Pilihan raya kecil Ijok 2007

pilihan raya kecil di Selangor, Malaysia

Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 berlangsung pada 28 April 2007 apabila kerusi Ijok dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, Malaysia, kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk K. Sivalingam, pada 4 April 2007 daripada serangan sakit jantung. Sivalingam merupakan ahli majlis eksekutif negeri dan juga timbalan pengerusi Kongres India Malaysia (MIC) negeri Selangor, salah satu daripada komponen parti pemerintah perikatan Barisan Nasional (BN).[1] Pada 11 April 2007, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 April 2007 sebagai hari penamaan calon, manakala pilihan raya kecil telah ditetapkan pada 28 April 2007. [2] Pilihan raya ini telah dimenangi oleh calon BN-MIC K. Parthiban, dengan majoriti 1,850 undi.[3]

Latar belakang sunting

Kerusi DUN N.08 Ijok terletak di dalam kerusi parlimen P.096 Kuala Selangor. Daripada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Ijok merupakan kawasan majoriti Melayu (50.6%), diikuti dengan India (28.3%), Cina (20.9%) dan lain-lain (0.2%). Dalam pilihan raya umum 2004, mendiang Datuk K. Sivalingam daripada MIC (satu komponen parti BN), telah mendapat 5,213 undi, mengalahkan Abdul Rahman Moharam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) (3,564 undi) dan calon bebas Mohamed Shariff Nagoorkani (313 undi).[4]

Hari penamaan calon sunting

Pusat Penamaan Calon telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai pada 11 April 2007.

Spekulasi pra-pencalonan sunting

Terdapat banyak calon-calon daripada perikatan BN; Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star telah memetik kata-kata presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu bahawa terdapat 23 ahli-ahli MIC telah menyatakan minat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.[5] Walau bagaimanapun, dua bakal calon utama adalah dikatakan favorite iaitu ahli komiti kerja MIC S. Murugesan dan T. Mohan.[6] Lain-lain nama telah dikumpulkan oleh media termasuklah guru dan ketua bahagian MIC Kuala Selangor, P. Thirumoorthy, naib pengerusi bahagian MIC Shah Alam, S. Muruga Vellu dan naib ketua MIC Kota Raja, R. Subramaniam.[6]

Manakala dua parti pembangkang utama, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), dalam satu kesatuan pembangkang yang jarang ditunjukkan, kedua-duanya melontarkan sokongan mereka di belakang PKR bagi pilihan raya kecil ini.[7] Kempen PKR akan diketuai oleh penasihat parti dan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.[7] Calon-calon yang berpotensi adalah bendahari dan bekas pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd dan CEO Permodalan Nasional Bhd Tan Sri Khalid Ibrahim, walaupun ahli-ahli PKR melobi bagi calon India.[8]

Seterusnya, parti PKR telah menyatakan bahawa ia telah menyenarai pendek nama kepada Khalid dan ketua biro India Datuk K.S. Nallakarupan untuk tiket kerusi itu. Kemudian pada 17 April 2007, pembangkang telah mengumumkan yang Khalid, seperti yang dijangka, akan menjadi calon PKR. Nallakarupan said that although PKR President Wan Azizah Wan Ismail had offered him the nomination, he declined in favour of Khalid. Azizah denied allegations of racial bias in the decision, stating: "We picked the candidate not on racial lines but on the basis of the most appropriate choice to be the people's voice in the state assembly".[9]

Pada15 April 2007, ahli perniagaan dari Klang, K. Loganadan telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil ini, dipetik sebagai berkata kekurangan pembangunan dan kemajuan di bawah mendiang dan keinginannya untuk berkhidmat dengan penduduk luar bandar Ijok sebagai alasan beliau bertanding.[10]

Senarai pusat mengundi sunting

Bagi pilihan raya kecil ini, pusat-pusat mengundi[11] adalah seperti berikut:-

Daerah Mengundi No Kod Tempat Mengundi
Sungai Berdarah 096/11/01 Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
Pekan Berjuntai Bestari Selatan 096/11/02 Sekolah Menengah Kebangsaan Bestari Raja Muda Musa
Jaya Setia 096/11/03 Sekolah Kebangsaan Jaya Setia
Bukit Badong 096/11/04 Sekolah Kebangsaan Bukit Badong
Kampong Ijok 096/11/04 Sekolah Kebangsaan Ijok
Pekan Ijok 096/11/05 Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ijok
Simpang Ijok 096/11/06 Sekolah Rendah Agama Kampong Ijok
Tuan Mee 096/11/07 Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Tuan Mee
Pekan Berjuntai Bestari Utara 096/11/08 Sekolah Kebangsaan Batang Berjuntai

Keputusan sunting

Calon BN K. Parthiban memenangi pilihan raya ini dengan majoriti 1,850 undi. Parthiban mendapat 5,884 undi manakala Abdul Khalid Ibrahim mendapat 4,034 undi. Sejumlah 10,052 pengundi, atau 81.9%, dari 12,272 orang yang layak telah turun mengundi, satu rekod baru untuk kawasan ini. Pada 2004, BN menewaskan PKR dengan cuma 1,649 undi.[3]


Pilihan raya kecil DUN Ijok 2007
Parti Calon Undian % ±%
  PR - PKR Khalid Ibrahim 4,034
    BN - MIC K. Parthiban 5,884
Majoriti 1,649
Peratusan mengundi 10,052 81.9%

Pautan Luar sunting


Rujukan sunting

  1. ^ Vijian, P. (4 April 2007). Selangor Exco Member Sivalingam Dies Of Heart Attack In Chennai Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine. Bernama.
  2. ^ Ijok by-election on April 28. (11 April 2007). Malaysiakini.
  3. ^ a b "Big turnout cheer for Barisan". thestar.com.my. 2007-04-29. Dicapai pada 2007-04-30. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "Nominee Details for the state assembly - IJOK". pilihanraya.com.my. Dicapai pada 2007-04-13.[pautan mati kekal]
  5. ^ "MIC has 23 potential candidates for Ijok by-election". The Star. 2007-04-10. Dicapai pada 2007-04-15.
  6. ^ a b Ganesh, V.S (2007-04-11). "Lawyer Murugesan heads shortlist". New Straits Times. Dicapai pada 2007-04-15.
  7. ^ a b "PAS, DAP ready to back PKR in Ijok (subscription required)". Malaysiakini. 2007-04-15. Dicapai pada 2007-04-15.
  8. ^ Ong, A (2007-04-14). "Khalid likely to be PKR choice for Ijok (subscription required)". Malaysiakini. Dicapai pada 2007-04-15.
  9. ^ "Khalid Ibrahim Keadilan's Pick For Ijok". BERNAMA. 2007-04-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-04-18.
  10. ^ "Businessman To Contest As Independent In Ijok By-election". BERNAMA. 2007-04-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-04-15.
  11. ^ SENARAI PUSAT MENGUNDI DUN N.11 IJOK. (15 April 2007). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).