Filipina mempunyai kerajaan demokrasi yang berbentuk republik berperlembagaan dengan sistem presiden.[1] Ia ditadbir sebagai negara kesatuan kecuali Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) yang amat bebas dari ikatan kerajaan pusat. Adanya cubaan untuk menukarkan bentuk kerajaan kepada persekutuan, ekadewan, atau kerajaan berparlimen sejak pemerintahan Ramos.[2][3]

Kerajaan Republik Filipina
Umum
Pembentukan23 Januari 1899 (Republik Filipina Pertama)
15 November 1935 (Komanwel Filipina)
14 Oktober 1943 (Republik Filipina Kedua)
4 Julai 1946 (Republik Ketiga)
(Republik Keempat)
February 2, 1987 (Republik Kelima)
NegaraFilipina Sunting ini di Wikidata
Bidang kuasaFilipina
Laman sesawangwww.gov.ph
Cabang perundangan
PerundanganKongres
Tempat persidanganSenat: Wisma GSIS
Dewan Perwakilan: Batasang Pambansa
Cabang eksekutif
KetuaPresiden Filipina
Dilantik olehUndian popular terus-menerus
Ibu pejabatIstana Malacañang
Alat utamaJabatan eksekutif
Jabatan20
Cabang kehakiman
MahkamahMahkamah Agung
PusatPadre Faura, Manila
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden memegang peranan ketua negara dan ketua kerajaan sekaligus, lagipun merupakan panglima agung Angkatan Tentera Filipina. Presiden dipilih secara pilihan raya untuk satu penggal enam tahun. Dalam sepenggal itu beliau melantik dan mengetuai sebuah jemaah menteri. Kongres Filipina yang dwidewan terdiri daripada Senat sebagai dewan atas yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal enam tahun, dan Dewan Perwakilan sebagai dewan bawah yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal tiga tahun.

Ahli-ahli Senat atau Senator dipilih oleh serata negara sementara ahli-ahli Dewan Perwakilan terpilih oleh daerah perwakilan masing-masing. Kuasa kehakiman terletak di Mahkamah Agung yang terdiri daripada Hakim Besar selaku pengerusi dan 14 orang hakim bersekutu (associate justices), semuanya dilantik oleh Presiden daripada pencalonan yang diserahkan oleh Majlis Peguam dan Kehakiman.

Pilihan raya ditadbir oleh badan bebas Commission on Elections tiga tahun sekali bermula 1992. Diadakan pada Isnin kedua bulan Mei, pemenang-pemenang pilihan raya mengambil jawatan pada 30 Jun.

Kerajaan tempatan dihasilkan oleh unit-unit kerajaan tempatan dari peringkat wilayah, bandar, perbandaran dan barangay. Biarpun kebanyakan bahagian tiada kuasa pemerintahan dan wujud semata-mata atas tujuan memudahkan pentadbiran, namun bahagian autonomi memiliki lebih banyak kuasa daripada unit-unit kerajaan tempatan. Sungguhpun unit-unit kerajaan tempatan menikmati autonomi, kebanyakan peruntukan bajetnya datang dari kerajaan pusat maka autonomi itu sebenarnya diragui. Economist Intelligence Unit menilai Filipina sebagai "demokrasi pincang" pada 2016.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Country description". US State Department Website. US State Department Website. January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada January 3, 2012. Dicapai pada January 24, 2012. The Philippines is an emerging economy with a democratic system of government.
  2. ^ Robles, Alan C. (July–August 2008). "Civil service reform: Whose service?". D+C. Internationale Weiterbildung und Entwicklung [InWEnt]. 49: 285–289. Diarkibkan daripada yang asal pada December 2, 2008. Dicapai pada November 30, 2008.
  3. ^ Bigornia, Amante (September 17, 1997). "The 'consultations' on Charter change". The Manila Standard. Dicapai pada December 13, 2009.
  4. ^ solutions, EIU digital. "Democracy Index 2016 - The Economist Intelligence Unit". www.eiu.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-11-30.