Pisang Cavendish

kultivar pisang

Pisang Cavendish ialah salah satu kultivar pisang bagi subkumpulan Cavendish dari kumpulan kultivar pisang AAA. Ia menjadi tanaman komoditi buah-buahan tropika yang sangat popular di dunia. Namanya adalah sempena William Cavendish, Duke Devonshire ke-6. Pisang ini juga dikenali dengan nama pisang Ambon Putih.[1][2]

Pisang Cavendish
Sesikat pisang Cavendish.
GenusMusa
SpesiesMusa acuminata
Kumpulan kultivarSubkumpulan Cavendish, Kumpulan AAA

Pisang Cavendish banyak dikembangbiakkan melalui kaedah kultur tisu.[3] Keunggulan tunas pisang kultur tisu adalah berdasarkan ketahanannya melawan penyakit seperti "layu moko" yang terjadi akibat serangan Ralstonia solanacearum dan "layu Panama" akibat Fusarium oxysporum f.sp. cubense.[3] Dalam kultur tisu pisang, sehingga saat ini, kaedah yang banyak dikenali ialah kultur dengan eksplan umbisi.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Rizka Nur Laily M (12 Mei 2020). "4 Fakta Pisang Cavendish, Buah Favorit Dunia yang Akan Dikembangkan di Banyuwangi". Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-08-19.
  2. ^ a b Nisa C, Rodinah. 2005. "Kultur jaringan beberapa kultivar buah pisang (Musa paradisiacal L.) diberi dengan campuran hormon NAA dan kinetin" (dalam bahasa Indonesia). Bioscientiae 2: 23-36.
  3. ^ a b BIOTROP. 2008. SEAMEO BIOTROP. [terhubung berkala]. Dicapai melalui http://www.biotrop.org. [17 Februari 2009].