Politik dan Kerajaan Iran adalah berdasarkan sistem Negara Islam. Oleh itu, Iran adalah sebuah negara teokrasi yang dipimpin oleh ulama' dan agama rasminya ialah Syiah Islam, mazhab imam Jaafar iaitu Usuli.

Situasi Politik Di Iran sunting

Selepas Revolusi Iran, politik Iran mengalami keributan akibat Perang Iran Iraq, perebutan kuasa politik dan juga kondisi ekonomi yang terjejas teruk. Iran juga mempunyai hubungan yang keruh dengan Amerika selepas revolusi itu berikutan penawanan kedutaan Amerika di Teheran oleh sekumpulan mahasiswa Iran. Pada hari ini, Switzerland bertanggungjawab menjadi perwakilan Amerika di Iran.

Pemimpin Agung sunting

Pemimpin Agung Iran bertanggung jawab terhadap kebijakan umum Republik Islam ini. Beliau juga merupakan ketua pasukan bersenjata Iran dan juga mempunyai kuasa mengisytiharkan perang. Tanggung jawab lain pula ialah sebagai ketua kehakiman, ketua rangkaian radio dan televisyen, dan juga berkuasa melantik enam daripada dua belas ahli Majlis Wali Iran. Pemimpin Agung dilantik oleh Majlis Pakar dan majlis ini juga berkuasa memecat beliau. Selain itu, Majlis Pakar juga bertanggung jawab mengawasi kerja-kerja Pemimpin Agung.

Kuasa Eksekutif sunting

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Iran, Presiden Iran adalah orang kedua tertinggi dalam kerajaan Iran. Presiden Iran dilantik melalui pilihan raya umum dan akan menjalankan tugas selama empat tahun. Semua rakyat Iran yang berumur 18 tahun dan keatas[1] berhak mengundi untuk presiden. Setiap calon presiden pula haruslah mendapat kelulusan daripada Majlis Wali Iran sebelum menjalankan tugas. Tanggung jawab presiden pula ialah memastikan perlembagaan Iran dilaksanakan dan juga melaksanakan kuasa eksekutif kecuali bidang kuasa yang berhubung terus dengan Pemimpin Agung. Presiden juga mempunyai kuasa melantik dan mengawasi ahli-ahli kabinet, membuat keputusan bagi pihak kerajaan, dan juga meluluskan beberapa kebijakan kerajaan sebelum dibawa ke badan perundangan. Sehingga ke hari ini, terdapat 10 timbalan presiden berkhidmat dibawah presiden dan juga terdapat 21 menteri bertugas dibawah pimpinan presiden dan perlantikan mereka haruslah mendapat kelulusan badan perundangan. Tidak seperti republik-republik lain, Presiden Iran tidak mempunyai kuasa dalam pasukan bersenjata walaupun beliau berkuasa melantik Menteri Pertahanan dan Perisikan dan perlantikan ini haruslah mendapat kelulusan Pemimpin Agung.

Badan Perundangan sunting

Fail:DSC--Majlis5323.JPG
Majlis, parlimen Iran

Badan perundangan Iran adalah berbentuk tunggal. Sebelum Revolusi Iran, badan perundangan ini terdiri daripada dua dewan utama, tetapi Dewan Senat Iran dibubarkan menerusi perlembagaan baru Iran.

Majlis (Parlimen) sunting

Majles e-Shura Eslami (Majlis Syura Islam), mempunyai keahlian seramai 290 orang yang dilantik menerusi pilihan raya setiap empat tahun sekali. Kesemua ahli-ahli parlimen haruslah mendapat kelulusan Majlis Wali Iran.

Majlis Wali sunting

Majlis Wali terdiri daripada 12 pakar undang undang termasuklah enam ulama yang dilantik oleh Pemimpin Agung. Enam pakar undang-undang lain diundi oleh parlimen Iran yang dinamakan Majlis dan keenam-enam mereka dicalonkan oleh Ketua Kehakiman Iran. Majlis ini menafsirkan perlembagaan Iran dan bisa menolak rang undang-undang yang diluluskan parlimen yang dianggap tidka sesuai dengan perlembagaan atau undang-undang Syariah. Rang undang-undang ini kemudiannya akan dirujuk semula di parlimen.

Majlis Penyesuaian sunting

Majlis Penyesuaian Iran bertanggung jawab untuk menyelesaikan perselisihan antara Parlimen Iran dengan Majlis Wali Iran. Ia juga bertindak sebagai badan penasihat kepada Pemimpin Agung dan secara tidak langsungnya menjadi badan yang paling berpengaruh dalam pentadbiran negara.

Badan kehakiman sunting

Pemimpin Agung Iran berkuasa melantik ketua kehakiman negara. Ketua kehakiman pula berkuasa melantik ketua hakim mahkamah agung Iran dan juga ketua pendakwa raya awam. Terdapat beberapa jenis mahkamah di Iran dan ia terbahagai kepada dua kumpulam iaitu mahkamah awam yang mengendalikan kes-kes jenayah umum, dan kedua ialah mahkamah Revolusi yang mengendalikan kes-kes mengenai keselamatan negara. Keputusan mahkamah Revolusi adalah tetap dan tiada permohonan semula dibenarkan. Terdapat juga mahkamah untuk ulama yang melanngar undang-undang negara. Mahkamah ini secara praktiknya adalah bebas dan hanya menerima arahan dari pemimpin agung. Sepeti mahkamah Revolusi, keputusan mahkamah ini adalah tetap dan tidak boleh diubah.

Majlis Pakar sunting

Majlis Pakar berhimpun setiap dua hari setahun selama dua hari[2]. Ahlinya adalah kumpulan ulama yang dilantik oleh rakyat Iran untuk berkhidmat selama lapan tahun. Berdasarkan undang-undang Iran, calon untuk untuk majlis ini perlulah menjalani sebuah ujian bertulis untuk menguji kemampuan mereka dalam ijtihad. Majlis ini berkuasa melantik pemimpin agung dan juga berkuasa untuk memecat beliau pada bila-bila masa sahaja.

Parti-Parti Politik Dan Pilihan Raya sunting

Pada pilihan raya 2004, Menteri Hal Ehwal Dalaman Iran mengumumkan hanya lima puluh peratus penduduk Iran yang mengundi. Kehadiran yang paling rendah dalam sejarah Republik ini. Majlis Wali pula mengumumkan kehadiran adalah sekitan enam puluh peratus. Calon konservatif memenangi undi majoriti (156 kerusi), calon reformasi menerima 40 kerusi iaitu 40% undi dan calon bebas memenangi 34 kerusi.


Pentadbiran Wilayah sunting

Iran mempunyai 30 wilayah iaitu Ardabil, Azarbayjan-e Gharbi, Azarbayjan-e Sharqi, Bushehr, Chahar Mahall dan Bakhtiari, Isfahan, Fars, Gilan, Golestan, Hamadan, Hormozgan, Ilam, Kerman, Kermanshahan, Khorasan Utara, Khorasan, Khorasan Selatan, Khuzestan, Kohkiluyeh dan Buyer Ahmad, Kordestan, Lorestan, Markazi, Mazandaran, Qom, Qazvin, Semnan, Sistan va Baluchestan, Tehran, Yazd, dan Zanjan. Setiap wilayah diperintah oleh seorang gabenor dan dibahagikan kepada beberapa daerah, mukim dan kampung.

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ www.ilna.ir/shownews.asp?code=385408&code1=15
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-07. Dicapai pada 2007-03-17.

Pautan Luar sunting

Kementerian Iran sunting

Pautan Kerajaan Iran Lain sunting

---