Port Moresby (Tok Pisin: Pot Mosbi) ialah ibu negara Papua New Guinea (PNG) dan merupakan bandar terbesar di Papua New Guinea. Ia terletak di pesisiran pantai Teluk Papua, pada sebelah pantai tenggara Semenanjung Papua yang terletak pada pulau New Guinea. Penduduknya seramai 255,000 orang pada tahun 2000[2], sementara pada tahun 2009 penduduknya dianggarkan seramai 307,643 orang. Mahupun Port Moresby dikelilingi Sentral Provins (Wilayah Pusat), dan juga menjadi bandar daerah wilayah tersebut, ia sebahagian daripada wilayah itu dan sebaliknya bandar ini menjadi sebahagian daripada Nesenel Kapitol Distrik (Daerah Ibu Negara Kebangsaan).

Port Moresby
Pot Mosbi
Pusat bandar Port Moresby
Pusat bandar Port Moresby
Bendera Port Moresby
NegaraPapua New Guinea
DivisionNational Capital District
Established1873
Kerajaan
 • GabenorPowes Parkop (2007-)
Keluasan
 • Jumlah240 km2 (90 batu persegi)
Aras
35 m (115 ft)
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah600,000 [1]
Languages
 • Main languagesBahasa Motu, Tok Pisin, Bahasa Inggeris
Zon waktuUTC+10 (AEST)

Kawasan ini dipunyai dan dihuni oleh kaum Motu-Koitabu. Pada 1872, Kapten John Moresby dari Eropah tiba di sini dan pulau ini diberi nama sempena nama bapa penjelajah, iaitu Laksamana Sir Fairfax Moresby.

Sejarah sunting

Penduduk asli yang dikenali sebagai Motuan tinggal di kawasan yang kini dikenali sebagai Port Moresby. Mereka berniaga sagu, kayu balak untuk membina sampan dan lain-lain keperluan. Mereka juga berkahwin dengan penduduk sekitar sehingga membentuk keluarga, budaya dan jaringan perdagangan yang kuat.

Ekspedisi Hiri yang dilakukan oleh kaum Motuan melibatkan skala besar. Lebih 20 kayak (lakatoi) dikendalikan oleh 600 lelaki membawa 20,000 mangkuk dalam setiap pelayaran. Ekspedisi Hiri bukan sahaja pertukaran ekonomi tetapi juga pengukuhan budaya kerana melibatkan pelayaran yang bahaya. Kini, ekspedisi Hiri ini disambut dalam Pesta Hiri Molae yang diadakan di Pantai Ela pada setiap bulan September.

Penjajahan sunting

Kawasan ini telah menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan ketika Kapten John Moresby dengan kapalnya HMS Basilisk sampai ke sini. Orang Inggeris telah menjelajah hingga ke Laut Coral di timur pulau New Guinea. Pada 20 Februari 1873, beliau mendakwa tanah baru ini kepunyaan Britain dan dinamakan sempena nama bapanya Laksamana Sir Faifax Moresby.

Sebenarnya kawasan ini hanya didiami orang Eropah sedekad kemudian dan menjadi sebahagian Empayar British dan dinamakan British New Guinea. British New Guinea termasuk dalam Australia Komanwel pada 1906 dan dikenali sebagai Papua sahaja. Sehingga 1941 pembangunan Port Moresby amat perlahan sekali. Pembangunan hanya tertumpu di bahagian semenanjung yang ada kemudahan pelabuhan dan pelbagai perkhidmatan lain. Kemudahan elektrik diperkenalkan pada 1925 dan bekalan air pail hanhya disediakan pada 1941.

Perang Dunia II dan selepasnya sunting

Semasa Perang Dunia II, ramai orang Papua telah menjadi tentera yang dikenali sebagai Batalion Infantri Papua. Apabila Jepun menjajah, ramai tentera dari puak Papua ini kembali ke kampung halaman masing-masing atau tinggal di kawasan kem di Port Moresby. Bandar ini menjadi penting kepada tentera Berikat dan menjadi markas terakhir mempertahankan negara dari serangan tentera Jepun, sebelum mara ke Australia. Tentera Jepun berhenti mara ke Australia pada Mei 1942 setelah berlakuknya Pertempuran Laut Coral. Selepas perang Port Moresby dibangunan semula.

Pada 1945, wilayah Papua New Guinea dibentuk dan bila Papua dan bekas Jerman New Guinea ditadbir oleh Australia sejak 1918 menjadi satu pentadbiran sahaja.

Ibu negara sunting

Pada September 1974, Port Moresby menjadi ibu negara Papua New Guinea setelah mendapat kemerdekaan daripada Britain. Bangunan baru pentadbiran telah dibina di Waigani. Di sini juga dibina bangunan Parlimen yang dibuka pada 1984 dengan mengambil reka bentuk tradisi Papua. Muzium Kebangsaan PNG dan Perpustakaan Kebangsaan juga terletak di Waigani.

Jumlah penduduk Port Moresby semakin meningkat. Pada 1980 penduduk berdaftar seramai 120,000. Tetapi pada 1990 penduduk berjumlah 195,000.

Pada 2004 Port Moresby terletak pada senarai 130 ibu negara selamat di dunia. Bandar ini dikatakan tidak selamat kerana jenayah banyak berlaku seperti rogol, rompakan dan pembunuhan. Kongsi gelap yang dikenali sebagai 'rascals' menguasai kawasan bandar.

Pengangkutan sunting

Lapangan Terbang Antarabangsa Jacksons terletak di Port Moresby. Penerbangaan negara iaitu Air Niugini terbang ke pelbagai destinasi seperti ke Brisbane, Cairns, Honiara, Manila, Singapura, Sydney dan Tokyo.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Commonwealth Local Government Pacific Project
  2. ^ "citypopulation.de". citypopulation.de. Dicapai pada 2010-04-25.