Prasasti Seni

album ke-11 oleh Siti Nurhaliza

Prasasti Seni[3] merupakan album ke-11 Siti Nurhaliza. Album ini telah dilancarkan pada 12 April 2004, dan majlis ini mendapat liputan secara langsung oleh Sitizone.com. Album ini merupakan nafas segar buat kerjaya Siti kerana ini merupakan kali pertama kulit album dibuat di luar studio. Penggambaran untuk kulit album ini dijalankan di Janda Baik, Pahang. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit, ia merupakan album terakhir beliau bersama Suria Records.[1]

Prasasti Seni
Album studio oleh
Dilancarkan pada12 April 2004 [1][2]
Dirakamkan pada2003-2004
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
Panjang54:38
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Anugerah Aidilfitri
(2003)
Prasasti Seni
(2004)
Transkripsi
(2006)
Single daripada Prasasti Seni
  1. "Seindah Biasa"
    Dikeluarkan: 5 Januari 2004
  2. "Dialah di Hati"
    Dikeluarkan: 29 April 2004
  3. "Lagu Rindu"
    Dikeluarkan: 1 Julai 2004
  4. "Pendirianku"
    Dikeluarkan: 25 Julai 2004
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang menarik tentang album ini ialah Siti turut memuatkan sebuah cakera padat berbentuk hati yang memuatkan video klip "Pejam Matamu" dan mesej dari Siti Nurhaliza sendiri. Antara single yang berjaya menggegarkan industri muzik ialah "Dialah di Hati", "Seindah Biasa" dan "Lagu Rindu" yang pertama kali diperdengarkan di Anugerah Planet Muzik di Singapura.

Lagu "Dialah Di Hati" merupakan titik permulaan dimensi baru dalam karier Siti Nurhaliza, kerana mempunyai susunan muzik segar serta alunan vokal yang berubah dari nada rendah ke nada tinggi, dan juga penulisan lirik yang baik. "Dialah Di Hati" turut dicalonkan dalam kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik.

Penerbitan sunting

Prasasti Seni adalah album yang melengkapkan perjalanan seni Siti Nurhaliza selama hampir satu dekad. Prasasti dalam bahasa Sanskrit bermaksud batu bersurat atau tanda yang mencatat sejarah kewujudan.[3] Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia, Siti berkata judul Prasasti Seni dipilih sebagai lambang kewujudannya dalam bidang seni dan lagu-lagu beliau merupakan tanda atau catatan mengenai kewujudan itu.[3] Beliau menjelaskan: "Lagu-lagu nyanyian Siti merupakan tanda kewujudan Siti dalam arena seni tanah air. Judul album berkenaan signifikan sekali untuk Siti meluahkan apa yang tersurat di hati Siti buat peminat-peminat tercinta."[3]

Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Iman Wan, Andy Flop Poppy, Yasin, Mohar, Along Exists, dan Pongky Jikustik dengan Tan Su Loke sebagai Penerbit Eksekutif dan Edwin Tan sebagai penolong eksekutif. Album ini juga memperlihatkan keberanian Siti untuk membuat anjakan paradigma apabila memilih banyak nama baru untuk bekerjasama. Empat komposer yang pertama kali berkerjasama dengan Siti melalui album ini ialah Yassin, Andy, Iman Wan dan G-Nola.[3]

Dirakamkan pada pertengahan 2003 sehingga awal 2004, album Prasasti Seni memuatkan 13 lagu dengan dua daripadanya ialah interlud, lari dari kebiasaan album terdahulu yang memuatkan 10 lagu, mengetengahkan genre muzik R&B dan balada selain muzik pop. Sebagai contoh, lagu "Pendirianku" yang bergenre pop hip hop yang menampilkan nyanyian rap oleh Siti dan lagu "Lagu Rindu" yang bergenre muzik dunia. Dalam album ini, Siti menulis lirik untuk empat lagu – "Cinta Tak Berganti", "Cahaya Seribu Liku", "Pejam Matamu" dan "Kembalikan Indah" yang ditulis bersama oleh Roslen Fadzil atau Slen.[3]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Introduksi Siti"0:38
2."Dialah di Hati"Habsah HassanAidit Alfian4:22
3."Pendirianku"M. ZulkifliZuriani3:59
4."Cinta Tak Berganti"Siti NurhalizaIman Wan4:46
5."Cahaya Seribu Liku"Siti Nurhaliza, TantyAndy Flop Poppy4:22
6."Hanya Dirimu"Hani MJAjai4:34
7."Lagu Rindu"YasinYasin4:33
8."Sakti"LoloqMohar6:26
9."Pejam Matamu"Siti NurhalizaG-Nola4:52
10."Kembalikan Indah"Siti Nurhaliza, SlenHelen Yap5:01
11."Ku Menunggu"Habsah HassanAidit Alfian5:00
12."Seindah Biasa"Ponky JikustikPonky Jikustik4:48
13."Pasti Seni: Siti"1:17
Bonus VCD
No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Intro: Siti"
2."Pejam Matamu"Siti NurhalizaG Nola4:52


Keluaran dan sambutan sunting

Prasasti Seni dikeluarkan pada 12 April 2004 dan terjual sebanyak 50, 000.[1][2] unit pada hari pertama pelancarannya. Hasilnya, jualan album ini lebih memberangsangkan berbanding album Aksara oleh Misha Omar. Sehingga lewat 2004, album ini terjual melebihi 100, 000 [1] unit di Malaysia dan 700, 000 unit di Indonesia.[4]

Lagu "Seindah Biasa", "Dialah di Hati" dan "Lagu Rindu" telah dikeluarkan sebagai single, di samping itu, video muzik untuk ketiga-tiga lagu ini juga dikeluarkan. Album ini berjaya memasuki Carta RIM pada minggu keenam di kedudukan pertama carta. "Seindah Biasa", "Dialah di Hati" dan "Lagu Rindu" berjaya menguasai carta muzik tempatan termasuk Carta Era dan Carta Muzik FM, lagu lain termasuk "Pendirianku" dan "Pejam Matamu" mendapat siaran meluas di stesen radio.

Bagi mempromosikan album ini, Siti mengadakan konsert jelajah seluruh Malaysia, Siti Nurhaliza Fantasia Tour.[5] Dengan kerjasama Maxis dan Astro, anggaran kos untuk konsert ini berjumlah RM 5 juta.[5] Menjelajah 14 bandar utama di Malaysia sebelum konsert terakhirnya di Stadium Nasional Bukit Jalil, beliau telah disokong oleh beberapa artis tempatan termasuk peserta Akademi Fantasia musim pertama dan kedua.[6] Biarpun tidak memcapai sasaran hadirin, Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan kejayaan komersial selepas mencapai hampir sejuta peminat yang hadir ke konsert jelajahnya secara keseluruhan.[7]

Karya seni album sunting

Fotografi dan karya seni bagi kulit album ini direkabentuk oleh Rauna Jud dan dirakamkan di sebuah kawasan rizab perhutanan di Janda Baik, Pahang dengan Siti menggayakan busana berwarna putih.[8] Kulit album Prasasti Seni dicalonkan bagi kategori Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005.

Ulasan kritis sunting

Prasasti Seni diterima baik oleh pengkritik muzik. Banyak pengkritik yang menilai vokalnya dalam album dengan baik.[9][10][11][12] Faridul Anwar Farinordin dari New Straits Times memberikan tiga separuh bintang untuk album ini.[11] Beliau memuji hala tuju album ini sebagai "segar" dan "lebih banyak kontemporari dewasa".[11] Menyentuh perkara serupa yang dibuat oleh Faridul, Jad Mahidin dari Sunday Mail juga bersetuju bahawa Siti telah matang dengan muzik dan memberikan album kajian empat bintang.[9] Di dalam ulasan oleh Meor Shariman dari The Malay Mail, beliau memuji album ini sebagai salah satu album terbaik, menyifatkannya "lebih baik dari E.M.A.S".[10] Seorang pengulas dari Harian Metro juga mengulas album sebagai album yang lebih baik daripada pendahulunya dan memuji Siti untuk meneroka bunyi baharu yang lebih segar.[13]

Kedudukan carta sunting

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2004

Pejam Matamu

- - - -

Dialah di Hati

1 1 - 2

Lagu Rindu

1 1 - -

Pendirianku

- 16 - -

Seindah Biasa

1 1 - -

Cinta Tak Berganti

- 17 - -

Anugerah sunting

Anugerah Era sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2004[14] "Dialah Di Hati" Muzik Video Pilihan Terbaik Tercalon
Lagu Pop Pilihan Terbaik Tercalon
Penyanyi Wanita Pilihan Terbaik Tercalon
2005 "Lagu Rindu" Lagu Etnik/Global Pilihan Terbaik Tercalon
"Seindah Biasa" Muzik Video Pilihan Terbaik Tercalon
Lagu Pop Pilihan Terbaik Tercalon

Anugerah Industri Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2005[15][16] Prasasti Seni Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Menang
Kulit Album Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Tercalon
"Dialah di Hati" Gubahan Terbaik Di Dalam Lagi Tercalon
Lagu Terbaik Tercalon
"Seindah Biasa" Gubahan Terbaik Di Dalam Lagu Menang

Anugerah Planet Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2005[17] "Dialah di Hati" Lagu Terbaik Tercalon
"Lagu Rindu" Lagu Paling Popular Menang

Hits 1 sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2004[18] "Lagu Rindu" Lagu Terbaik
Tempat Kedua
Persembahan Terbaik Menang
Lagu Paling Popular Menang

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Industri filem, muzik tempatan merosot". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 28 Disember 2007. Dicapai pada 2010-12-18.
  2. ^ a b Prasasti Seni oleh Siti Nurhaliza di iTunes Malaysia
  3. ^ a b c d e f Tengku Khalidah Tengku Bidin (14 April 2004). "Prasasti Seni - Melengkapkan Perjalanan Seni Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2010-12-18.
  4. ^ "Andika Peter Pan minat Siti". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 15 Mei 2006. Dicapai pada 2010-12-18.
  5. ^ a b Norzaila Rosli (30 Mei 2004). "Siti menjelajah temui peminat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  6. ^ Khadijah Ibrahim (13 Ogos 2004). "Siti Nurhaliza - Ingin catat sejarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-29. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  7. ^ Zul Husni Abdul Hamid (23 Ogos 2004). "Siti tak buat, kata buat". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-08-25. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  8. ^ Prasasti Seni (liner notes). Siti Nurhaliza. Suria Records. 2003. SRCD 04-23579.CS1 maint: others (link)
  9. ^ a b Jad Mahidin (5 December 2004). "Superb Siti Nurhaliza". Sunday Mail. Dicapai pada 12 May 2018.
  10. ^ a b Meor Shariman (4 May 2004). "Siti gets sophisticated". The Malay Mail. Dicapai pada 12 May 2018.
  11. ^ a b c Faridul Anwar Farinordin (10 May 2004). "A new-sounding Siti". New Straits Times. Dicapai pada 12 May 2018.
  12. ^ Suzan Ahmad (16 May 2004). "Sesegar kulit album Siti". Berita Minggu. Dicapai pada 12 May 2018.
  13. ^ Harian Metro Staff (18 May 2004). "Siti kukuh di atas". Harian Metro. Dicapai pada 12 May 2018.
  14. ^ "Senarai kategori Anugerah Era 2004". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 25 September 2004. Dicapai pada 2010-08-22.
  15. ^ "AIM12 utamakan kualiti". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 28 Mac 2005. Dicapai pada 2010-08-11.
  16. ^ "Ning bags coveted music awards". New Straits Times. Digital Collections DC5: Cross Search. 1 Mei 2005. Dicapai pada 2010-08-11.
  17. ^ Abd. Aziz Itar (22 Februari 2005). "APM 2005 - Artis kita setakat popular saja". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 2010-09-02.
  18. ^ "Sejarah - Musim 1". Hits1.com.my. Dicapai pada 2010-08-25.

Pautan luar sunting