Polo kanu, juga dikenali sebagai polo kayak, merupakan salah satu displin kompetitif kayak, yang secara ringkasnya dikenali sebagai "polo" di kalangan penggemarnya. Polo menggabungkan kemahiran bersampan dan mengawal bola secara berkumpulan, di mana taktik dan ppositional sama pentingnya dengan kelajuan dan kecergasan para atlet secara individu.

Kejohanan Polo Kanu Eropah 2013

Permainan ini memerlukan semangat berkumpulan yang kuat dan mempromosi kemahiran asas berkanu dan teknik-teknik unik lain.Setiap pasukan mempunyai lima orang pemain di lapangan (dan boleh menyediakan tiga orang pemain simpanan), yang bertanding untuk menjaringkan bola di gol pasukan lawan yang digantung dua meter di atas air. Bola boleh dilempar menggunakan tangan, atau dihayun menggunakan pendayung untuk menjaringkan jaringan.

Kayak yang digunakan adalah berbeza dengan kayak biasa kerana ia direka khas supaya lebih ringan dan laju bagi memberi kemampuan pergerakan yang cepat. Pendayung yang direka sangat ringan mempunyai bilah tepi bulat tebal untuk mengelakkan kecederaan. Setiap pemain perlulah mempunyai topi keselamatan, pelindung badan, dan penutup muka.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Badan pengendali sunting