Politeknik di Malaysia

Pendidikan di Politeknik [1] mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985-1995).

Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta menambah program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum Pengajian Tinggi (No. 198/2685/2010) dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik METrO dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10.

VISI [2]

Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri 

MISI [3]

  • Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf
  • Membangunkan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan industri yang diselaraskan
  • Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan
  • Mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET

OBJEKTIF PENUBUHAN [4]

1. Melonjakkan Politeknik sebagai institusi peneraju TVET dalam bidang latihan teknikal pada peringkat diploma dan ke atas;

2. Mengukuhkan kerelevanan dan responsive program pengajian di Politeknik terhadap kehendak pembangunan ekonomi Negara;

3. Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan graduat berkualiti yang berdaya usahawan (enterprising), dan berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing;

4. Membina reputasi dan jenama baru yang mampu meletakkan Politeknik antara institusi pengajian terbaik Negara; dan

5. Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik pelajar ke Politeknik.

SEJARAH POLITEKNIK [5]

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar [6] di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta penambahan program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 198/2685/2010) dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik Metro dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10. Sehingga kini terdapat 33 politeknik merentasi kesemua 14 negeri di Malaysia, dengan menggunakan kepakaran kira-kira 7,800 tenaga pengajar yang mendepani 92,000 orang pelajar melalui kira-kira 87 program pengajian yang ditawarkan.

TRANSFORMASI POLITEKNIK

Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 20 November 2009 telah menimbang Memorandum Pengajian Tinggi (No. 871/2670/2009) dan bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik dengan objektif yang berikut:

  • Melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang TVET;
  • Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik agar selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara;
  • Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan siswazah berkualiti yang berdaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing;
  • Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi negara yang terbaik; dan
  • Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar.

Hala Tuju Transformasi Politeknik ini dilancarkan pada 25 Februari 2010 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merupakan permulaan usaha bagi membina upaya baharu politeknik untuk melestarikan pembangunan modal insan. Empat teras Hala Tuju Transformasi Politeknik yang dipersetujui pihak Jemaah Menteri adalah seperti berikut:

  • Pemerkasaan politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti;
  • Pembangunan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap politeknik;
  • Pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan peringkat tinggi;
  • Pembinaan imej dan budaya kerja cemerlang.

Bagi merealisasi agenda negara, Transformasi Politeknik mendukung Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi melalui inisiatif yang dilakukan mengikut 4 fasa yang berikut:

  • Fasa I: Quick Wins dan Transformasi Keinstitusian
  • Fasa II: Peningkatan ke arah Kecemerlangan
  • Fasa III: Pemerkasaan
  • Fasa IV: Kecemerlangan

Setiap fasa mempunyai kerangka berpandukan hasil yang diharapkan dan dikenalpasti. Justeru itu, hasil yang ingin dicapai adalah seperti berikut:

  • Politeknik sebagai institusi pilihan;
  • Siswazah yang mempunyai kebolehdayaan diambil bekerja serta berdaya keusahawanan; dan
  • Persepsi positif terhadap politeknik.

Senarai Politeknik Malaysia (Premier, Konvensional & Metro) sunting

  1.   Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak [7]
  2.   Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang [8]
  3.   Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah [9]
  4.   Politeknik Kota Bharu (PKB), Kota Bharu, Kelantan [10]
  5.   Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Kuching, Sarawak [11]
  6.   Politeknik Port Dickson (PPD), Port Dickson, Negeri Sembilan [12]
  7.   Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Kota Kinabalu, Sabah [13]
  8.   Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor [14]
  9.   Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor [15]
  10.   Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang [16]
  11.   Politeknik Melaka (PMK), Balai Panjang, Melaka [17]
  12.   Politeknik Kuala Terengganu (PKT), Kuala Terengganu, Terengganu [18]
  13.   Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu [19]
  14.   Politeknik Merlimau (PMM), Merlimau, Melaka [20]
  15.   Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak [21]
  16.   Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah [22]
  17.   Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sungai Air Tawar, Selangor [23]
  18.   Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis [24]
  19.   Politeknik Muadzam Shah (PMS), Bandar Muadzam Shah, Pahang [25]
  20.   Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Mukah, Sarawak [26]
  21.   Politeknik Balik Pulau (PBU), Balik Pulau, Pulau Pinang [27]
  22.   Politeknik Jeli (PJK), Jeli, Kelantan [28]
  23.   Politeknik Nilai (PNS), Bandar Enstek, Negeri Sembilan [29]
  24.   Politeknik Banting (PBS), Banting, Selangor [30]
  25.   Politeknik Mersing (PMJ), Mersing, Johor [31]
  26.   Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Hulu Terengganu, Terengganu [32]
  27.   Politeknik Sandakan (PSS), Sandakan, Sabah
  28.   Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL), Kuala Lumpur [33]
  29.   Politeknik Metro Kuantan (PMKU), Kuantan, Pahang [34]
  30.   Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), Johor Bahru, Johor [35]
  31.   Politeknik Metro Betong (PMBS), Betong, Sarawak [36]
  32.   Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Tasek Gelugor, Pulau Pinang [37]
  33.   Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Pagoh, Johor [38]
  34.   Politeknik Besut (PBT), Besut, Terengganu [39]
  35.   Politeknik Bagan Datuk (PBD), Bagan Datuk, Perak [40]
  36.   Politeknik Tawau (PTS), Tawau, Sabah [41]
(A) Politeknik PREMIER
Kampus Singkatan Nombor Politeknik Lokasi Penubuhan
  Politeknik Premier Perak
- Politeknik Ungku Omar PUO Politeknik Pertama Ipoh 1969
  Politeknik Premier Selangor
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah PSA Politeknik Ke-8 Shah Alam 1997
  Politeknik Premier Johor
- Politeknik Ibrahim Sultan PIS Politeknik Ke-9 Pasir Gudang 1998
(B) Politeknik KONVENSIONAL
Kampus Singkatan Nombor Politeknik Lokasi Penubuhan
  Politeknik Konvensional Perak
- Politeknik Sultan Azlan Shah PSAS Politeknik Ke-15 Behrang 2002
- Politeknik Bagan Datuk PBD Politeknik Ke-35 Bagan Datuk 2017
  Politeknik Konvensional Selangor
- Politeknik Sultan Idris Shah PSIS Politeknik Ke-17 Sungai Air Tawar 2003
- Politeknik Banting PBS Politeknik Ke-24 Banting 2007
  Politeknik Konvensional Melaka
- Politeknik Melaka PMK Politeknik Ke-11 Balai Panjang 1999
- Politeknik Merlimau PMM Politeknik Ke-14 Merlimau 2002
  Politeknik Konvensional Negeri Sembilan
- Politeknik Port Dickson PPD Politeknik Ke-6 Si Rusa 1990
- Politeknik Nilai PNS Politeknik Ke-23 Bandar Enstek 2007
  Politeknik Konvensional Johor
- Politeknik Mersing PMJ Politeknik Ke-25 Mersing 2009
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail PTSN Politeknik Ke-33 Pagoh 2014
  Politeknik Konvensional Pahang
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah POLISAS Politeknik Kedua Kuantan 1976
- Politeknik Muadzam Shah PMS Politeknik Ke-19 Muadzam Shah 2003
  Politeknik Konvensional Terengganu
- Politeknik Kuala Terengganu PKT Politeknik Ke-12 Kuala Terengganu 1999
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin PSMZA Politeknik Ke-13 Dungun 2001
- Politeknik Hulu Terengganu PHT Politeknik Ke-26 Hulu Terengganu 2008
- Politeknik Besut PBT Politeknik Ke-34 Besut 2017
  Politeknik Konvensional Kelantan
- Politeknik Kota Bharu PKB Politeknik Ke-4 Ketereh 1985
- Politeknik Jeli PJK Politeknik Ke-22 Jeli 2007
  Politeknik Konvensional Pulau Pinang
- Politeknik Seberang Perai PSP Politeknik Ke-10 Permatang Pauh 1998
- Politeknik Balik Pulau PBU Politeknik Ke-21 Balik Pulau 2007
  Politeknik Konvensional Perlis
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin PTSS Politeknik Ke-18 Arau 2003
  Politeknik Konvensional Kedah
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah POLIMAS Politeknik Ke-2 Jitra 1984
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah PTSB Politeknik Ke-16 Kulim 2003
  Politeknik Konvensional Sarawak
- Politeknik Kuching Sarawak PKS Politeknik Ke-5 Kuching 1987
- Politeknik Mukah Sarawak PMU Politeknik Ke-20 Mukah 2004
  Politeknik Konvensional Sabah
- Politeknik Kota Kinabalu PKK Politeknik Ke-7 Kota Kinabalu 1996
- Politeknik Sandakan PSS Politeknik Ke-27 Sandakan 2008
- Politeknik Tawau PTS Politeknik Ke-36 Tawau 2017

Politeknik METrO merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.

METrO adalah singkatan dari "Maximising Education & Training Opportunities".

Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.

Sehingga Disember 2013, terdapat lima Politeknik METrO telah beroperasi sepenuhnya. Politeknik METrO tersebut adalah:

(C) Politeknik METRO
Kampus Singkatan Nombor Politeknik Lokasi Penubuhan
  Politeknik METRO Kuala Lumpur
- Politeknik METRO Kuala Lumpur PMKL Politeknik Ke-28 Taman Setiawangsa 2012
  Politeknik METRO Johor
- Politeknik METRO Johor Bahru PMJB Politeknik Ke-30 Johor Bahru 2013
  Politeknik METRO Pahang
- Politeknik METRO Kuantan PMKU Politeknik Ke-29 Kuantan 2012
  Politeknik METRO Pulau Pinang
- Politeknik METRO Tasek Gelugor PMTG Politeknik Ke-32 Tasek Gelugor 2013
  Politeknik METRO Sarawak
- Politeknik METRO Betong PMBS Politeknik Ke-31 Betong 2013

Lagu Politeknik Malaysia sunting

Politeknik adalah warisan kita [42]

Membekal tenaga bidang teknikal [43]

Bersama membina kemajuan negara [44]

Malaysiaku tercinta [45]

Ilmu akhlak mulia asas jaya [46]

Itulah amalan hidup kita [47]

Di mana sahaja Politeknik berada [48]

Harapan tetap sama [49]


Chorus:

Politeknik ku sanjung jasa-jasamu [50]

Mencipta lembaran sejarah [51]

Harapan impian kan menjadi nyata [52]

Tekad, takwa, usaha [53]

Penentu arah [54]

Maju Politeknik ayuh maju [55]

Semangatmu merestui perjuanganku [56]

Teknologi teras pembangunan Negara [57]

Politeknik Malaysia [58]

Rujukan sunting

https://www.sinarharian.com.my/article/91109/berita/mahkamah/pensyarah-tidak-mengaku-salah-buat-tuntutan-palsu