Platform sisi (bahasa Inggeris: side platform) merupakan platform yang terletak di bahagian tepi landasan kembar di stesen keretapi, perhentian trem mahupun transit bas. Stesen berplatform dwisisi, satu platform untuk satu arah perjalanan, merupakan reka bentuk stesen asas yang digunakan untuk landasan kembar (berlawanan dengan platform tengah iaitu platform tunggal di antara landasan). Platform sisi mungkin menyediakan ruang kaki yang lebih luas daripada platform tengah di mana satu lebar platform boleh dikongsi oleh penumpang yang menggunakan salah satu landasan.[1][2]

Stesen Jordanhill di Scotland dengan dua platform sisi yang dihubungkan oleh jejantas.
Stesen Tsuen Wan di Hong Kong, dengan dua platform sisi.

Sesetengah stesen berplatform sisi menyediakan jejantas di atas landasan ataupun laluan bawah landasan untuk menyambungkan kedua-dua platform, lebih-lebih lagi untuk landasan kembar.

Rujukan sunting

  1. ^ "Railway Station Design". Railway Technical Web Pages. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-09. Dicapai pada August 19, 2016.
  2. ^ "Railway Platform and Types". Railwaysysyem.net. Dicapai pada 2017-06-30.

Pautan luar sunting