Pizza Hut

rangkaian kedai makan

Pizza Hut (Melayu: Pondok Piza; Jawi: ڤوندوق ڤيزا) merupakan sebuah rangkaian restoran dan francais makanan antarabangsa yang berasas di Dallas, Texas dan mengkhusus dalam piza gaya Amerika Syarikat. Ia adalah rangkaian restoran piza yang terbesar di dunia, dengan hampir 12,000 buah restoran, unit penghantaran-ambil keluar dan gerai di lebih daripada 88 buah negara.

Pizza Hut
Jenis/bentuk sahAnak syarikat milik penuh
IndustriRestoran
Ditubuhkan15 Jun 1958; 65 tahun yang lalu (1958-06-15)
Wichita, Kansas, A.S.
PengasasDan Carney
Frank Carney
Ibu pejabat7100 Corporate Dr, Plano, Texas[1]
KeluaranMasakan Itali-Amerika
piza · pasta
PemilikYum! Brands, PepsiCo Sunting ini di Wikidata
Syarikat induk
Tapak webhttps://www.pizzahut.com.my/
IMDB: co0052014 Facebook: pizzahutus Twitter: pizzahut Instagram: pizzahutfr LinkedIn: pizzahutfr Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 1 Julai 2020, NPC International iaitu syarikat yang mengendalikan Pizza Hut di Amerika Syarikat telah mengisytiharkan muflis kerana penutupan cawangannya ketika wabak COVID-19 serta menanggung hutang sebanyak 1 bilion dolar A.S.[2]

Sejarah sunting

 
Logo Pizza Hut ini rasmi digunakan kembali, setelah terakhir dipakai pada tahun 1999. Dan hanya digunakan di wilayah Pakistan, Amerika Syarikat dan Brazil.
 
Logo rasmi Pizza Hut Malaysia

Pizza Hut diasas pada tahun 1958 oleh dua orang penuntut kolej, Dan dan Frank Carney di Wichita, Kansas. Syarikat itu memperoleh kesedaran seluruh negara dalam kempen pengiklanannya yang sulung, iaitu "Putt Putt ke Pizza Hut," yang diperkenalkan dalam televisyen Amerika Syarikat pada tahun 1965. Syarikat itu dibeli oleh PepsiCo pada tahun 1977.

Pizza Hut dijadikan sebagai sebuah syarikat sampingan "Restoran-restoran Sejagat Tricon" ("Tricon Global Restaurants") pada Oktober 1997 dan syarikat induknya kemudian dinamakan Yum! Brands, Inc.. Lambang Pizza Hut yang paling nyata ialah reka bentuk tanda dagangnya yang menonjolkan bumbung restoran berwarna merah yang mencerun ke atas; reka bentuk terkini digunakan mulai dari tahun 1969, dengan pindaan pada tahun 1999.

Peliknya, walaupun Pizza Hut beroperasi di seluruh dunia, ia tidak pernah memasuki pasaran Itali.

 
Saluran keluar Pizza Hut yang biasa dijumpai di bandar kecil. Saluran keluar ini terletak di Amerika Syarikat Tengah Barat.
 
Saluran keluar Pizza Hut di tempat yang biasa dijumpai di Mexico. Ia dilengkapi dengan motosikal-motosikal untuk penghantaran piza.

Format sunting

Saluran keluar Pizza Hut Ekspres yang lebih kecil memberikan versi menu dikecilkan. Ia ditempatkan di kawasan membeli-belah, terminal lapangan terbang, kedai serbaneka, hotel, kafeteria, stesen minyak, pawagam dan tempat lain. Sebilangannya digabungkan dengan saluran keluar versi ekpres untuk KFC dan Taco Bell.

Kini, Pizza Hut sedang membuka saluran keluar yang baru, serta membentuk semula restoran-restoran yang sedia ada menjadi Pizza Hut Bistro Itali. Pizza Hut Bistro Itali merupakan restoran "makan kasual" dengan menu yang menambahkan 25 jenis makanan ke dalam menu klasik Pizza Hut.

Pizza Hut juga tengah menguji format Pizza Hut WingStreet yang memberikan menu piza bersama-sama dengan pelbagai jenis kepak ayam.

Format Australia sunting

Di Australia, Pizza Hut mengikut model yang berlainan. Selepas percubaan untuk memperkenalkan model Amerika Syarikat dan United Kingdom, Pizza Hut Australia kini mengamalkan perkhidmatan ambil keluar dan penghantaran dengan tempat duduk yang minimum, walaupun masih terdapatnya beberapa restoran yang memberikan tempat duduk untuk makan. Model perniagaan Amerika Syarikat ditamatkan kerana persaingan yang semakin hebat daripada rangkaian makanan segera yang lain. Restoran-restoran Pizza Hut Australia kini bersaing dengan Domino's, Pizza Haven, Eagle Boys dan pelbagai gerai piza yang lain. Keadaan ini sama sahaja dengan negara berjirannya, New Zealand. Di Australia, minyak kacang soya digunakan sebagai ganti untuk minyak sayur bagi kesemua pai, dan sos barbeku disediakan sebagai pilihan lain untuk sos tomato yang biasa digunakan sebagai bahan asas untuk hias atas.

Produk sunting

 
Pizza Hut Express logo

Makanan yang paling biasa dijual di dalam restoran Pizza Hut ialah "Pan Piza". Ia biasanya ditawar dalam tiga saiz yang berbeza (Besar, Sederhana, dan "Pan Piza Peribadi" yang kecil), dengan pelbagai hias atas (serta gaya-gaya "istimewa", termasuknya "Lover's Line" dan "Supreme"). Berbanding dengan kebanyakan piza yang dijual oleh syarikat lain, Pan Piza mempunyai kulit yang tebal — lembut di dalam, rangup di luar.

Selain daripada Pan Piza, Pizza Hut juga menjual:

  • "Kulit Sumbat" ("Stuffed Crust"): piza yang dilambungkan dengan tangan, dengan tepinya membaluti gelung tali keju;
  • "Lambung Dengan Tangan" ("Hand-Tossed"): lebih kurang sama dengan kulit piza tradisional;
  • "Tipis dan Rangup" ("Thin 'N Crispy"): kulit asli Pizza Hut;
  • "4untukSEMUA" ("4forALL"): empat keping piza kecil;
  • "Lebih Untuk SEMUA" ("More4ALL"): sekeping piza bulat, dibahagikan menjadi empat bahagian tiga segi, dengan setiap bahagian mengandungi 4 keping;
  • "Kepingan Celup" ("Dippin' Strips"): keping empat segi yang anda dapat mencelupkan di dalam sos);
  • "Tepi" ("The Edge"): banyak hias atas serta tanpa kulit; dan
  • "Kulit Berkeju Pintal" ("Cheesy Twisted Crust"): sebatang roti sebagai kulit dengan sos dan dua keju.

Ciptaan Pizza Hut terbaru ialah "Piza Gigit Berkeju" ("Cheesy Bites Pizza"). Ia lebih kurang sama dengan Piza Kulit Sumbat tetapi menggunakan lebih banyak keju dalam bentuk bebola kecil (ia dibuat dengan memulas bahagian Kulit Sumbat sebanyak 90 darjah. Piza ini disiarkan sewaktu Super Bowl XL dalam iklan yang menonjolkan bintang pop, Jessica Simpson.

Makanan lain yang dijual di banyak Pizza Hut termasuk kalzon ("P'zones") yang merupakan piza yang dilipat dan disumbat dengan pelbagai isi, biasanya termasuk keju, kepak goreng (sebilangan tempat juga dijejamakan sebagai "WingStreet" dan menawarkan lebih banyak rasa), pasta, roti batang, batang kayu manis, batang mozarela, dan butang jalapeno (lada Mexico).

Di Amerika Syarikat, Kanada, dan kebanyakan negara yang lain, Pizza Hut menawarkan minuman Pepsi dan minuman bergas yang dibuat oleh PepsiCo. Kebanyakan restoran Pizza Hut yang besar juga mempunyai bar salad dan/atau bufet makan tengah hari. Pizza Hut baru-baru sahaja memperkenalkan piza "XLP". Piza XLP adalah 30% lebih besar daripada piza Pizza Hut yang terbesar.

Wingstreet sunting

Wingstreet merupakan format restoran alternatif yang dimiliki dan dijalankan oleh Pizza Hut. Biasanya, ia disambung atau digabungkan dengan Pizza Hut. Walaupun jarang, kekadangnya restoran Wingstreet merupakan restoran berasingan, ataupun disambung dengan restoran-restoran KFC dan/atau Taco Bell. Wingstreet menjual kepak dan rusuk ayam goreng, biasanya untuk perkhidmatan penghantaran ataupun ambil balik. Menu-nya termasuk kepak bertulang, kepak tanpa tulang dan kepak tradisional yang baru.

United Kingdom sunting

Menu-nya baru-baru sahaja dipermudahkan, dan kini terdapatnya cuma empat jenis asas seperti berikut:

  • Pan Pizza: gaya masak kuali dalam yang terpopular;
  • Itali ("The Italian"): gaya piza yang lebih tradisional;
  • Tepi ("The Edge"): asas yang benar-benar tipis tanpa kulit dan yang dipotong menjadi 16 segi empat, berbanding keping tradisional;
  • Kulit sumbat ("Stuffed Crust): kulit besar yang disumbat dengan keju.

India sunting

Piza baru-baru ini menjadi makanan yang amat popular di India. Pizza Hut telah membuka banyak saluran keluar di beberapa bandar raya, termasuknya Mumbai, Bangalore, dan Chennai. Restoran-restoran ini biasa dianggap sebagai tempat makan yang bertaraf tinggi serta mengikut perkembangan. Iklan Pizza Hut menggunakan cogan kata, "Waktu seronok, Piza Unggul" ("Good times, Great Pizza"). Menu-menu diubah suai untuk memenuhi rasa orang India dengan tawaran berempah seperti jenis piza "Pandeer Tandoori" dan "Tikka Ayam".

Pakistan sunting

Di Pakistan, Pizza Hut adalah amat popular, khususnya di kalangan pemuda. Saluran keluar Pizza Hut ditempatkan di bandar raya besar seperti Karachi, Lahore, Peshawar dan Islamabad. Ia menawarkan pelbagai piza yang menggabungkan resipi barat dengan resipi timur.

Pengiklanan sunting

 
Iklan Pizza Hut dengan Muppets

Pizza Hut tidak mempunyai maskot antarabangsa yang rasmi, tetapi pada suatu masa, terdapatnya iklan-iklan di Amerika Syarikat yang menonjolkan Kepala Piza ("Pizza Head") (1993 hingga 1997). Kepala Piza merupakan sekeping piza dengan hias atas yang disusun menjadi muka. Kempen-kempen pengiklanan itu dari Goodby Silverstein & Rakan-rakan, San Francisco diarahkan oleh Walter Williams dalam gaya yang serupa dengan "Pertunjukan Mr. Bill" ("The Mr. Bill Show").

Di Australia dari pertengahan sehingga akhir dekad 90-an, maskot pengiklanan Pizza Hut merupakan seorang penghantar bernama Dougie, dengan rupa kebudak-budakan. Sewaktu menghantarkan piza kepada ayahnya, dia akan mendengar cogan kata "Inilah tip, berbaiklah dengan ibukau".

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Pizza Hut menggunakan pelbagai jurucakap orang termashyur, termasuknya Jessica Simpson dan The Muppets. Iklan-iklan yang terkini menggunakan suara Queen Latifah.

Permainan NES yang lama, Teenage Mutant Ninja Turtles 2: Permainan Arked, memberikan kupon untuk piza percuma. Permainan itu mengandungi amat banyak iklan Pizza Hut serta piza.

Cogan kata sunting

  • Menjadikannya terbaik! ("Makin' it great!)
  • Kamu akan suka bahan-bahan yang kami menggunakan. ("You'll love the stuff we're made of.")
  • Piza terbaik di bawah satu bumbung. ("The best pizzas under one roof.")
  • Berkumpul untuk makanan yang baik. ("Gather 'round the good stuff.")
  • Berhenti dan Menghidu Piza. ("Stop and Smell the Pizza.")
  • Kamu membuat Perkiraan, Kami akan pergi makan Piza. ("You do the Maths, We'll do the Pizza.")
  • Makan. Ketawa. Berkongsi. ("Eat. Laugh. Share.")
  • Pergi Mendalam ("Go Deep")
  • Menuju ke "The Hut" ("Hit the Hut")
  • Siapa memanggil "The Hut"? ("Who called the hut?")

Penajaan sunting

Pada tahun 2005, Pizza Hut menaja The Simpsons dalam stesen TV British (Saluran 4). Iklan-iklan itu mengandungi cogan kata "Siapa digelarkan The Hut?"

Pizza Hut juga merupakan penaja lama untuk rancangan popular,"Book It!" ("Bukukannya"), yang menggalakkan tabiat membaca di sekolah-sekolah Amerika Syarikat. Sesiapa yang sering membaca akan dihadiahkan dengan kupon-kupon Pizza Hut yang menawarkan makanan percuma ataupun dengan harga diskaun.

Kesatuan-kesatuan sekerja sunting

Dalam sejarah yang lebih terkini, pemandu-pemandu penghantaran Pizza Hut tengah menubuhkan kesatuan-kesatuan [1] Diarkibkan 2006-05-09 di Wayback Machine. Pemandu-pemandu itu mengatakan bahawa keadaan bekerja adalah "amat buruk" dengan seorang pemandu Amerika Syarikat cuma dibayar sebanyak AS$0.50 pada puratanya bagi setiap penghantaran (sedangkan Pizza Hut mengenakan bayaran AS$1.50 daripada pelanggannya untuk setiap penghantaran pada puratanya), berbanding bayaran purata sebanyak AS$1.25 bagi setiap penghantaran di seluruh negara [2]. Kesatuan-kesatuan yang ditubuh termasuk SEIU dan APDD. Selain daripada upah, banyak pemandu Pizza Hut juga mempunyai rasa bimbang tentang keselamatan dan jaminan kerja.

Di New Zealand, Pizza Hut (diuruskan oleh Restaurant Brands) bersama-sama dengan syarikat-syarikat makanan segera yang lain menghadapi tekanan kesatuan daripadaSupersizemypay.com dan Kesatuan Unite [1] untuk memperbaiki upah, membasmikan kadar pemuda, serta memberikan pekerja-pekerjanya waktu kerja yang terjamin.

Rujukan sunting

  1. ^ "Inside Pizza Hut's new headquarters in Plano". Wfaa.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 8, 2011. Dicapai pada March 10, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Valinsky, Jordan (1 Julai 2020). "A huge Wendy's and Pizza Hut franchisee just filed for bankruptcy" [Penerima francais Wendy's dan Pizza Hut telah mengistiharkan muflis]. CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.

Pautan luar sunting

Tapak sesawang lain sunting