Poppy Pomfrey, lebih dikenal dengan sebutan Puan Pomfrey, adalah watak rekaan sebagai jururawat di sayap hospital Sekolah Sihir Hogwarts dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Beliau digambarkan sebagai seorang perempuan yang tegas dan cekap, yang bekerja dalam bidangnya secara serius. Akibat sering terlibat dalam perkara yang berbahaya, Harry dan rakannya sering berakhir di atas katil bawah rawatan Puan Pomfrey.

Watak Harry Potter
Puan Pomfrey
Puan Pomfrey, dilakonkan oleh Gemma Jones, dalam filem Harry Potter and the Chamber of Secrets.
Poppy Pomfrey
Jantina Perempuan
Dilakonkan oleh Gemma Jones
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone

Puan Pomfrey tidak muncul dalam filem adaptasi Harry Potter and the Sorcerer's Stone, dan hanya muncul dalam The Chamber of Secrets dengan dilakonkan oleh Gemma Jones.

Templat:Spoiler Dalam buku pertama, Ron berjumpa dengan Puan Pomfrey setelah digigit oleh Norbert, seekor bayi naga. Ron berbohong dengan mengatakan bahwa ia digigit oleh seekor anjing, kerana jika dia mengatakan hal yang sebenar, itu akan membahayakan Hagrid (kerana dalam peraturan dunia sihir, naga adalah binatang yang dilarang untuk dipelihara). Setelah Harry bertarung dengan Profesor Quirrell di ruangan bawah tanah, dia telah tidak sedarkan diri selama tiga hari di sayap hospital. Puan Pomfrey sangat tidak membenarkan sesiapa untuk melawat Harry (khususnya Ron dan Hermione.

Puan Pomfrey menyembuhkan Harry dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia dengan menumbuhkan kembali tulang tangannya; akibat sihir Gilderoy Lockhart yang menghilangkannya terus untuk menyembuhkan tangan Harry yang patah. Sebelum itu, Hermione juga dirawat setelah tersalah minum Posyen Polijus yang mengubahnya menjadi separuh kucing. Kemudian pula, Hermione (dan mangsa lainnya) dirawat kembali akibat terkaku kerana melihat bayangan mata Basilisk.

Puan Pomfrey juga bekerja keras memastikan pesakitnya tidak terganggu seperti dalam penghujung siri ketiga apabila Harry menyerang bertubi-tubi Cornelius Fudge dan Profesor Snape akan keadaan sebenar Sirius Black yang bukan penjenayah. Beliau malah turut naik berang apabila Albus Dumbledore juga mengambil kesempatan di waktu itu.

Ketika Kejohanan Ahli Sihir Trio, Puan Pomfrey sentiasa bersedia di khemah para wira untuk merawat sebarang kecederaan dan memeriksa mereka sebaik selepas menyelesaikan tugasan.

Setahun kemudian, Dolores Umbridge menyerang Minerva McGonagall yang berusaha menghalang Umbridge dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Puan Pomfrey mengatakan bahawa dia ingin sangat berhenti bekerja kerana membantah tindakan tersebut tetapi terhalang akibat kerisauannya terhadap para pelajar Hogwarts yang tidak mempunyai jururawat yang lain.

Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Puan Pomfrey merawat Ron yang terkena racun dan Harry yang tulangnya retak dalam pertandingan Quidditch. Puan Pomfrey merasa panik setelah mendengar kematian Albus Dumbledore, sehingga menangis ketika Harry menceritakannya di hospital tentang bagaimana Severus Snape membunuh Dumbledore menggunakan Avada Kedavra.

Maksud nama sunting

"Poppy" (dalam bahasa Inggeris) atau "Bunga Madat" telah menjadi tanaman ubatan tertua yang pernah dikenali, sebagai pengurang kepada kesakitan dan ubat tidur, buat beribu tahun. Morfin yang dibuat daripadanya adalah ubat penahan sakit yang paling banyak digunakan di dunia. Namun, kedua-duanya dikenali meluas sebagai candu dan disalahgunakan sebagai narkotik.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting