Piskiponik atau akuaponik adalah sistem penghasilan makanan yang menggabungkan teknik akuakultur (menternak haiwan akuatik seperti ikan, udang atau siput di dalam tanki), dengan hidroponik (menanam pokok di dalam air) dalam persekitaran simbiotik. Dalam akuakultur normal, pembuangan sisa najis haiwan seperti ikan boleh terkumpul di dalam air meningkatkan toksisitinya. Dengan sistem piskiponik, air dari sistem akuakultur itu disalurkan kepada sistem hidroponik. Produk lebihan itu diuraikan oleh bakteria pengurai-nitrogen kepada nitrat dan nitrit. Tumbuhan kemudiannya dapat mengambil nutrien tersebut. Air tersebut kemudian disalurkan kembali ke sistem akuakultur itu.[1]

Air yang telah ditapis oleh sistem hidroponik disalurkan kembali ke tanki ikan keli.

Integrasi kultur ikan tilapia merah dan salad daun memberikan keputusan yang terbaik dan dijadikan model pengeluaran makanan secara berterusan menggunakan sistem piskiponik.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Aktiviti cucuk tanam lebih mudah. Sinar Harian. Capaian 24-11-2013
  2. ^ Abdullah, Muhammad (2004) Pengeluaran Ikan dan Sayur-Sayuran Tropika Terpilih Menggunakan Kaedah Piskiponik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.