Pilihan raya umum United Kingdom 2010

Pilihan raya umum United Kingdom 2010 diadakan pada 6 Mei 2010 untuk memilih ahli parlimen bagi Dewan Rakyat Parlimen United Kingdom. Parti memerintah ialah Parti Buruh manakala parti-parti lain termasuk Parti Konservatif dan Parti Demokrat Liberal.

Pilihan raya United Kingdom 2010

← 2005 6 Mei 2010 2015 →

Kesemua 650 kerusi Dewan Rakyat
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
  David Cameron Gordon Brown Nick Clegg
Pemimpin David Cameron Gordon Brown Nick Clegg
Parti Konservatif Buruh Demokrat Liberal
Pemimpin sejak 6 Disember 2005 24 Jun 2007 18 Disember 2007
Kerusi pemimpin Witney Kirkcaldy
& Cowdenbeath
Sheffield Hallam
Pilihan raya
lepas
198 kerusi, 32.3% 356 kerusi, 35.3% 62 kerusi, 22.1%
Kerusi yang
diperlukan
+116 –23 +264
Kerusi yang
dimenangi
305 258 57
Perubahan kerusi +96 −91 −6
Undian popular 10,683,787 8,604,358 6,827,938
Peratusan 36.1% 29.0% 23.0%
Peralihan undi +3.8% −6.2% +1.0%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Gordon Brown
Buruh

Perdana Menteri baru

David Cameron
Konservatif

Tarikh pilihan raya diumumkan pada 6 April dan Parlimen dibubarkan pada 12 April.[1]

45 juta pengundi mengundi dari jam 7.00 hingga 10.00 pagi di 40,000 pusat mengundi. Keputusan pilihan raya diumumkan 2 jam kemudian (12.00 tengah hari). 649 anggota akan dipilih untuk membuat dasar di Dewan Umum.

Parti yang mendapat majoriti akan memerintah Britain selama 5 tahun akan datang. Keputusannya ialah Parti Konservatif mendapat 306 kerusi, Parti Buruh (258), Parti Demokrat Liberal (57).[2] Parti Konservatif menang tetapi tidak mendapat majoriti umum (lebih 50 peratus kerusi).[3] Pada 8 Mei, ketua Parti Konservatif, David Cameron telah bertemu dengan pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg mengenai usul membentuk kerajaan campuran.[4]

Pada 11 Mei, ketika rundingan Konservatif dengan Liberal Demokrat untuk membentuk kerajaan campuran seakan-akan mencapai kejayaan,[5] ketua Parti Buruh Gordon Brown mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Dalam masa sejam, jawatan tersebut dipegang oleh ketua Parti Konservatif, David Cameron. Tidak lama selepas waktu tengah malam pada 12 Mei 2010, ahli-ahli Liberal Demokrat keluar dari mesyuarat parti Parlimen bersama Eksekutif Persekutuan untuk mengumumkan bahawa urus janji kerajaan campuran telah "diluluskan"[6], maka David Cameron bakal memimpin kerajaan campuran Liberal Demokrat dan Konservatif. Hasilnya Cameron sebagai Perdana Menteri melantik Clegg sebagai Timbalan Perdana Menteri sewaktu membentuk Kabinetnya.[7]

Parti politik sunting

Parti politik utama dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh, Parti Konservatif dan Parti Demokrat Liberal. Kesemuanya telah menggantikan pemimpin selepas pilihan raya terdahulu. Selain Gordon Brown dari Parti Buruh yang juga menjadi Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin baru termasuk David Cameron dari Parti Konservatif dan Nick Clegg dari Parti Liberal Demokrat.

Parti lain sunting

Parti-parti lain yang lebih kecil termasuk

Latar belakang sunting

Parti Buruh diramalkan tumbang sejak awal-awal lagi kerana kalah teruk dalam pilihan raya tempatan dan pilihan raya Parlimen Eropah. Secara tradisi parti pembangkang akan berunding dengan pegawai-pegawai kerajaan tentang kemungkinan transisi. Oleh itu, sejak Mac 2010, Ketua Pembangkang David Cameron telah memulakan siri mesyuarat rasmi dengan Ketua Setiausaha Negara Britain, Sir Gus O'Donnell. David Cameron dikatakan membawa imej Barack Obama.[8]

Kempen pilihan raya agak menarik kerana adanya siaran langsung debat terbukayang menyerupai pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Pada 22 April 2010 ,Sky News menyiarkan debat terbuka tentang dasar luar negara. Pada 29 April 2010 ,siaran langsung debat terbuka tentang isu ekonomi.

Debat terbuka selama 90 minit oleh sebuah stesen TV tempatan yang beribu pejabat di Yorkshire, ITV1. Gordon Brown (Buruh), David Cameron (Konservatif) dan Nick Clegg (Liberal Demokrat) cuba menonjol karisma masing-masing. Debat secara langsung ini disiarkan ke seluruh negara. Tinjauan awal ITV, YouGov/The Sun, Channel Four, dan Sky News mendapati Nick Clegg lebih popular.

Parti Konservatif tidak memenangi kerusi yang mencukupi dalam sistem 'pertama menduduki jawatan' berhak mendapat majoriti penuh di Dewan Umum. Oleh Parlimen akan tergantung dan mungkin mencetuskan perebutan kuasa di Britain. Kekalutan ini pernah berlaku pada 1974.

Parti Buruh sudah berkuaa selama 13 tahun.

Gordon Brown bertanding di tempat asalnya Scotland.

Isu pilihan raya sunting

  1. Britain berhadapan masalah kelembapan ekonomi.Brown mahu mempertahankan cadangan untuk menaikkan kadar bayaran insurans kebangsaan iaitu sejenis cukai yang dibayar oleh pekerja dan majikan.[9] Britain belum pulih daripada kemelesetan ekonomi yang teruk.
  2. Pengundi di Scotland, Wales dan Ireland Utara tidak puas hati dengan England sedangkan mereka sebahagian daripada Britain.[10] Parti tempatan seperti British National Party dan UK Independence Party mengkritik kredibiliti dan dasar parti Buruh, Konservatif dan Liberal Demokrat yang dikatakan hanya membawa 'kepentingan' rakyat England semata-mata.

Tinjauan akhbar Guardian mendapati sokongan kepada Parti Konservatif meningkat 36 %, Parti Buruh mendapat 28 %, manakala Parti Demokrat Liberal menurun kepada 26 %.[11]

Sejarah sunting

Kerajaan Britain pernah diterajui oleh Parti Konservatif, Parti Buruh, Whig, Canningites, Peelite, Liberal, Unionists, dan kerajaan campuran. Parti Liberal pernah memerintah Britaih (1905-1915) yang pada ketika itu diterajui oleh Sir Henry Campbell-Bannerman dan Herbert Henry Asquith. Parti Liberal Demokrat pula ialah gabungan antara Parti Liberal dan Parti Sosial Demokrat yang ditubuhkan pada tahun 1988.


Keputusan sunting

306 57 258 29
Konservatif Lib Dem Buruh Lain-lain
Parti Pemimpin Ahli Parlimen Undi
Jumlah Jumlah
Parti Konservatif David Cameron 306 47.1%
306 / 650
10,703,754 36.1%
Parti Buruh Gordon Brown 258 39.7%
258 / 650
8,609,527 29.0%
Parti Demokrat Liberal Nick Clegg 57 8.8%
57 / 650
6,836,825 23.0%
Parti Kesatuan Demokratik Peter Robinson 8 1.2%
8 / 650
168,216 0.6%
Parti Kebangsaan Scotland Alex Salmond 6 0.9%
6 / 650
491,386 1.7%
Sinn Féin Gerry Adams 5 0.8%
5 / 650
171,942 0.6%
Plaid Cymru Ieuan Wyn Jones 3 0.5%
3 / 650
165,394 0.6%
Parti Demokratik Sosial dan Buruh Margaret Ritchie 3 0.5%
3 / 650
110,970 0.4%
Parti Hijau Caroline Lucas 1 0.2%
1 / 650
285,616 1.0%
Perikatan David Ford 1 0.2%
1 / 650
42,762 0.1%
Yang di-Pertua Speaker John Bercow 1 0.2%
1 / 650
22,860 0.08%[12]
Ahli politik bebas Sylvia Hermon 1 0.2%
1 / 650
21,181 0.07%[13]

Rujukan sunting

  1. ^ Gordon Brown calls 6 May general election - BBC News, 6 April 2010
  2. ^ Britain's Conservatives eye power pact after poll deadlock
  3. ^ Britain wakes up to a hung Parliament Times Online. 7 Mei 2010
  4. ^ Clegg meets Cameron for private talks on power deal BBC News. 8 Mei 2010
  5. ^ Gordon Brown resigns as UK prime minister BBC News, 11 May 2010
  6. ^ [1] 12.13am - The Guardian "New Government - live blog", 12 May 2010
  7. ^ David Cameron hails 'new era' as coalition sets to work BBC News. 12 Mei 2010
  8. ^ Pilihan raya Britain catat sejarah
  9. ^ Brown dijangka umum tarikh pilihan raya
  10. ^ 'Angin perubahan' dalam politik Britain?
  11. ^ Rakyat Britain buat pilihan
  12. ^ "Election 2010 Results: Buckingham". BBC News. Dicapai pada 27 March 2017.
  13. ^ "Election 2010 Results: North Down". Dicapai pada 27 March 2017.

Pautan luar sunting

Manifesto sunting

Tinjauan sunting