Pilihan raya kecil Kajang 2014

Pilihan raya kecil Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N25 Kajang DUN Selangor pada 23 Mac 2014 dan diikuti dengan hari penamaan calon pada 11 Mac 2014.[1][2] Kerusi DUN Kajang menjadi kosong disebabkan ADUNnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari 2014.[3] Lee merupakan ADUN daripada PKR, sebuah parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Beliau memenangi dengan jumlah majoriti sebanyak 6,824 undian, menewaskan lima calon lain semasa PRU-13.[4].

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim telah disahkan bertanding mewakili calon daripada parti komponen Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil ini.[5] Walau bagaimanapun, setelah beliau dikenakan hukuman oleh Mahkamah Rayuan di atas kesalahan meliwat, pencalonan itu terpaksa diberikan kepada isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.[6][7] Sementara itu, Barisan Nasional telah menamakan calon daripada naib presiden MCA, Chew Mei Fun. Sebelum ini, beliau pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Petaling Jaya Utara.[8]

Keputusan sunting

Dewan Undangan Negeri: Kajang mengikut pilihan raya, 2014
Parti Calon Undian % ±%
Pakatan Rakyat Wan Azizah Wan Ismail 16,741 59.2 1.21
BN Chew Mei Fun 11,362 40.18 2.41
Undian rosak 176 0.62 0.98
Majoriti 5,379 19.02 1.2
Peratusan mengundi 28,279 74.31 14.09
Pakatan Rakyat kekal Peralihan 1.21

Rujukan sunting

  1. ^ "Kajang polls fixed for March 23". Free Malaysia Today. 5 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 2014-03-07.
  2. ^ "Kajang by-election to be held on March 23, nominations on March 11, says polls body". The Malaysian Insider. 5 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-07.
  3. ^ "Kajang rep quits for by-election, Anwar or Rafizi slated to stand". The Malaysian Insider. 27 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-07.
  4. ^ "Kajang by-election set for March 23". Channel News Asia. 5 Februari 2014.
  5. ^ "PKR confirms Anwar to stand in Kajang". The Malaysian Insider. 28 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-07.
  6. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/03/09/wan-azizah-for-kajang/
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-09.
  8. ^ "MCA's Chew Mei Fun to contest Kajang by-election". The Malaysian Insider. 21 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-07.