Pilihan raya kecil Chini 2020

pilihan raya kecil di Malaysia

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini 2020 merupakan pilihan raya kecil yang ke-11 selepas pilihan raya umum Malaysia ke-14. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato' Sri Abu Bakar Harun daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 6 Mei 2020 akibat serangan jantung.[1] Pilihan raya kecil ini diadakan pada 4 Julai 2020. Hari penamaan calon diadakan pada 20 Jun 2020 manakala pengundian awal akan berlangsung pada 30 Jun 2020.[2]

Pilihan raya kecil Chini 2020

← 2018 4 Julai 2020 Selepas →

N23 Chini di Dewan Undangan Negeri Pahang
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  BN BBS BBS
Calon Mohd Sharim Md Zain Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin Mohd Shukri Mohd Ramli
Parti UMNO Bebas Bebas
Gabungan PN-BN
Undian popular 13,872 1,222 137
Peratusan 90.30% 8.72% 0.98%


ADUN sebelum pilihan raya

Abu Bakar Harun (meninggal dunia)
Barisan Nasional (UMNO)

Terpilih

Mohd Sharim Md Zain
Barisan Nasional (UMNO)

Latar belakang sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, Barisan Nasional (BN) melalui UMNO telah memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang untuk penggal keempat menerusi penyandangnya, Dato' Sri Abu Bakar Harun. Abu Bakar Harun telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut sejak 2004. DUN Chini ialah satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan yang disandang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.[3]

Notis kekosongan sunting

Pada 8 Mei 2020, Yang di-Pertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad, menyerahkan notis kekosongan DUN Chini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, pada 6 Mei 2020. Notis itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Pahang, Ahmad Fadzli Rohimi Suhaimi, yang mewakili pengarahnya Datuk Zamree Hamli pada jam 11:15 pagi di Wisma Sri Pahang, Kuantan.[3]

Pandemik COVID-19 sunting

Susulan penularan pandemik penyakit koronavirus (COVID-19) di Malaysia, SPR mendapatkan pandangan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyusun tatacara Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini daripada agensi berkepentingan susulan penularan pandemik COVID-19 di negara tersebut. SPR telah mengadakan mesyuarat dengan agensi berkenaan pada hari Jumaat, 8 Mei 2020 untuk membincangkan beberapa perkara sekiranya tarikh PRK ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

SPR akan meneruskan penambahbaikan pada pilihan raya kecil ini dengan beberapa inisiatif sebagai langkah kawalan penyebaran COVID-19 iaitu:[4]

  • menyediakan saluran khas bagi pengundi berusia 60 tahun ke atas di setiap Pusat Mengundi;
  • memanjangkan tempoh mengundi selama 30 minit iaitu dari jam 8 pagi hingga 5:30 petang;
  • menambah 20 saluran baharu bagi mengelakkan jumlah pengundi terlalu ramai di satu-satu saluran;
  • mengehadkan jumlah maksimum pemilih kepada 400 orang saja bagi setiap saluran;[5]
  • menambah maklumat baharu pada kad pengundi (VC) yang dihantar kepada pengundi iaitu 'Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan';
  • meneruskan penyiaran secara langsung proses pilihan raya menerusi Facebook Live di laman Facebook SPR.

Penamaan calon sunting

Prapenamaan calon sunting

Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan meletakkan calon daripada UMNO pada pilihan raya ini. Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Agung BN pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 14 Mei 2020.[6]

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesahkan tidak akan meletakkan calon daripada parti itu. Ini bertujuan untuk membuka jalan kepada Barisan Nasional (BN) mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk meletakkan calon mereka bertanding. Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Rosli Abdul Jabar pada 29 Mei 2020.[7]

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan tidak akan meletakkan calon daripada parti itu selepas PH memutuskan untuk PKR tidak bertanding. Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Jun 2020.[8] Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Pahang, Fuziah Salleh pada 29 Mei 2020 menyatakan akan meletakkan calon bagi merebut kerusi DUN Chini selepas PH memuktamadkan keputusan itu, sekaligus memastikan BN tidak akan menang percuma.[9]

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN). Keputusan itu dibuat untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN bagi mewakili Perikatan Nasional (PN). Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada 17 Jun 2020.[10]

Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada 18 Jun 2020. Tengku Zainul Hisham, 64, yang merupakan seorang ahli perniagaan menyuarakan hasrat untuk bertanding selepas mengambil kira maklum balas penduduk di situ yang majoritnya peneroka FELDA. Beliau akan menggunakan simbol rumah dan membawa manifesto 'Menjadi Suara Rakyat Chini'.[11]

Hari penamaan calon sunting

Hari penamaan calon diadakan pada 20 Jun 2020. Tiga orang calon telah disahkan bertanding iaitu calon UMNO/Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain, dan dua calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisyam Tengku Hussin, serta Mohd Shukri Mohd Ramli.[12]

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya negeri Pahang : DUN Chini
Tahun Kawasan Parti Calon Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2020 DUN Chini, Pahang BN-UMNO Mohd Sharim Md Zain BN-UMNO 13,872 73.8% 12,650
Bebas Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin 1,222
Bebas Mohd Shukri Mohd Ramli 137

|- |colspan=6 style="border-top:1px solid darkgray;"|

Sumber

1. "His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, By-election of State Legislative Assembly of N.23 Chini for the State of Pahang [P.U. (B) 287/2020]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 22 June 2020. Dicapai pada 2020-07-05.[pautan mati kekal]
2. "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes for the By-election of N.23 Chini [P.U. (B) 320/2020]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 6 July 2020. Dicapai pada 2020-07-06.[pautan mati kekal]

|}

Keputusan terdahulu sunting

Pilihan raya negeri Pahang : DUN Chini
Tahun Kawasan Menang Undi Kalah Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2018 DUN Chini, Pahang Abu Bakar Harun (BN-UMNO) 10,027 Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (PAS) 5,405 78.72% 4,622
Mohd Razali Ithnain (PH-Bersatu) 1,065

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nik Min, Nik Amirulmumin (7 Mei 2020). "ADUN Chini meninggal dunia". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2020. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Wartawan Harian Metro (15 Mei 2020). "PRK Chini 4 Julai ini". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2020. Dicapai pada 15 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b BERNAMA (8 Mei 2020). "Speaker Pahang serah notis kekosongan DUN Chini kepada SPR". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2020. Dicapai pada 14 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Abd Mutalib, Zanariah (15 Mei 2020). "SPR sasar 70 peratus mengundi PRK DUN Chini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2020. Dicapai pada 15 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Abd Mutalib, Zanariah (15 Mei 2020). "SPR cadang hadkan 400 pemilih setiap saluran". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2020. Dicapai pada 15 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Dolah Aling, Yusmizal (14 Mei 2020). "Calon UMNO di PRK Chini". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2020. Dicapai pada 15 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ Norawazni Yusof (29 Mei 2020). "PRK Chini: Pas sah tidak letak calon". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2020. Dicapai pada 29 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ Hairom, Hidayah (6 Jun 2020). "PKR tak tanding di DUN Chini". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ Norawazni Yusof (29 Mei 2020). "'BN tidak akan menang percuma'". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ Rohaniza Idris (17 Jun 2020). "PRK Chini: BERSATU tidak letak calon". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2020. Dicapai pada 20 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  11. ^ Abdul Razak Raaff (18 Jun 2020). "Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pekan umum tanding". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2020. Dicapai pada 20 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  12. ^ Nik Amirulmu'min Nik Min (20 Jun 2020). "Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Chini". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2020. Dicapai pada 20 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)