Pohiva Tuʻiʻonetoa

Pohiva Tu’i’onetoa (30 Jun 1961 – 18 Mac 2023) ialah akauntan dan ahli politik Tonga yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Tonga dari tahun 2019 hingga 2021.[1] Tu'i'onetoa menggantikan Semisi Sika, yang berkhidmat sebagai pemangku perdana menteri sejak kematian ʻAkilisi Pōhiva.[2]

Pōhiva Tu'i'onetoa
Pohiva Tu’i’onetoa pada tahun 2020
Perdana Menteri Tonga ke-17
Dalam jawatan
8 Oktober 2019 – 27 Disember 2021
RajaTupou VI
TimbalanSione Vuna Fa'otusia
Didahului olehSemisi Sika (Pemangku Perdana Menteri)
ʻAkilisi Pōhiva (Perdana Menteri)
Digantikan olehSiaosi Sovaleni
Anggota Parlimen
untuk Tongatapu 10
Memegang jawatan
27 November 2014
Didahului olehSemisi Tapueluelu
Butiran peribadi
Lahir30 Jun 1961
Talafo’ou, Tonga
Meninggal dunia18 Mac 2023
KerakyatanTonga Tonga
Parti politikParti Rakyat
Alma materUniversiti Monash
Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah

Dilahirkan di Talafo’ou, Tu’i’onetoa lulus dari Institut Akauntan Berkanun New Zealand pada tahun 1982, dan kemudian Universiti Monash pada tahun 1993. Beliau memiliki segulung diploma dalam pengurusan kewangan dan ijazah sarjana perniagaan. Beliau juga akauntan pengurusan bertauliah.[3]

Kerjaya sunting

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Tonga pada Januari 1979. Beliau merupakan Penyelesai Rasmi Bahagian Perdagangan Jabatan Keadilan di Hamilton, New Zealand. Antara tahun 1983 dan 2014, beliau berkhidmat sebagai Juruaudit Tonga. Beoiau merupakan Setiausaha Peribadi kepada Raja Tāufaʻāhau Tupou IV dari 1987–1988, dan juga kerani kepada Majlis Privi semasa tempoh yang sama. Beliau tidak berjaya bertanding untuk parlimen dalam pilihan raya umum Tonga 2010.

Dalam pilihan raya 2014, beliau dipilih ke Dewan Undangan Tonga untuk mewakili kawasan pilihan raya Tongatapu 10. Dalam kerajaan ʻAkilisi Pōhiva, beliau merupakan Menteri Buruh, Perdagangan dan Industri, dan Menteri Perkhidmatan Polis, Penjara dan Bomba.[4] Pada Mac 2017, beliau dilantik Menteri Hasil dan Kastam,[5], menggantikan Tevita Lavemaau. Beliau memegang jawatan itu sehingga Januari 2018, apabila meliau dilantik Menteri Kewangan dan Perancangan Negara.[6]

Perdana Menteri Tonga sunting

Pada 27 September 2019, Tu’i’onetoa dipilih perdana menteri dengan 15 undian menentang lapan undian untuk Semisi Sika, yang berkhidmat sebagai pemangku perdana menteri.[7] Ia telah diumumkan secara rasmi oleh Raja Tupou VI pada 9 Oktober 2019.[7] Beliau mengumumkan pelantikan Kabinetnya pada 10 Oktober.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tonga MPs choose Pohiva Tu'i'onetoa as Prime Minister". TVNZ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-25.
  2. ^ News, Kaniva. "Tonga's caretaker PM Pōhiva sacks deputy and Finance Minister | Asia Pacific Report" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-25.
  3. ^ ""The Appointment of Hon. Dr. Pohiva Tu'i'onetoa as the New Prime Minister of Tonga"" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-27.
  4. ^ "Tonga leader names one noble in Cabinet". RNZ. 31 December 2014. Dicapai pada 15 June 2020.
  5. ^ "Tonga Finance Minister resigns". RNZ. 6 March 2017. Dicapai pada 16 June 2020.
  6. ^ "Biography" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-27.
  7. ^ a b "Parliament elects Dr Pōhiva Tu'i'onetoa as new PM". Parliament elects Dr Pōhiva Tu‘i‘onetoa as new PM. Dicapai pada 2019-10-27.
  8. ^ ""Prime Minister Announces New Cabinet Ministers"". Government of Tonga. 10 October 2019. Dicapai pada 15 June 2020.
Jawatan politik
Didahului oleh
Semisi Sika
Perdana Menteri Tonga
2019–2021
Pemegang jawatan kini

Templat:PMTonga Templat:Ketua kerajaan Komanwel