Selamat Datang ke Portal Microsoft
Selamat Datang ke Portal Microsoft
Perbadanan Microsoft (NASDAQ: MSFT) ialah sebuah perbadanan multinasional Amerika yang beribu pejabat di Redmond, Washington, di mana ia membangun, mengilang, melesen dan menyokong pelbagai keluaran perisian dan perkhidmatan yang berkaitan peralatan komputer. Antara produk yang dikeluarkan melalui syarikat ini adalah set perisian produktiviti Microsoft Office, sistem pengendalian Microsoft Windows dan produk hiburan rumah Xbox. Menurut tinjauan yang dilakukan pada 2013, Microsoft merupakan syarikat yang paling dikagumi di dunia dan produk seperti Windows adalah yang paling disukai dalam kalangan pelanggan.
Utama | Perbincangan | Direktori | WikiProjek

Sistem pengendalian

Logo dan tanda perkataan Windows (2012)
Logo dan tanda perkataan Windows (2012)

Windows merupakan sebuah sistem pengendalian grafik yang dibangunkan dan syarikat Microsoft untuk komputer. Ia terdiri daripada beberapa keluarga sistem pengendalian yang memenuhi sektor–sektor tertentu dalam industri pengkomputeran. Pihak Microsoft sebelum ini telah membangunkan sistem berasakan MS-DOS (Sistem Pengendalian Cakera MicroSoft) untuk persekitaran pengendaliannya dan pada Ogos 1995, ia telah digantikan dengan Windows 9x selepas penggunaan sistem pengendalian Windows menjadi semakin meluas. Enam tahun kemudian, Windows NT telah diperkenalkan kepada orang awam dan versi terkininya, Windows 10 dijangka keluar pada tahun 2015.


Versi MS-DOS: Windows 1.0Windows 2.0Windows 2.1xWindows 3.0Windows 3.1x

Versi Windows 9x: Windows 95Windows 98Windows ME

Versi Windows NT: Windows NT 3.1Windows NT 3.5Windows NT 3.51Windows NT 4.0Windows 2000Windows XPWindows VistaWindows 7Windows 8 (8.1 / RT) • Windows 10

Perisian pejabat

Logo dan tanda perkataan Microsoft Office (2013)
Logo dan tanda perkataan Microsoft Office (2013)

Microsoft Office ialah suatu perisian yang dibangunkan oleh Microsoft untuk platform Windows dan juga komputer Macintosh (dalam Mac OS dan OS X). Ia terdiri daripada perisian pejabat, pelayan dan perkhidmatan berasaskan web. Selain versi atas meja, ia juga tersedia dalam platform mudah alih secara percuma untuk Windows Phone, iOS dan Android. Perisian ini membuat kemunculannya pada awal 1990-an dan ketika itu ia hanya terdiri daripada aplikasi yang dijual secara berasingan. Kini, versi semasanya adalah Office 2013 untuk Windows dan Office 2011 untuk OS X.


Platform Windows: 3.095972000XP2003200720102013

Platfrom Mac OS/OS X: 982001 (X) • 200420082011

Komponen Microsoft Office: WordExcelPowerPointOutlookOneNoteAccessLyncPublisherSharePointVisioOffice Mobile (versi mudah alih) • Office Online (versi atas talian)

Telefon pintar

Logo dan tanda perkataan Windows Phone 8
Logo dan tanda perkataan Windows Phone 8

Windows Phone merupakan suatu sistem pengendalian (OS) mudah alih yang dibangunkan oleh Microsoft bagi menggantikan platform Windows Mobile. Ia telah dilancarkan pada pertengahan kedua tahun 2010. Tidak seperti sistem sebelum ini, Windows Phone lebih ditujukan kepada orang awam berbanding pihak perusahaan. Dengan Windows Phone, pihak Microsoft telah mencipta antara muka pengguna baharu, di mana ia menampilkan bahasa reka bentuk yang dipanggil sebagai Metro.


Versi: Windows Phone 7Windows Phone 8Windows Phone 8.1 • Windows 10 (akan datang)

Pelayar sesawang

Logo Internet Explorer 10
Logo Internet Explorer 10

Internet Explorer (nama rasminya: Microsoft Internet Explorer atau Windows Internet Explorer, disingkatkan sebagai IE atau MSIE) merupakan pelayar sesawang grafik yang dibangunkan oleh Microsoft dan ia tersedia secara asali di dalam sistem pengendalian Microsoft Windows. Ketika 1990-an, IE berjaya mendominasi penggunaan dalam pelayar sesawang dan menggantikan Netscape Navigator. Walau bagaimanapun, kemunculan pelayar baharu seperti Mozilla Firefox (2004) dan Google Chrome (2008) telah berjaya mematahkan dominasi IE.


Versi utama: 1 • 234567891011

Versi lain: MobileMacUNIXIEs4Linux

Permainan

Tanda perkataan XBOX
Tanda perkataan XBOX

XBOX adalah suatu jenama permainan video yang dihasilkan oleh Microsoft. Jenama permainan ini merangkumi perisian penggunaan (permainan), perkhidmatan penstriman dan juga perkhidmatan dalam talian Xbox Live. Konsol permainannya yang juga dipanggil sebagai Xbox mula dipasarkan pada 15 November 2001 di Amerika Syarikat. Sehingga kini, tiga jenis konsol permainan telah dikeluarkan di bawah jenama XBOX ini.


Konsol: XboxXbox 360Xbox One

Perkhidmatan dalam talian: Xbox LiveXbox Games StoreXbox SmartGlass

Gambar pilihan

Steven Sinofsky
Steven Sinofsky
Kredit: Magnus Manske
Presiden Bahagian Windows, Steven Sinofsky di acara pelancaran Windows 7 di Jepun


Biografi pilihan

William Henry Gates III (lahir pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates merupakan pengasas bersama, pengerusi, bekas ketua arkitek perisian dan bekas ketua pegawai eksekutif Microsoft, syarikat perisian terbesar di dunia. Menurut senarai Jutawan Dunia majalah Forbes, beliau diletakkan sebagai orang paling kaya di dunia selama tiga belas tahun berturut–turut, dengan anggaran aset bersih yang dimilikinya berjumlah $82 bilion dolar. Bill Gates juga adalah salah seorang usahawan terkenal dalam revolusi komputer peribadi.

Tahukah anda...

Perkara yang anda boleh lakukan

Portal ini merangkumi semua yang berkaitan dengan Microsoft sama ada sejarahnya, produk ataupun kritikan terhadapnya di mana ia adalah sebuah "pusat" bagi rencana–rencana berkecuali yang berkaitan. Adalah diingatkan bahawa portal ini bukanlah laman pengiklanan, maka sila keluarkan sebarang iklan terang-terangan untuk Microsoft (atau mana-mana individu atau syarikat lain yang mempunyai tujuan itu) mengikut dasar Wikipedia mengenai pengiklanan.


Pelbagai perkara yang anda boleh lakukan untuk menyumbang seperti:

Portal berkaitan

Indeks bertema

Sistem pengendalian: WindowsWindows PhoneWindows Server 2012

Perisian: OfficeDynamicsVisual StudioMoneyEncartaDefenderOneDrivelagi...

Teknologi: Active DirectoryDirectX.NETInternet ExplorerWindows MediaAzurelagi...

Kandungan web: BingWindows LiveOffice OnlineMSNOutlookMessengerSpacesGroupsPopfly

Permainan: Game StudiosXbox (360 / One) • Xbox Live (Arcade / Store) • ZoneXNAGames for WindowsMinecraft

Perkakasan: LumiaSurfaceZuneNatural KeyboardIntelliPointSideWinderSistem BunyiPembaca Cap Jari

Pendidikan & pengiktirafan: MCPsMSDNDreamSpark PremiumMCAMicrosoft PressMVP

Lembaga Pengarah: Bill GatesSatya NadellaDina DublonJames Cash Jr.Raymond GilmartinDavid Marquardtlagi...


Projek Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data