Portal Qatar
بوابة قطر

Bendera Arab Saudi
Bendera Arab Saudi
Jata negara Qatar
Jata negara Qatar
Peta Qatar dalam Asia.

Qatar (Arab: قَطَر, rumi: Qaṭar [ˈqɑtˤɑr]; sebutan dalam lahjah tempatan: [ˈɡɪtˤɑr]) atau nama rasminya Negara Qatar (Arab: دَوْلَة قَطَر, rumi: Dawlat Qaṭar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di Asia Barat, menduduki Semenanjung Qatar kecil di timur laut Semenanjung Arab. Satu-satunya sempadan daratnya adalah dengan Arab Saudi di selatan manakala sempadan selebihnya dikelilingi oleh Teluk Parsi; yang mana memisahkan Qatar dengan negara pulau yang berjiran iaitu Bahrain.


Rencana pilihan

Doha (Arab: الدوحة, ditransliterasikan sebagai Ad-Dawḥah atau Ad-Dōḥah) dengan populasi seramai 400,051 (2005), merupakan ibu negara bagi Qatar dan terletak 25.3° N 51.5333° E, di Gurun Parsi. Doha terletak di kawasan perbandaran Ad Dawhah. Ia merupakan bandar terbesar di Qatar, dimana lebih daripada 80% populasi penduduknya tinggal di wilayah tersebut, dan ia juga merupakan pusat ekonomi yang penting bagi negara Qatar. Doha merupakan rumah kepada Bandar Pendidikan, sebuah kawasan yang di khususkan untuk pembangunan penyelidikan dan pendidikan. Doha merupakan hos untuk Sukan Asia 2006.

(Lebih mengenai...)

Biografi pilihan

Syeikh Tamim bin Hamad bin Khalifa Al-Thani (Arab: الشيخ تميم بن حمد آل ثاني) ialah Amir Qatar kini. Baginda merupakan putera keempat amir sebelumnya, Syeikh Hamad bin Khalifa. Baginda menjadi Amir pada 25 Jun 2013, selepas ayahandanya turun takhta. Sebelum ini, Syeikh Tamim memegang pelbagai jawatan kerajaan dalam Qatar dan juga mempromosikan Qatar di peringkat antarabangsa melalui sukan.

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data