Polis (Yunani Purba)

Polis (bahasa Yunani: πόλις) dalam konteks pensejarahan dan ketamadunan merujuk kepada negara-negara kota yang wujud pada zaman Yunani Purba seperti Athena dan Sparta, sampai dilanjutkan ke zaman Rom Purba.[1]

Akropolis Athens, sebuah polis Yunani klasik terkenal

Struktur sunting

Ciri fizikal sunting

Kawasan yang dikelilingi dalam sempadan kota ini disebutkan sebagai ásty (Yunani: ἄστυ):[2] ia dibahagikan kepada akropolis yang bertindak sebagai kubu pusat serata wilayah dan khora (χώρα) iaitu kawasan luar pusat kota.

Status sunting

Negara-negara kota ini boleh mandiri atau merdeka dengan sendirinya bergantung kepada situasi politik, sepertimana yang dialami Samos, Priene, Miletos dan Athens sendiri.[3]

Prasarana sunting

  • Agora: tempat pertemuan terbuka untuk golongan awam terutamanya untuk berbicara dengan para penguasa
  • Gymnasion: tapak-tapak khusus digunakan warga kota untuk tujuan riadah sukan
  • Théatron (θέατρον): panggung-panggung diadakan persembahan pertunjukan bercerita kepada orang awam sebagai bentuk hiburan
  • Kuil: sebagai titik tumpu sesebuah negara kota melalui pemujaan dewa, dewi atau pahlawan disanjung para warga kota (lihat heroon)

Pendudukan sunting

Setiap orang yang menduduki kota-kota ini dibahagikan mengikut suatu kelas sosial:[4]

  • Warganegara berhak penuh politik dan undang-undang: golongan lelaki merdeka kelahiran ibu dan bapa yang merdeka dengan hak mengundi, boleh dilantik ke jawatan wewenang, boleh memiliki senjata serta berkewajiban menyertai tentera dalam waktu perang.
  • Warganegara berhak penuh undang-undang: golongan wanita dan anak-anak bawah umur (terutamanya yang berusia 18 tahun bagi lelaki)[4]:69 yang diwakili saudara-mara lelaki
  • Métiokos (μέτοικος): Pemastautin dari negara-negara kota lain. Merdeka dengan hak kedudukan dan pemilikan sendiri dikenakan cukai, tetapi tiada hak mengundi dan penjawatan. Hamba abdi yang dimerdekakan (apeleutheros, ἀπελεύθερος) diberikan status ini jika kekal berada di tempat asalnya.[4]:82
  • Hamba abdi: orang-orang yang ditawan dalam peperangan dengan kota-kota lain mahupun dilahirkan ibubapa berkedudukan ini.[4]:79 Hamba-hamba abdi tiada langsung hak selain yang diberikan tuan pemilik serelanya. Ada juga hamba yang dimiliki pihak kota melibatkan diri dalam urusan pentadbiran termasuk menjaga kawasan kota atau mengurup wang.[4]:83

Rujukan sunting

  1. ^ Howgego, Christopher; Heuchert, Volhker; Burnett, Andrew (2007), Coinage and Identity in the Roman Provinces, m/s. 158, ISBN 978-0-19-923784-5
  2. ^ Lohmann, Hans. "Asty". Brill's New Pauly. Brill Online. doi:10.1163/1574-9347_bnp_e204870.
  3. ^ Dmitriev, Sviatoslav (2005), City government in Hellenistic and Roman Asia minor, m/s. 68, ISBN 0-19-517042-3.
  4. ^ a b c d e MacDowell, Douglas Maurice (1986). The Law in Classical Athens. Cornell University Press. ISBN 9780801493652.