Bunga tahi ayam

spesies tumbuhan
(Dilencongkan dari Pokok Bunga Tahi Ayam)

Bunga tahi ayam atau juga dipanggil bunga pagar atau asam senyur (nama saintifik: Lantana camara)[4] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Verbena, Verbenaceae yang berasal dari kawasan tropika Amerika.[5][6][7] Ia telah disebarkan kebahagian lain dunia sebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies ceroboh dikebanyakan kawasan tropik dan separa-tropik.[8]

Bunga tahi ayam
Bunga dan daun
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Lamiales
Keluarga: Verbenaceae
Genus: Lantana
Spesies:
L. camara
Nama binomial
Lantana camara
Sinonim

Lantana aculeata L.[2]
Camara vulgaris[3]

Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu.

Penerangan sunting

Terdapat sekitar 100 jenis Lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke lapan kaki. Batangnya bermiang dan daunnya pula berbau kurang menyenangkan. Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah mengikut peringkat iaitu dari putih ke warna kuning, jingga ke merah dan dadu ke samar kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan kerana pokoknya beracun.

Habitat dan taburan sunting

Habitat asal bunga tahi ayam termasuk Mexico, Amerika Tengah, Antilles Besar, Bahama, Colombia, dan Venezuela.[perlu rujukan] Ia dipercayai sebagai tempatan di bahagian bawah Lembah Rio Grande, Texas di Amerika Syarikat.[9] Ia telah menjadi biasa di kawasan tropika dan panas seluruh dunia.[10] Di tanah tinggi Kenya, ia tumbuh di kebanyakan kawasan yang menerima hujan minimum. Ia boleh dilihat liar dan sepanjang laluan pejalan kaki, padang terbiar, dan ladang.[11] Lantana India Barat menjadi biasa di Amerika Syarikat, terutama di lapangan persisiran Atlantik, dari Florida ke Georgia, di mana cuaca menyamai cuaca asal, dengan suhu dan kelembapan tinggi.[6]

Keracunan sunting

Lantana India Barat dilaporkan menyebabkan haiwan jatuh sakit selepas memakannya.[10] Kandungan triterpenoid pentasiklik pada daunnya menyebabkan masalah hepatotoksik dan fotosensitif pada haiwan ragut seperti biri-biri, kambing, dan lembu,[12] dan kuda.[13] Haiwan ternakan yang meragut tumbuhan ini menyebabkan kerugian besar di Amerika Syarikat, Afrika Selatan, India, Mexico, dan Australia.[12] Buah berinya boleh dimakan apabila masak[14] sungguhpun sebagaimana buah-buah lain beracun serdahana pada manusia dan haiwan ketika masih hijau.

Kesan ekologi sunting

 
Bunga tahi ayam dengan lelabah ketam putih (Misumenoides formosipes, kanan bawah) menantikan mangsa.

Pokok bunga tahi ayam merupakan spesies ceroboh dan melitupi sebahagian besar India, Australia dan kebanyakan Afrika.[15] Ia bertapak di kawasan baru apabila benihnya disebarkan oleh burung. Sebaik sahaja ia sampai di kawasan baru, bunga tahi ayam tersebar dengan pantas.

Mesikpun dianggap sebagai perosak di Australia, pokok ini juga menjadi tempat lindungan bagi sesetengah spesies marsupial daripada pemangsa serta lebah Exoneura yang bersarang di kawasan batang tumbuhan.

L. camara disenaraikan sebagai spesies perosak secara rasmi di Florida, dan menjadi perosak kebimbangan di Texas dan Hawaii.[6][16]

Kegunaan sunting

Sesetengah masyarakat menjumpai kegunaan lain bagi bunga tahi ayam, kerana ia sukar dihapuskan. Sesetengah perabut rumah, seperti meja dan kerusi dihasilkan dari batangnya, atau dahan kecil diikat bagi menghasilkan penyapu.[11]

Hiasan sunting

Bunga tahi ayam menjadi tumbuhan laman yang popular kerana ketahanannya. Ia tidak terjejas oleh serangga perosak dan penyakit, tidak memerlukan banyak air, dan tahan suhu melampau. Ia merupakan spesies kegemaran rama-rama, dan digunakan di taman rama-rama di Amerika Syarikat.[6] Spesies liar mungkin memiliki duri cangkuk pendek. Kultivar Lantana yang digemari sebagai tumbuhan hiasan cenderung memiliki batang bak herba kecil.

Rujukan sunting

  1. ^ Munir A (1996). "A taxonomic review of Lantana camara L. and L. montevidensis (Spreng.) Briq. (Verbenaceae) in Australia". Journal of the Adelaide Botanic Gardens. 17: 1–27.
  2. ^ "Lantana aculeta L." U.S National Plant Germplasm System (NPGS). Dicapai pada January 6, 2019.
  3. ^ "Global Invasive Species Database". issg.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-07. Dicapai pada 2014-03-22.
  4. ^ Lantana camara. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/3087. [Didapat kembali 21 Jun 2023].
  5. ^ Efren and Luisa Gonzalez (2007). "Fill your garden with sunshine". The Western Sun Newspaper. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-10. Dicapai pada September 19, 2007.
  6. ^ a b c d Floridata LC (2007). "Lantana camara". Floridata LC. Dicapai pada September 19, 2007.
  7. ^ Moyhill Publishing (2007). "English vs. Latin Names". Moyhill Publishing. Dicapai pada September 19, 2007.
  8. ^ New South Wales National Parks and Wildlife Service (2007). "Lantana - fact sheet". Department of Environment and Climate Change - NSW. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-03. Dicapai pada September 19, 2007.
  9. ^ Hagne, Martin (2009-01-01). "Native Lantana Species of the LRGV" (PDF). The Sabal. Native Plant Project. 26 (1): 3.
  10. ^ a b Florida Exotic Pest Plant Council (2005). "Florida Exotic Pest Plant Council: Lantana camanara" (PDF). Florida Exotic Pest Plant Council. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-05-17. Dicapai pada September 19, 2007.
  11. ^ a b Khanna, L. S. (1983). Theory and Practice of silvicultural Systems. International Book Distributions. m/s. 400 pages. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  12. ^ a b Barceloux, Donald G. (2008). Medical Toxicology of Natural Substances: Foods, Fungi, Medicinal Herbs, Plants, and Venomous Animals. John Wiley and Sons. m/s. 867–868. ISBN 9780471727613.
  13. ^ Burns, Deborah (2001). Storey's Horse-Lover's Encyclopedia: an English & Western A-to-Z Guide. Storey Publishing. m/s. 302. ISBN 9781580173179.
  14. ^ Herzog et al. (1996), Coppens d'Eeckenbrugge & Libreros Ferla (2000), TAMREC (2000)
  15. ^ ISSG database: Lantana camara (accessed 30 April 2009)
  16. ^ Florida Exotic Pest Plant Council (2005). "Florida Exotic Pest Plant Council: List of Invasive Species". Florida Exotic Pest Plant Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-18. Dicapai pada September 19, 2007.

Pautan luar sunting