Teks Keranda

(Dilencongkan dari Prasasti Larung)

Teks Keranda (Jawi: تيك س كرندا), ialah himpunan mantera pengebumian Mesir purba yang diukir atau tulis pada keranda yang berasal daripada awal Zaman Pertengahan Pertama Mesir. Sebahagian daripada teks ini diambil daripada Teks Piramid, yang digunakan untuk kerabat diraja sahaja, tetapi ditambah unsur-unsur baharu berkenaan hasrat dan kemahuan biasa, menunjukkan bahawa ia digunakan oleh rakyat biasa. Orang Mesir biasa yang mampu membeli sebuah keranda akan dapat kebenaran untuk menggunakan mantera pengebumian ini, dan bukan firaun seorang sahaja lagi dapat hidup abadi di alam akhirat.[1][2]

Keranda batu dari Kerajaan Pertengahan Mesir dengan Teks Keranda dilukis pada panel kayu

Seperti nama teks keranda nyatakan, ia ditulis pada keranda dari zaman Kerajaan Pertengahan dengan kira-kira 1,185 mantera. Ia juga kadangkala ditulis pada dinding makam, stele, takar kanopi, papirus dan topeng mumia. Oleh kerana ruang untuk menulis amat terhad, mantera sering dipendekkan, sekali gus menghasilkan versi panjang dan versi pendek yang kemudiannya diserap ke dalam Kitab Orang Mati.[2]

Isi kandungan sunting

Tidak seperti Teks Piramid yang menumpukan konsep alam syurga, Teks Keranda menumpukan tentang alam akhirat yang diperintah oleh dewa Osiris, dalam tempat dipanggil Duat. Hidup sesudah mati diberi kepada semua orang, dan si mati juga digelar sebagai "Osiris-[nama]". Alam si mati ini dikata penuh dengan makhluk berbahaya, perangkap jerat, dan jerangkap samun yang si mati harus harungi. Mantera yang tertulis dalam Teks Keranda membenarkan si mati untuk melindungi diri mereka daripada bahaya tersebut dan daripada mati sekali lagi.

Dalam teks prasasti juga tertulis bahawa setiap orang akan dihakimi oleh Osiris dan ahli jurinya dengan melihat pahala dan dosa setiap individu. Ia nyatakan bahawa sebuah neraca akan digunakan dan menjadi saat tergemuruh dalam Kitab Orang Mati. Teks juga ada tuliskan kerisauan mereka yang masih hidup, seperti bekerja mencucuk tanam, dan mantera untuk mengelak si mati daripada harus melakukan tugasan yang tidak diingini.

Teks Keranda menggabungkan mantera dengan upacara untuk perlindungan si mati, untuk hasrat dalam hidup seterusnya, untuk perubahan bentuk dan penyatuan ba (jiwa) dan akh (jasad) yang aman, dan banyak lagi. Juga, ada maklumat tentang rupa alam si mati, pemandangan ia dan ahli-ahlinya. Contohnya Sekhet Hotep (Bendang sentosa), denai Rostau dan mahligai Osiris.

Contoh sunting

Teks Keranda 1130 ialah percakapan dewa suria Ra, yang berkata:

Sambut dengan aman! Aku mengulang kepada kalian jasa baik yang hatiku telah berbuat demiku daripada semasa dalam belitan ular, untuk mendiamkan sengketa...
Telah kuciptakan empat bayu, supaya setiap insan dapat bernafas ikut kehendaknya...
Telah kuciptakan banjir hebat, supaya yang lemah dapat manfaat daripadanya seperti yang kuat...
Telah kuciptakan setiap insan sama seperti saudaranya; dan bukanlah aku yang perintah mereka untuk berbuat jahat. Sebaliknya hati merekalah yang ingkar kata-kataku...
Telah kuciptakan dewa-dewi daripada titik peluhku, dan manusia daripada air mataku.

Teks Keranda 1031 dipercakapkan oleh si mati, yang berkata:

Akan aku belayar dengan selamat dalam perahuku, akulah tuan keabadian dalam merentas angkasa.
Tidak kurasa gentar dalam hatiku, kerana Hu dan Hike akan tewaskan makhluk jahat untukku.
Akan kusaksi tanah cahaya, akanlah aku hidup dalamnya...
Beri laluan buat aku, supaya aku dapat lihat Nun dan Amun! Kerana akulah Akh yang melepasi penjaga gerbang...
Aku sedia dan pasti dapat buka pintu ini!
Bagi barangsiapa yang tahu akan mantera ini, dia akan jadi seperti Ra di langit timur, seperti Osiris di alam kubur. Dia akan turun ke lingkaran api, tanpa langsung dijilat api!

Kitab Dua Tuju sunting

Beberapa keranda dari kota mayat zaman Mesir Pertengahan di Deir el-Bersha mempunyai gambaran alam selepas mati, sekali dengan mantera untuk melepasi alam Duat. Himpunan ini, yang digelar Kitab Dua Tuju/Arah, ialah peta alam kubur Mesir purba pertama yang dijumpai. Kitab Dua Tuju lebih tua daripada kitab-kitab alam kubur dari Kerajaan Baharu dan juga Kitab Orang Mati, di mana maklumat tentang pandu haluan di alam kubur menjadi pokoknya. Dua arah yang digambarkan ialah haluan darat dan air, dipisahkan dengan sebuah laut berapi, yang menghala ke denai Rostau dan mahligai Osiris.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Lichtheim, Miriam (1975). Ancient Egyptian Literature, vol 1. London, England: University of California Press. ISBN 0-520-02899-6.
  2. ^ a b c Goelet, Dr. Ogden; dll. (1994). The Egyptian Book of the Dead: The Book of Going Forth by Day. San Francisco: Chronicle Books.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting