangsaan
2003–2014 Cameroon 58 (18)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 00:00, 15 Disember 2014 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Webó memulakn kerjaya profesionalnya selama tiga tahun di Uruguay dan sertai kelab Club Nacional de Football sambil menjuarai dua gelaran divisyen teratas. Beliau juga menjadi penjaring terbanyak Copa Sudamericana 2002.

Beliau berpindah ke Eropah pada Januari 2003 dengan menandatangani kelab divisyen dua, CD Leganés secara pinjaman dari CA Osasuna.

Osasuna sunting

Pada musim panas 2003, Webó kembali ke Osasuna dan menjaringkan enam gol pada musim ketiganya dan kelab dari Navarre itu berjaya menduduki tempat keempat La Liga dan layak ke kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2006-07.

Mallorca sunting

Pada 2007, Webó berpindah ke RCD Mallorca dan menghabiskan masanya pada musim pertamanya dengan kecederaan.[2]

Beliau menjaringkan 17 gol pada musim 2009-10 dan kelabnya menduduki tempat kelima dan layak ke Liga Europa. Pada musim berikutnya, Webó menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab. Pada Ogos, beliau berpindah ke Turki.

Turki sunting

Pada 11 September 2011, beliau menjaringkan gol pada perlawanan debutnya untuk kelab pada pusingan pertama liga 2011-12 menentang Galatasaray SK, 2-0.

Pada 31 Januari 2013, Webó menandatangani kontrak dua tahun setengah bersama Fenerbahçe SK sebanyak €3 juta. Beliau sekali lagi menjaringkan gol pada perlawanan debutnya untuk Fenerbahce, tewas 2-1 kepada Sivasspor. Pada 7 Mac 2013, beliau menjaringkan gol kemenangan ke atas FC Viktoria Plzeň pada pusingan 16 Liga Europa. Pada 12 Mei 2013, Webó bermain buat pertama kali dalam perlawanan derby menentang Galatasaray. Pada perlawanan itu, beliau membantu Fenerbahce menang 2-1 apabila menjaringkan dua gol.

Kerjaya antarabangsa sunting

Webó melakukan hatrik untuk pasukan kebangsaan Cameroon ketika menentang Côte d'Ivoire pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 tetapi pasukannya tidak layak ke Jerman untuk beraksi di kejohanan dunia.

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Nacional
Fenerbahçe

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of players" (PDF). FIFA. m/s. 7. Dicapai pada 11 June 2014.
  2. ^ "Nations Cup agony for Webó". BBC Sport. 18 December 2007.