Polo [po-lo] ialah sejenis sukan berpasukan yang mana matlamatnya adalah menjaringkan gol ke atas pasukan lawan sambil menunggang kuda. Sukan yang terkenal dengan gelaran "Sukan Para Raja" ini paling banyak dilariskan oleh golongan bangsawan di United Kingdom. Pemain mendapat markah dengan memukul sebiji bola putih kecil buatan plastik atau kayu ke dalam gawang pasukan lawan dengan menggunakan sebatang kayu pemukul yang berpemegang panjang.

Pemain polo

Sukan polo tradisional dimainkan dengan lajunya di atas sebuah padang rumput yang sepanjang 300 ela. Setiap pasukan polo terdiri daripada empat orang penunggang dan kuda-kuda mereka. Dalam polo arena pula, satu pasukan hanya terdiri daripada tiga pemain, apatah lagi ia melibatkan lebih banyak taktik pada kelajuan yang lebih perlahan dan masa bermain yang lebih singkat disebabkan gelanggang yang tidak sebesar polo tradisional. Polo dimainkan secara profesional di 16 buah negara dan bukan sebuah sukan Olimpik. Polo Juga Dikenali sebagai Kuda

Sejarah sunting

Asal-usul sunting

Kegiatan bermain bola sambil berkuda ini mula-mula dilangsungkan di Parsi (Iran) sekitar abad ke-2 SM[1] hingga abad pertama Masihi.[2] Asalnya, polo merupakan permainan latihan bagi tentera berkuda, iaitu lazimnya pengawal diraja atau bala tentera elit yang seumpamanya. Sukan ini umpama pertempuran mini bagi puak-puak berperang yang bermain dengan sebanyak 100 orang dalam sepasukan.[3] Lama-kelamaan, polo menjadi salah satu sukan kebangsaan Iran yang diceburi oleh golongan bangsawan. Sukan polo disertai oleh kaum lelaki dan juga wanita, seperti yang ditunjukkan oleh kisah Raja Khosrow II Parviz dan orang-orang istananya berlawan dengan ratunya dan orang-orang suruhannya pada abad ke-6 Masihi.[4] Semestinya tinggalan sastera dan seni Parsi memberikan pengisahan yang paling menyeluruh tentang polo dalam sejarah purba. Ferdowsi, seorang pemuisi dan sejarawan Iran yang terkemuka, mencatatkan beberapa kisah pertandingan polo diraja dalam epik Shahnameh (Hikayat Para Raja) pada abad ke-9. Dalam pengisahan yang terawalnya, Ferdowsi dengan romantiknya mengolah sebuah perlawanan antarabangsa antara angkatan Turan dan para pengikut Siyâvash, seorang putera legenda dari abad-abad terawal Empayar berkenaan; pemuisi itu memberikan sanjungan yang mengharukan terhadap kemahiran Siyâvash di atas padang polo. Ferdowsi juga bercerita tentang Maharaja Shapur II dari wangsa Sassan pada abad ke-4 yang belajar bermain polo sewaktu hanya berusia tujuh tahun. Dataran Naqsh-i Jahan di Isfahan sebenarnya merupakan sebidang padang polo yang dibina oleh Raja Abbas I pada abad ke-17.

 
Dataran Naqsh-e Jahan di Isfahan merupakan tapak padang polo diraja zaman silam.[5]

Sultan Qutb-ud-din Aibak, selaku Maharaja Turkik di India Utara, memerintah selama empat tahun, iaitu mulai 1206 hingga 1210 ketika beliau mangkat akibat kemalangan ketika bermain polo. Ketika bermain polo, kudanya jatuh menyebabkan baginda tertusuk bonggol pelananya. Baginda disemadikan dekat pasar Anarkali di Lahore (kini di Pakistan).

Pada zaman pertengahan, polo tersebar luas dari Parsi ke wilayah Byzantium (di mana ia bergelar tzykanion), dan juga kuasa-kuasa penakluk Islam dari wangsa Ayyubiyah dan Mamluk dari Mesir dan Levant, hingga ia menjadi sukan yang paling digemari oleh golongan elitnya. Sultan-sultan yang terkenal seperti Salahuddin dan Baibars dikenali kerana bermain dan menggalakkan sukan ini di dalam istana.[6] Lukisan kayu pemukul polo terdapat pada daun terup kuno Mamluk.

 
Lukisan kenit Parsi daripada puisi Guy-o Chawgân ("Bola dan Pemukul Polo") dari Parsi zaman Wangsa Safawiyah, yang menunjukkan orang-orang istana Parsi bermain polo sambil berkuda, 1546 M

Lama-kelamaan, sukan polo disebarkan dari rantau Parsi ke rantau-rantau lain di Asia, termasuklah benua kecil India[7] dan China, sehingga ia mendapat sambutan yang memberangsangkan sewaktu Wangsa Tang dan sering digambarkan pada lukisan dan patung. Sebagai sukan yang penting untuk melatih askar berkuda, polo tersebar lagi sejauh Constantinople dan Jepun menjelang Zaman Pertengahan. Dikenali di rantau Timur sebagai Sukan Para Raja,[4] nama sukan "polo" dipercayai berasal dari bahasa Tibet iaitu perkataan pulu yang bermaksud bola.[8]

 
Orang-orang istana China zaman Dinasti Tang bermain polo, 706 M
 
Patung terakota pemain polo wanita, Dinasti Tang, awal abad ke-8, Musée Guimet, Paris

Polo moden sunting

India dan Britain sunting

Sukan polo moden, biarpun diformalkan dan dilariskan oleh bangsa British, sebenarnya berasal dari Manipur (kini sebuah negeri India) di mana sukan ini dikenali sebagai Sagol Kangjei, Kanjai-bazee, or Pulu.[9] Maka dalam penyebaran sukan bola berkuda ini ke bangsa-bangsa Barat, nama "polo" dipetik daripada nama Pulu, sempena bola kayu yang digunakan dalam sukan ini.

Asal-usul sukan polo di Manipur disusur-galurkan kepada pelopor terawal Sagol Kangjei.[10] Sagol Kangje merupakan salah satu daripada tiga bentuk hoki yang digiatkan di Manipur, selain hoki padang (Khong Kangjei) dan hoki gusti (Mukna Kangjei). Upacara-upacara amal sedemikian adalah berkaitan dengan Marjing, Dewa Polo Berkuda Padi Bersayap dan episod-episod upacara penciptaan dalam perayaan Lai Haraoba yang melakonkan semula riwayat putera Marjing, iaitu Khori-Phaba, dewa sukan yang bermain polo. Maka dengan itu, asal-usulnya mungkin wujud lebih awal daripada yang tercatat dalam sejarah Manipur dari seawal abad pertama Masihi. Kelab polo moden yang pertama ditubuhkan di bandar Silchar, negeri Assam, India, pada tahun 1834.

 
Padang polo lama di Imphal, Manipur

Di Manipur, polo pada asalnya diadakan dengan tujuh pemain sepasukan. Para pemain menunggang kuda padi tempatan Manipur yang tingginya kurang daripada 13 tangan (52 inci, 132 cm). Tiadanya gawang, sebaliknya pemain boleh mendapat mata dengan memukul bola ke mana-mana tepi padang begitu sahaja. Para pemain juga dibenarkan untuk memegang bola, meskipun itu memudahkanpihak lawan untuk merebut bola itu. Kayu pemukul diperbuat daripada rotan sementara bola terhasil daripada akar buluh. Gentel-gentel kain berwarna-warni dipakaikan pada anggota badan kuda padi yang sensitif dan rentan demi perlindungan. Pemain melindungi kakinya dengan memasang pelindung kulit pada pelana dan tali perut.[11]

Di Manipur, sukan ini bukan sahaja disertai oleh golongan kaya, bahkan juga orang keramaian yang memiliki kuda padi.[8] Raja-raja Manipur memiliki sebidang padang polo diraja royal polo dalam lingkungan baluarti Kubu Kangla. Di sinilah mereka bermain Manung Kangjei Bung ("Tanah Polo Dalaman"). Perlawanan polo umum pula diadakan hingga masa kini di Mapan Kangjei Bung ("Tanah Polo Luaran") yang terletak dekat luar Kangla sahaja. Perlawanan mingguan itu Hapta Kangjei ("Polo Mingguan") turut dilangsungkan di sebuah padang polo di luar perkarangan Istana masa kini.

Padang polo yang terlama di dunia ialah Padang Polo Imphal di negeri Manipur. Sejarah padang ini tercatat dalam riwayat diraja Cheitharol Kumbaba yang bermula pada tahun 33 Masihi. Leftenan Sherer, iaitu bapa polo moden mengunjungi negeri itu dan bermain di atas padang polo ini pada 1850-an. Lord Curzon, Wizurai India mengunjungi negeri ini pada tahun 1901 lalu mengukur padang ini dengan panjang 225 ela dan lebar 110 ela. Dataran polo diraja yang terlama pula ialah Padang Polo Gilgit yang dibuka di Pakistan pada abad ke-16, sementara padang polo yang tertinggi di dunia, iaitu Shandur, terletak di daerah Chitral, Pakistan pada aras 4307 meter (14,000 kaki). Sebuah kejohanan polo tradisional antara pasukan Chitral dan Gilgit berlangsung setiap Julai. Maj Cobb dari Raj British ialah seorang peminat polo yang sering berkunjung ke Shandur untuk bermain polo atas jemputan Mehtar Chitral.

Pada tahun 1862, kelab polo tertua yang masih wujud, iaitu Calcutta Polo Club, ditubuhkan oleh dua orang askar British, iaitu Kapten Robert Stewart dan Mejar Jeneral Joe Shearer.[12] Lambat-laun, mereka juga menyebarkan sukan itu kepada sahabat handai mereka di England. Bangsa British dikenang kerana menyebarkan sukan polo ke seluruh dunia pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sukan ini diimport oleh para pegawai tentera ke Britain pada 1860-an. Kelab-kelab polo ditubuhkan di serata England dan Eropah Barat selepas peraturan-peraturan dikanunkan.[11] Husar ke-10 di Aldershot, Hants, memperkenalkan polo di England pada tahun 1834. Lembaga pentadbir polo di United Kingdom ialah Hurlingham Polo Association yang membuat peraturan-peraturan rasmi British yang pertama pada tahun 1874; kebanyakan peraturan tersebut masih berkuatkuasa hari ini.

Polo versi moden yang diperkenalkan pada abad ke-19 ini amat berbeza daripada sukan bola berkuda yang ditemui di Manipur. Permainannya agak perlahan dan teratur, tanpa banyak hantaran bola sesama pemain dan beberapa gerak terancang tertentu yang dilakukan oleh pemain tanpa bola. Pemain dan kuda tidak terlatih untuk bermain secara laju tanpa henti. Bentuk polo ini tiada kaedah-kaedah agresif dan kemahiran ekuestrian. Pada 1800-an hingga 1910-an, persada polo antarabangsa dikuasai oleh pasukan-pasukan dari kerajaan-kerajaan kecil di India.[11]

Polo menikmati sambutan hangat di Argentina, Brazil, Chile, Mexico, Pakistan dan Amerika Syarikat.[13][14][15]

Argentina sunting

 
Kejohanan Polo di Argentina

Sementara itu, pendatang British di kawasan pampas Argentina mulai menceburi sukan polo sewaktu masa lapang. Di kalangan mereka, David Shennan dikenang kerana menganjurkan perlawanan polo yang pertama di negara ini pada tahun 1875. Sukan ini juga disambut baik oleh kaum gaucho yang mahir, sehingga kelab-kelab polo pun ditubuhkan di Santa Fe dan Buenos Aires pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 1892, Persatuan Polo Río de la Plata ditubuhkan dan dijadikan asas untuk Persatuan Polo Argentina masa kini. Acara polo di Sukan Olimpik di Paris 1924 dan Berlin 1936 dimenangi oleh pasukan Argentina.[16] Semenjak itu, polo tersebar luas ke merata negara Amerika Selatan itu.

Amerika Syarikat sunting

Pada 6 Mei 1876, James Gordon Bennett, Jr. menganjurkan perlawanan polo yang diuar-uarkan sebagai yang sulung di Amerika Syarikat di Dickel's Riding Academy yang terletak di di 39th Street dan Fifth Avenue di Bandaraya New York. Pada 13 Mei 1876, Jerome Park Racetrack di kaunti Westchester merupakan tapak berlangsungnya perlawanan polo luar bangunan yang "pertama" di Amerika; tidak lama kemudian, Bennett bersama H.L. Herbert mengasaskan Kelab Polo Westchester.[17] Bapa-bapa pengasas polo di Amerika memainkan peranan penting dalam mengasaskan dan memupuk sukan polo di Amerika Syarikat. H.L. Herbert bersama James Gordon Bennett dan August Belmont membiayai New York Polo Grounds yang asal.

Bagaimanapun, terdapat bukti secukupnya bahawa golongan terawal yang bermain polo di Amerika adalah penduduk Texas berketurunan Inggeris. Pada 2 Mei 1876, akhbar Galveston News menyiarkan rencana bahawa Denison Texas sudah pun menubuhkan sebuah kelab polo sebelum Bennett menubuhkan Kelab Westchester atau melangsungkan perlawanan "pertama" itu. Pasukan Denison menghantar sepucuk surat kepada James Gordon Bennett sebagai cabaran untuk beradu dalam sukan polo. Cabaran tersebut disiarkan dalam akhbar Galveston Daily News pada 2 Jun 1876; ketika rencana itu keluar, Kelab Denison sudah pun menerima surat balasan dari Bennett bahawa cabaran itu sudah pun ditawarkan sebelum perlawanan "pertama" di New York.[18]

Juga pernah diperkatakan bahawa permainan polo yang sulung di Amerika berlangsung di Balcones Ranch[19], sebuah ladang terkenal yang diasaskan oleh seorang bekas pegawai tentera British, Kapten Glynn Turquand di Boerne, Texas. Legenda Boerne ini juga mengutarakan banyak bukti bahawa polo dimainkan di Boerne sebelum James Gordon Bennett Jr. sempat menyentuh kayu pemukul polo.

Pada awal abad ke-20, di bawah kepimpinan Harry Payne Whitney, polo berubah menjadi sukan berkelajuan tinggi di AS, banyak berbeza dengan polo di England, iaitu melibatkan hantaran jarak dekat untuk menghalakan bola ke arah gawang lawan.

Peraturan sunting

Peraturan-peraturan polo disediakan demi keselamatan para pemain dan kuda, dan dikuatkuasakan sewaktu perlawanan oleh pengadil yang meniup wisel apabila berlakunya penalti. Strategi bermain polo berasaskan "garisan bola" iaitu garisan bayangan yang dibuat oleh bola yang bergolek ke serata padang. Garisan ini menjejaki perjalanan bola dan melampaui bola itu sepanjang trajektorinya. Garisan bola ini menetapkan peraturan bagi pemain untuk menghampiri bola dengan selamat. "Garisan bola" berubah setiap kali bola itu berubah arah. Pemain yang memukul bola biasanya mendapat hak laluan (kebenaran untuk melintasi garisan bola), sementara pemain-pemain yang lain tidak boleh melintas garisan terbabit di depan pemain itu. Apabila mendekati bola, pemain menunggang ke sebelah garisan itu untuk mendekati bola. Pemain boleh melintasi garisan bola jika ia tidak mendatangkan bahaya. Kebanyakan faul dan pukulan penalti berkenaan dengan pemain yang terlintas garisan bola atau hak laluan secara tidak betul. Apabila garisan bola berada di sebelah kanan pemain, maka pemain itu mendapat hak laluan. "Ride-off" berlaku apabila seseorang pemain menolak pemain lain keluar dari garisan bola dengan bersendel bahu sesama kuda.

Pemain pertahanan mempunya pelbagai peluang untuk merampas bola bagi pihak pasukannya. Pemain itu boleh menolak lawan keluar dari garisan bola atau merampas bola itu terus dari lawan. Satu lagi taktik pertahanan yang sering digunakan ialah "hooking", iaitu apabila seseorang pemain mengayunkan kayu pemukul ke arah bola, lawannya boleh menghalang ayunan itu dengan kayu pemukulnya untuk "mencangkukkan" kayu pemukul pemain lawan yang hendak memukul bola itu. Pemain itu hanya boleh membuat hooking apabila berada di sebelah yang mana ayunan dibuat, atau betul-betul di hadapan atau di belakang lawan. Pemain tidak boleh sengaja menyentuh pemain lain, jelujur atau kudanya dengan kayu pemukul. Hooking secara bahaya adalah faul yang mendatangkan pukulan penalti. Misalnya, pemain melakukan faul apabila menyentuh kuda lawan dengan kayu pemukul dalam cubaan hooking.

Satu lagi taktik pertahanan yang sering dilakukan ialah bersendel bahu atau ride-off, yang mana pemain menunggang kudanya dekat dengan kuda lawan untuk menyigung lawan itu keluar dari garisan bola atau menjauhkannya dari bola. Ia mesti dilakukan dengan betul supaya tidak membahayakan keselamatan kuda atau pemain. Sudut sentuhannya mestilah selamat dan tidak boleh menghentak kuda itu hingga hilang imbangan ataupun mencederakan kuda. Dua pemain yang menjejaki garisan bola sambil menyigung satu sama lain mendapat hak laluan ke atas mana-mana pemain lain yang datang dari mana-mana arah.

Seperti mana sukan berpasukan yang lain, faul merupakan cara bermain yang boleh mendatangkan bahaya dan melanggar peraturan. Bagi penonton yang baru, faul mungkin sukar dikesan. Pukulan penalti diberikan berasaskan seteruk mana faul itu dan di mana faul itu dilakukan atas padang. Garisan-garisan putih yang ditandakan atas padang polo menunjukkan di mana penalti tengah padang, 60, 40 dan 30 ela dikenakan.

Kuda polo sunting

 
Kuda polo menunggu perlawanan bermula.

Kuda polo berukuran tinggi 14.2 hingga 16 lebar tangan hingga ke kumba, dan berat 900–1100 paun. Kuda polo ini dipilih dengan teliti berdasarkan pecutan, stamina, ketangkasan dan kemudahan pengendalian. Pembawaan kuda itu amat penting kerana kuda itu mestilah kekal responsif apabila berdepan dengan tekanan dan tidak menjadi terganggu dan sukar dikawal. Kebanyakan kuda adalah belima atau kacukan belima. Ia dilatih supaya dikemudi dengan sebelah tangan pada tali kekang, serta bergerak balas terhadap isyarat kaki dan beban penunggang untuk bergerak ke hadapan, membelok dan berhenti. Kuda yang cukup terlatih boleh membawa penunggangnya ke arah bola dengan lancar dan cepat, dan boleh menyumbang kepada 60 hingga 75 peratus kemahiran pemain dan nilai bersih kepada pasukannya.

Latihan polo secara umumnya bermula pada usia tiga tahun dan diadakan selama enam bulan hingga dua tahun. Kebanyakan kuda mencapai kematangan jasmani yang penuh sekitar umur 5 tahun, dan mencapai kemuncak kecergasan sekitar umur 6 atau 7 tahun. Jika tidak ditimpa kemalangan, kuda polo mampu bermain hingga umur 18-20 tahun.

Setiap pemain mestilah memiliki lebih daripada seekor kuda, supaya kuda yang letih boleh ditukar dengan kuda yang baru di tengah perlawanan ataupun ketika waktu rehat. Seorang pemain boleh menyimpan dua atau tiga ekor untuk perlawanan Gawang Rendah, empat ekor atau lebih bagi perlawanan Gawang Sederhana, ataupun banyak lagi bagi perlawanan yang lebih sengit.

Pemain sunting

 
Pasukan polo remaja perempuan di Amerika Syarikat.

Setiap pasukan terdiri daripada empat pemain berkuda yang boleh terdiri daripada lelaki dan wanita.

Setiap kedudukan yang ditugaskan kepada seorang pemain membawa tanggungjawab yang tertentu:

  • No. 1 merupakan penyerang utama di atas padang. Kedudukan No. 1 selalunya merintangi No. 4 pasukan lawan.
  • No. 2 juga merupakan penyerang penting, sama ada berjalan terus dan menjaringkan gol sendiri, atau menghantar bola kepada No. 1 lalu menyokongnya. Dari segi pertahanan, mereka akan merintang No. 3 lawan, iaitu pemain terbaik pasukan itu. Disebabkan kesukaran kedudukan ini, selalunya pemain terbaik pasukan melawan No. 2 asalkan seorang lagi pemain handalan dapat melawan No. 3.
  • No. 3 merupakan pemimpin taktik dan mestilah cukup kuat untuk menghantar bola ke arah No. 2 dan No. 1 serta memastikan kekuatan pertahanan. Pemain terbaik pasukan ini lazimnya pemain No. 3 yang selalunya mendapat handikap tertinggi.
  • No. 4 merupakan pemain pertahanan utama. Dia boleh menunggang ke mana-mana atas padang, tetapi lazimnya cuba menghalang bola daripada memasuki gawang. Penekanan No. 4 terhadap pertahanan membolehkan No. 3 lebih mencuba serangan, memandangkan mereka sedar bahawa mereka akan dirintangi jika terlepas bola.

Polo mesti dimainkan dengan tangan kanan.

Kelengkapan sunting

 
Pemain polo remaja perempuan Iran.
 
Pemain polo yang memakai pad lutut, menyigung pemain lawan

Pakaian sunting

Pakaian asas pemain polo terdiri daripada topi keledar ekuestrian (yang berwarna supaya mudah dibezakan oleh penonton), but yang tingginya sampai bawah lutut, seluar panjang putih (biasanya buatan denim biasa), dan kemeja khas berwarna yang tertera nombor kedudukan pemain. Selain itu, pemain boleh dilengkapi sarung tangan, jalur pergelangan tangan, pad kaki (yang diwajibkan di sesetengah kelab), pacu, topeng, dan cemeti. Pemain polo sering mencukur atau menyapukan lilin pada paha dan punggung untuk mengelakkan pelecetan, tetapi ramai pemain baru yang lebih gemar memakai seluar ketat atau seluar basikal. [20]

Bola sunting

Bola polo luar diperbuat daripada plastik yang amat tahan lasak, tetapi dahulunya diperbuat daripada akar buluh atau dedalu, berukuran garis luar 3¼ inches (8.3 cm) dan berat kira-kira 4 auns (113.4 g). Bola polo dalam pula disaluti kulit dan diisi udara, dan ukuran garis pusatnya sekitar 4½ inci (11.4 cm).

Pemukul sunting

Kayu pemukul polo terdiri daripada pemegang berbalut getah dan tali kulit berselaput yang dipanggil anduh (sling) untuk membalut ibu jari. Tangkai kayu pemukul lazimnya diperbuat daripada rotan manau (bukan buluh kerana berliang-liang) tetapi ada juga yang diperbuat daripada bahan-bahan komposit. Pemain handalan tidak menggemari bahan komposit kerana tangkai pemukul sedemikan tidak boleh menyerap getaran sebaik tangkai buatan rotan.

Mata kayu pemukul lazimnya berbentuk cerut, diperbuat daripada sejenis kayu keras yang dipanggil tipa dan berukuran panjang 9¼ inci (23.495 cm). Mata pemukul beratnya sekitar 160 hingga 240 gram, menurut kegemaran pemain dan jenis kayu yang digunakan. Berat dan keanjalan tangkai berbeza-beza mengikut kesukaan pemain, tetapi berat mata pemukul amat dipentingkan oleh pemain yang lebih berpengalaman. Pemain wanita lazimnya menggunakan pemukul yang lebih ringan daripada pemain lelaki.

Bagi sesetengah pemain, kepanjangan pemukul bergantung pada saiz kuda: makin tinggi kudanya, makin panjang pemukulnya. Namun begitu, sesetengah pemain gemar menggunakan satu saiz pemukul sahaja tanpa mengira ketinggian kuda. Walau apa pun, bermain dengan kuda yang berbeza-beza tingginya memerlukan sedikit pelarasan oleh penunggang. Kepanjangan pemukul adalah antara 50  dan 53 inci.

Bola dipukul dengan sebelah mata yang lebih panjang daripada hujungnya yang bulat dan leper.

Pelana sunting

Pelana kuda polo adalah bergaya Inggeris, iaitu yang menyentuhkan penunggang dengan tubuh kuda, similar to pelana lompat tetapi selalunya ketiadaan penutup di bawah lilitan, sebaliknya ada litupan pelana yang digugurkan oleh sesetengah pemain. Juga terdapat perisai dada yang lazimnya dipasangkan pada bilet depan. Ikatan bawah (Martingale berdiri) juga boleh digunakan; jika begitu, plat dada diperlukan demi keselamatan. Biasanya, ikatan bawah ini disokong oleh pengikat leher. Tali perut atas (overgirth) juga boleh digunakan. Besi sanggurdi lebih berat daripada kebanyakan besi lain, manakala kulit sanggurdi lebih lebar dan tebal untuk keselamatan tambahana apabila pemain berdiri dalam sanggurdi. Kaki kuda dibalut dengan lelilit polo dari bawah lutut hingga keting untuk mencegah kecederaan. Adakalanya, but melompat (depan terbuka) atau menderap dipakaikan di samping lelilit polo untuk menguatkan perlindungan. Selalunya, lelilit ini berpadan dengan warna pasukan. Surai kuda diikat dan ekornya ditocangkan supaya tidak tersangkut dengan kayu pemukul penunggang.

Lagam yang digunakan lazimnya merupakan lagam pengikat (gag bit) atau lagam Pelham. Bagi lagam pengikut, ada cekak hidung di samping cavesson yang menyokong ikatan bawah. Biasanya juga ada dua set tali kekang, dan salah satunya digunakan untuk menarik kuda.

Padang dan jenis polo sunting

Padang polo berukuran panjang 300 ela dan lebar 160 ela. Padang polo disenggara dengan memotong rumput pendek-pendek supaya permukaannya rata dan memudahkan permainan yang pantas. Gawangnya berbentuk sepasang tiang yang terpisah lapan ela dan terletak di tengah-tengah sisi padang. Permukaan padang polo memerlukan penyenggaraan yang teliti dan kerap supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Sewaktu separuh masa perlawanan, para pentonton dijemput untuk turun ke padang untuk menyertai tradisi polo yang dipanggil "hentak divot" yang bukan sahaja bertujuan untuk meratakan longgokan tanah (divot) yang terhancur oleh telapuk kuda, bahkan juga untuk memberikan peluang kepada para penonton untuk bersiar-siar dan bergaul mesra.

Polo luar sunting

Permainan terdiri daripada enam chukka (segmen) tujuh minit. Pemain boleh menukar kuda sewaktu bermain atau masa rehat. Di akhir setiap chukka, permainan diteruskan sama ada selama 30 saat lagi atau hinggalah henti paksa, yang mana datang dahulu. Terdapat waktu rehat empat minit antara chukka dan waktu rehat 10 minit pada separuh masa. Polo dimainkan secara berterusan dan hanya dihentikan apabila berlaku penalti, kerosakan kelengkapan atau kecederaan kuda atau pemain. Tujuan adalah untuk menjaringkan gol dengan memukul bola ke arah ruang di antara tiang gawang, tak kira berapa tingginya di udara. Jika bola terlepas dari gawang, pasukan yang bertahan ini diberi knock-in percuma dari tempat di mana bola itu melintasi garis gol, untuk menghidupkan semula bola itu.

Polo kaunti sunting

Bagi kebanyakan kelab di UK, pemain haruslah menjadi ahli dan melaburkan sekurang-kurangnya dua ekor kuda untuk dapat beraksi dalam permainan kelab yang "piawai". Adalah kebiasaan untuk bermain empat chukka berturut-turut dengan menggunakan setiap kuda untuk dua chukka bersilih ganti, supaya kuda-kuda itu dapat bermain, berehat dan bermain lagi.

Bagi ramai orang, ini memerlukan pelaburan kewangan yang agak mahal. Polo kaunti menggariskan had-had yang lebih termampu bagi orang baru dalam sukan ini. Pemain hanya dikehendaki menggunakan seekor kuda, baik yang disewa mahupun dimiliki sendiri. Jenis polo ini biasanya dilangsungkan dengan tiga orang pemain sepasukan, berbeza dengan polo piawai yang berpasukan berempat itu, sekaligus membolehkan setiap pemain lebih menggiatkan diri dan mengasah kemahiran.

Chukka dalam polo kaunti ini biasanya diselia oleh seorang pengajar/pengadil Persatuan Polo Hurlingham yang bertauliah dan berkuda. Tugasnya adalah untuk melatih dan menerangkan permainan sepanjang perlawanan.

Dengan format ini, khususnya chukka yang lebih singkat dan diselangi waktu rehat, kuda tidak terasa beban berlebihan, maka tiada perlunya bilangan kuda yang banyak. Para pemain boleh terus bermain polo di tahap ini selama mana yang diingini, ataupun mendapat manfaat daripada apa yang diajar dalam kelab untuk menggapai impian beraksi dalam polo yang lebih kompetitif.

Polo kaunti paling sesuai dilengkapi dengan sesi kayu dan bola serta latihan kuda kayu yang kerap.

Polo arena sunting

Juga terdapat sejenis polo moden yang dipanggil polo arena. Ia dilangsungkan di is played indoors or more commonly outdoors on an enclosed all-weather surface (the field of play is much smaller, rarely exceeding 100 yards in length). In arena polo there are only three players on each team and a small inflatable leather ball is used instead. Arena polo matches usually consist of four 6 minute periods (called chukkas or chukkers), as opposed to outdoor, where there are 7 minutes chukkas. In arena polo, there can be between four and eight 7 minute chukkas (depending on the level being played).


Polo arena (atau dalam) merupakan pilihan yang murah bagi sesiapa sahaja yang ingin menceburi polo, apatah lagi permainannya serupa. Sukan ini diadakan di atas arena tertutup berukuran 300 kaki kali 150 kaki, lebih kurang seperti yang digunakan untuk sukan berkuda yang lain; ukuran minimumnya ialah 150 kaki kali 75 kaki. Perbezaan utama andara permainan luar dan dalam ialah: kelajuan (yang luar lebih pantas), kelasakan (yang dalam lebih lasak), saiz bola (yang dalam lebih besar), saiz gawang (yang dalam lebih kecil kerana gelanggang kecil), dan beberapa penalti.

Sukan kontemporari sunting

 
Polo dianjurkan sebagai acara Olimpik 1900

Kini, polo merupakan sukan yang aktif di 77 buah negara. Walaupun hanya dipertandingkan sebagai acara Olimpik terhada kepada 1900–1939, namun pada tahun 1998, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengiktiraf polo sebagai sukan yang mempunyai lembaga berkuasa antarabangsa yang bona fide, iaitu Persekutuan Polo Antarabangsa. Kejohanan Polo Sedunia dianjurkan tiga tahun sekali oleh persekutuan tersebut.

Bagaimanapun, sukan polo digiatkan secara profesional di sebilangan kecil negara sahaja, iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Chile, Republik Dominica, Iran, India, Jerman, Mexico, Pakistan, Perancis, Sepanyol, Switzerland, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.[21] Polo adalah unik di kalangan sukan-sukan berpasukan, yang mana pemain amatur yang selalunya selaku penaung pasukan, lazimnya dapat beraksi bersama pemain-pemain profesional yang terunggul dalam sukan ini.

Kejohanan-kejohanan peringkat kelab yang paling penting di dunia ialah Abierto de Tortugas, Abierto de Hurlingham dan Abierto Argentino de Polo, ketiga-tiganya di Argentina.

Sukan polo moden berdepan dengan kesukaran bergelut dengan "keeksklusifan" sosial dan ekonomi yang lama dikaitkan dengan permainan yang teramat mahal apabila dipertandingkan pada peringkat yang serius. Kebanyakan pemain polo amat berharap untuk menambah penyertaan orang ramai dalam sukan ini demi meningkatkan mutu permainan, tetapi ada juga yang ingin mengekalkan keeksklusifan sosial dan ekonomi sukan ini.

Rujukan sunting

  1. ^ R. G. Goel, Veena Goel, Encyclopaedia of sports and games, Vikas Pub. House, 1988, ms. 318: Persian Polo. Its birth place was Asia and authorities credit Persia with having devised it about 2000 BC.
  2. ^ Steve Craig, Sports and games of the ancients, Published by Greenwood Publishing Group, 2002, ISBN 0313316007, p. 157.
  3. ^ "polo. (2007). In Encyclopedia Britannica. Retrieved April 26, 2007, from Encyclopaedia Britannica Online".
  4. ^ a b "Polo History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-25. Dicapai pada 2011-11-24.
  5. ^ Playing Polo in Historic Naqsh-e Jahan Square?
  6. ^ Touregypt.net
  7. ^ Malcolm D. Whitman, Tennis: Origins and Mysteries, Published by Courier Dover Publications, 2004, ISBN 0486433579, p. 98.
  8. ^ a b Sports and Games of the 18th and 19th Centuries by Robert Crego. page 25. Published 2003. Greenwood Press. Sports & Recreation. 296 pages ISBN 0313316104
  9. ^ "Polo History".
  10. ^ The Guinness Book of Records. 1991 edition (page 288)
  11. ^ a b c Sports and Games of the 18th and 19th Centuries by Robert Crego. Page 26. Published 2003. Greenwood Press. Sports & Recreation. 296 pages. ISBN 0313316104
  12. ^ "150 years Celebration-UNLOCKING A POWER BRAND". Calcutta Polo Club. Dicapai pada 2010-12-29.
  13. ^ Sports and Games of the 18th and 19th Centuries by Robert Crego. Page 26 - 27. Published 2003. Greenwood Press. Sports & Recreation. 296 pages ISBN 0313316104
  14. ^ FIP World Cup VIII - 2007
  15. ^ [1]
  16. ^ Olympic Polo Team Medal Winners, sportPOLO. Dicapai pada 24 November 2011.
  17. ^ POLO IN AMERICA HAS ADVANCED Diarkibkan 2012-03-26 di Wayback Machine, New York Times, 19 Mei 1913. Dicapai pada 24 November 2011.
  18. ^ June 2nd, 1876 The Galveston Diarkibkan 2012-03-26 di Wayback Machine News: At Denison Monday evening while Messers Harold Gooch and Will Lowe were practicing at the game of polo, quite a serious accident happened to former. Mr. Gooch’s saddle turned throwing him into the ground when his horse gave him a severe kick, cutting a gash about five inches in length across his head over the right ear. Dr. Berry rendered the necessary medical attention, and Mr. Gooch is doing well. Will Lowe, Secretary of the Denison Polo Club, wrote James Gordon Bennett asking him if arrangements could be made for a match game between the Denison and New York Clubs. Mr. Lowe received a letter from Mr. Bennett Monday, in which he says he will lay the matter before the club at the next meeting. There is little doubt the New York club will invite our boys to play them. The Denison club will go into training at once, as they are confident the game will come off.
  19. ^ [[2] Diarkibkan 2012-03-26 di Wayback Machine
  20. ^ Http://deboradamato.blogspot.com/2009/05/entrevista-exclusive-con-adolfito.HTML
  21. ^ 8o Campeonato Mundial de Polo: México 2008

Pautan luar sunting