Pilihan raya umum United Kingdom 2019

Pilihan raya umum United Kingdom 2019 telah diadakan pada Khamis, 12 Disember 2019 di bawah peruntukan Akta Pilihan Raya Umum Awal 2019, dan berlangsung dua tahun selepas pilihan raya umum sebelumnya pada Jun 2017. Pilihan raya telah diadakan sebagai respon kepada kebuntuan parlimen terhadap Brexit. Berikutan pelantikan Boris Johnson sebagai pemimpin parti kerajaan Konservatif dan Perdana Menteri, terdapat pertentangan pendapat di Parlimen. Berlaku kebimbangan bahawa Johnson akan bertukar pendirian terhadap perjanjian Brexit. Keputusan pilihan raya menunjukkan Konservatif mendapat semula majoriti mereka di Dewan Rakyat selepas tewas pada 2017, manakala Parti Buruh mengalami kekalahan besar, memenangi bilangan kerusi paling sedikit sejak pilihan raya 1935.[2][3]

Pilihan raya umum United Kingdom 2019

← 2017 12 Disember 2019 Selepas →

Semua 650 kerusi di Dewan Rakyat
326 kerusi diperlukan untuk majoriti
Pengundi hadir67.3% ( 1.5%)[1]
  Parti pertama Parti kedua
  Boris Johnson Jeremy Corbyn
Pemimpin Boris Johnson Jeremy Corbyn
Parti Konservatif Buruh
Pemimpin sejak 23 Julai 2019 12 September 2015
Kerusi pemimpin Uxbridge dan Ruislip Selatan Islington Utara
Pilihan raya
lepas
317 kerusi, 42.4% 262 kerusi, 40.0%
Kerusi sebelum 298 242
Kerusi yang
dimenangi
365 202*
Perubahan kerusi 48 60
Undian popular 13,966,565 10,269,076
Peratusan 43.6% 32.1%
Peralihan undi 1.2% 7.9%

  Third party Parti keempat
  Nicola Sturgeon Jo Swinson
Pemimpin Nicola Sturgeon Jo Swinson
Parti Parti Kebangsaan Scotland Demokrat Liberal
Pemimpin sejak 14 November 2014 22 Julai 2019
Kerusi pemimpin Tidak bertanding Dunbartonshire Timur
(dikalahkan)
Pilihan raya
lepas
35 kerusi, 3.0% 12 kerusi, 7.4%
Kerusi sebelum 35 21
Kerusi yang
dimenangi
48 11
Perubahan kerusi 13 10
Undian popular 1,242,372 3,696,423
Peratusan 3.9% 11.6%
Peralihan undi 0.9% 4.2%

Peta menunjukkan keputusan pilihan raya, dengan parti AP yang dipilih dari setiap kawasan pilihan raya.
* Gambar tidak menunjukkan Speaker Dewan Rakyat, Sir Lindsay Hoyle, yang kemudiannya dimasukkan ke kerusi Buruh oleh media.

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Boris Johnson
Konservatif

Perdana Menteri Yang Akan Dilantik

Boris Johnson
Konservatif

Tujuan Johnson untuk mengadakan pilihan raya awal adalah untuk melindungi majoriti bagi menyambung kembali proses United Kingdom meninggalkan Kesatuan Eropah dengan tarikh akhir Brexit pada 31 Januari 2020. Konservatif memerlukan sekurang-kurangnya 9 kerusi berbanding keputusan pada 2017 untuk mencapai ini. Isu lain termasuk perbelanjaan sosial, rancangan Buruh untuk nasionalisasi semula industri British dan Parti Kebangsaan Scotland mendesak untuk diadakan referendum kedua bagi Kemerdekaan Scotland.

Tinjauan pendapat sentiasa meramalkan kemenangan besar Konservatif falam pilihan raya ini. Akhirnya, Konservatif memperoleh 365 kerusi, tambahan 47 kerusi manakala Buruh kehilangan 59 kerusi dan hanya mampu menang 202 kerusi, menyebabkan majoriti Konservatif sekitar 80 kerusi. Susulan kekalahan teruk parti Buruh, Jeremy Corbyn mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin parti.[3][4] Pemimpin Liberal Demokrat Jo Swinson pula tewas di kawasan parlimen sendiri, dengan parti memenangi 11 kerusi walaupun berjaya meningkatkan peratusan undi kepada 12%. Oleh kerana undang-undang Liberal Demokrat yang memperuntukkan pemimpinnya wajib menjadi Ahli Parlimen, Swinson tidak boleh terus menjadi pemimpin parti.[5]

Konservatif mendapat undian terbesar sejak 1979 dan memenangi kerusi terbanyak mereka sejak 1987. Konservatif mendapat lebih 13.9 juta undi, jumlah terbesar undian yang dimenangi oleh mana-mana pihak sejak 1992. Parti Buruh mencatatkan 10.3 juta undi, kehilangan kira-kira 2.6 juta pengundi berbanding 2017.

Di Scotland, Parti Kebangsaan Scotland mendapat 13 kerusi dan mendapat 45% undi, manakala Konservatif kehilangan 7 kerusi daripada 13 kerusi.[6] Parti Buruh hampir kehilangan semua kerusinya di Scotland, mendapat hanya satu kerusi di Scotland. Liberal Demokrat meningkatkan peratusan undi mereka, tetapi tidak melihat keuntungan bersih dari segi kerusi.

Di Wales, Konservatif merapatkan jurang dengan Buruh, manakala Plaid Cymru kekal pada 4 kerusi dan Liberal Demokrat kehilangan satu-satunya kerusi di Wales. Di Ireland Utara, DUP menang 8 kerusi, sama seperti pada 2015. Parti Perikatan memperoleh satu kerusi yang dahulunya dipegang oleh Sylvia Hernon, dan SDLP memenangi 2 kerusi untuk kembali ke Parlimen selepas dua tahun. Ini adalah kali pertama di mana lebih banyak kerusi dimenangi oleh parti-parti Nasionalis daripada parti-parti Kesatuan

Latar belakang sunting

Theresa May menjadi Perdana Menteri menggantikan David Cameron pada tahun 2016. Pentadbiran beliau lebih banyak memfokuskan isu Brexit. Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dengan majoriti yang sangat tipis di Parlimen, May mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Rakyat pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, ketika itu Akta Penggal Tetap Parlimen 2011 masih dilaksanakan yang melarang sebarang pembubaran Parlimen selagi belum mencapai tempoh satu penggal lima tahun. Untuk membolehkan pilihan raya diadakan, Akta Pilihan Raya Awal 2017 diluluskan dan pilihan raya ditetapkan pada Jun tahun tersebut.

Walau bagaimanapun, May dan Konservatif kehilangan majoriti apabila sekadar meraih 318 kerusi, kurang lapan untuk membentuk kerajaan. May seterusnya mengadakan kerjasama dengan Parti Kesatuan Demokrat dalam bentuk keyakinan dan pembekalan untuk memastikan perundagan dapat diluluskan di Parlimen.

Meskipun sudah meraih sokongan, kerajaan May berdepan masalah untuk meluluskan perundangan berkenaan Brexit. Ini kerana terdapat beberapa ahli Parlimen dalam kalangan kerajaan sendiri yang membantah United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah. May sendiri didakwa dirinya seorang pro-EU ketika Referendum Kesatuan Eropah 2016. Kerajaan May juga berdepan dua kali undi tidak percaya yang mana kerajaan memenangi kedua-duanya. Selain itu, Konservatif juga tewas teruk dalam pilihan raya Kesatuan Eropah 2019 di mana parti itu sekadar menduduki tempat kelima di United Kingdom. Tekanan ini memaksa May untuk berundur dan digantikan oleh bekas Setiausaha Luar, Boris Johnson.

Sedar bahawa kerajaan memerlukan majoriti kukuh untuk menamatkan kemelut, kerajaan Johnson bertindak membentangkan Akta Pilihan Raya Awal 2019 bagi membolehkan pilihan raya awal diadakan.

Tarikh pilihan raya sunting

Keputusan sunting

Parti Pemimpin Ahli Parlimen Undi
Jumlah Jumlah
Parti Konservatif Boris Johnson 365 &&&&&&&&&&&&&056.20000056.2%
365 / 650
13,966,565 43.6%


Parti Buruh Jeremy Corbyn 202 &&&&&&&&&&&&&031.10000031.1%
202 / 650
10,269,076 32.2%
Parti Kebangsaan Scotland Nicola Sturgeon 48 &&&&&&&&&&&&&&07.4000007.4%
48 / 650
1,242,380 3.9%
Parti Liberal Demokrat Jo Swinson 11 &&&&&&&&&&&&&&01.7000001.7%
11 / 650
3,696,423 11.6%
Parti Kesatuan Demokratik Democratic Arlene Foster 8 &&&&&&&&&&&&&&01.2000001.2%
8 / 650
244,128 0.8%
Sinn Féin Mary Lou McDonald 7 &&&&&&&&&&&&&&01.1000001.1%
7 / 650
181,853 0.6%
Plaid Cymru Adam Price 4 &&&&&&&&&&&&&&00.6000000.6%
4 / 650
153,265 0.5%
Parti Sosial Demokratik dan Buruh Colum Eastwood 2 &&&&&&&&&&&&&&00.3000000.3%
2 / 650
118,737 0.4%
Parti Hijau Jonathan Bartley
Siân Berry
1 &&&&&&&&&&&&&&00.2000000.2%
1 / 650
835,579 2.7%
Parti Perikatan Ireland Utara Alliance Naomi Long 1 &&&&&&&&&&&&&&00.2000000.2%
1 / 650
134,115 0.4%
Yang di-Pertua Speaker Lindsay Hoyle 1 &&&&&&&&&&&&&&00.2000000.2%
1 / 650
26,831 0.1%

Rujukan sunting

  1. ^ "Results of the 2019 General Election". BBC News.
  2. ^ Stewart, Heather (12 December 2019). "Exit poll predicts 86-seat majority for Boris Johnson and Conservatives". The Guardian.
  3. ^ a b "Jeremy Corbyn: 'I will not lead Labour at next election'". www.bbc.co.uk. Dicapai pada 13 December 2019.
  4. ^ "Socialist Jeremy Corbyn to step down as leader of Labour Party after projected defeat in U.K. election". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-13.
  5. ^ "Lib Dem leader Jo Swinson to step down" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 13 December 2019. Dicapai pada 13 December 2019.
  6. ^ "Scotland election results 2019: Sturgeon says SNP landslide 'mandate for indyref2'". www.bbc.co.uk. Dicapai pada 19 December 2019.

Pautan luar sunting


Akta Pilihan Raya Awal Parlimen 2019 sunting