Politik di Australia

Kerajaan Persekutuan sunting

Kerajaan Australia ialah di dalam bentuk kerajaan persekutuan. Kerajaan persekutuan terdiri dari Parlimen Australia (cabang legislatif), Perdana Menteri (cabang eksekutif), dan Mahkamah Persekutuan atau "Federal Court" (cabang kehakiman). Ketiga-tiga cabang ini saling memeriksa dan mengimbang antara satu sama lain.

Cabang Legislatif sunting

Parlimen Australia adalah dwidewan dan terdiri dari Dewan Perwakilan Rakyat atau "House of Representatives" dan Dewan Senat atau "Senate".

Dewan Rakyatnya terdiri dari 150 anggota, yang dipilih oleh rakyat dari kawasan pilihan raya masing-masing.

Senat pula terdiri dari

Ahli-ahli Perwakilan Rakyat melalui sistem pilihan raya majoriti mudah.

Kebanyakan rang undang-undang (bills) boleh diperkenalkan sama ada di "House of Representatives" atau "Senate". Sekiranya kedua-dua Dewan meluluskan rang undang-undang tersebut, Gabenor General akan di minta untuk menandatangani dan meluluskannya sebagai Akta.

Cabang Eksekutif sunting

Australia mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Ketua negaranya ialah Ratu Elizabeth II yang diwakili oleh Gabenor Jeneral. Gabenor Jeneral Australia adalah dilantik oleh Ratu Elizabeth II setiap lima tahun. Peranan dan kuasa Gabenor Jeneral hampir sama dengan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia. Antaranya termasuklah:

  • membubarkan Parlimen dan mengisytiharkan pilihan raya yang baru;
  • mengisytiharkan Perdana Menteri yang baru dan melantik Menteri-menteri yang lain selepas pilihan raya;
  • meluluskan undang-undang yang melalui Dewan Parlimen - Senate dan House of Representatives;
  • melantik semua Hakim Persekutuan; Duta dan Pesuruhjaya Tinggi yang bertugas di seberang laut dan pegawai kanan kerajaan;
  • memberi pengampunan melalui hak prerogative of mercy;

Disamping itu beliau juga berperanan sebagai Panglima Perang Australian Defence Force, semua staf militari berada di bawah bidangkuasanya. Walaupun begitu, secara praktiknya beliau hanya bertindak atas nasihat menteri-menteri serta Kabinet. Menteri Pertahanan adalah bertanggungjawab atas polisi pertahanan Australia.

Namun demikian kuasa eksekutif sebenarnya ialah ditangan Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat jelata. Kebanyakan kuasa eksekutif yang membabitkan rakyat dan kewangan negara adalah dibawah nasihat Perdana Menteri.

Cabang Kehakiman sunting

Kerajaan Negeri sunting

Kerajaan Tempatan sunting